backup og meta

Jangkitan Jari

Jangkitan Jari

Jangkitan jari merupakan masalah yang lazim berlaku. Jangkitan berlaku antara kecil sehingga serius dan boleh menjadi punca jari bengkak. Masalah ini juga berpotensi menyebabkan kehilangan fungsi jari kekal.

Ketahui lebih lanjut mengenai jangkitan pada jari dan cara untuk mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu jangkitan jari?

Jangkitan boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. Antaranya:

  • Paronychia: Paronychia ialah jangkitan yang melibatkan tisu di tepi kuku. Jangkitan kuku ini biasanya pada permukaan dan setempat pada tisu lembut dan kulit di sekitar kuku. Ini adalah jangkitan bakteria yang lazim dilihat pada tangan anda.
  • Felon: Felon ialah jangkitan pada hujung jari. Jangkitan ini berada pada hujung jari dan tisu lembut sekitarnya.
  • Herpetik whitlow: Herpetik whitlow ialah jangkitan pada bahagian hujung jari disebabkan oleh virus. Ini adalah jangkitan virus paling lazim berlaku pada tangan. Jangkitan ini kerap tersalah diagnos dengan paronychia atau felon.

Baca juga:

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptomnya?

punca jari bengkak

Jangkitan pada setiap jari utama mempunyai tanda dan simptom khusus yang memberikan pengenalan unik dan menyebabkan kekeliruan jika tidak dinilai dengan baik.

  • Paronychia: simptom dan tanda paronychia ialah kemerahan dan bengkak pada bahagian sebelah kuku yang terjejas. Pengumpulan nanah dapat dilihat di bawah kulit dan kuku. Cecair ini mungkin keluar daripada luka. Kawasan ini menjadi sakit ketika disentuh. Pengeluaran daripada kawasan ini berwarna putih kekuningan keruh.
  • Felon: Simptom felon ialah bengkak dan sakit pada hujung jari. Bengkak biasanya bermula selepas beberapa hari dan ia berlaku pada bahagian pad hujung jari. Bahagian tersebut berasa sakit dan pedih apabila disentuh. Bahagian tersebut juga menjadi merah dan mempunyai kumpulan nanah yang kelihatan di bawah kulit. Bahagian membengkak itu mempunyai bahagian yang berasa lembut seperti mengandungi cecair. Apabila bengkak semakin membesar, bahagian tersebut menjadi semakin sakit atau menjadi keras apabila disentuh.
  • Herpetik whitlow: Simptom herpetik whitlow ialah kemerahan pada bahagian hujung jari. Rasa panas atau gatal juga berlaku pada bahagian tersebut. Terdapat bengkak kecil tetapi tidak membesar seperti felon. Terdapat juga satu atau beberapa luka terbuka pada bahagian terjejas. Luka terbuka ini berlaku dalam kluster selepas penghasilan luka seperti gelembung kecil. 

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Punca

Apakah punca Jangkitan Jari?

Bakteria adalah punca kebanyakan jenis jangkitan yang menjadi punca jari bengkak. Pengecualian pada herpetik whitlow, yang disebabkan oleh virus. Bagaimana jangkitan bermula dan lokasi tertentu membuatkan setiap jenis jangkitan menjadi unik.

Biasanya, beberapa bentuk trauma pada jari atau tangan (sebagai contoh luka jari, tangan hancur, luka tangan, kuku berjangkit atau kutikel berjangkit) adalah permulaan.

  • Paronychia: serangan bakteria melibatkan organisme staphylococcal dan streptococcal. Jarang sekali fungus menyebabkan jangkitan ini (kadang kala ia menyebabkan paronychia kronik), di mana ianya bermula sebagai hangnail. Individu suka untuk menggigit serpihan kuku dibahagian tepi, menyebabkan jangkitan. Jangkitan ini boleh disebabkan oleh memotong kuku secara agresif, menyebabkan jangkitan kutikel. Ini adalah kesan daripada luka terbuka yang membenarkan bakteria masuk ke dalam kulit dan mulut dan menjangkiti luka tersebut. Jangkitan ini merebak ke tisu sekeliling kuku dan kutikel.
  • Felon: jangkitan bakteria pada pada jari disebabkan oleh organisme yang sama, penyebab paronychia, akibat luka tusukan. Luka menyebabkan kemasukan bakteria ke dalam pad hujung jari. Hujung jari mempunyai beberapa bahagian dan disebabkan itu jangkitan terkandung dibahagian ini.
  • Herpetik whitlow: organisme virus adalah herpes simpleks jenis I atau II. ini adalah virus yang sama penyebab jangkitan herpes mulut atau genital. Sesetengah pekerjaan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan ini. Ini termasuklah doktor gigi, pembersih gigi, doktor, jururawat atau mana-mana individu yang bersentuhan dengan air liur atau cecair badan yang mengandungi virus tersebut. Pesakit herpes oral atau genital menjangkiti jari anda sendiri.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada jangkitan jari?

Jangkitan jari

Beberapa faktor risiko ini menjadi punca jari bengkak:

  1. Luka tertembus.
  2. Potongan /luka dalam.
  3. Sebarang luka terbuka.
  4. Trauma tembus.
  5. Tarik kuku.
  6. Tarik kutikel.
  7. Menggigit kuku.
  8. Memotong kutikel atau manikur berlebihan.

Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan jari, termasuklah:

  1. Pesakit diabetes.
  2. Pesakit yang mempunyai lemah sistem imuniti.
  3. Sesetengah pekerja seperti doktor gigi, ahli hyhienist, doktor dan jururawat.
  4. Sesetengah pekerja melibatkan pendedahan tangan kepada air seperti pencuci pinggan mangkuk.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit didiagnosis?

Diagnosis bagi jangkitan jari bermula dengan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal. Sejarah kesihatan secara terus dapat membantu mengesan punca dan juga mendapatkan diagnosis yang tepat.

Individu yang mengalami jangkitan setempat akan dirawat berbeza daripada individu yang mengalami jangkitan kronik atau teruk.

Masalah yang wujud bersama seperti diabetes atau gangguan saluran darah pada tangan dan kaki akan merumitkan jangkitan dan menyebabkan penukaran tahap rawatan yang perlu diberikan.

Bagaimana pesakit dirawat?

Rawatan utama jangkitan ialah antibiotik dan penjagaan luka yang baik. Penjagaan luka untuk setiap jenis jangkitan adalah berbeza. Ia bermula daripada luka mudah dan saliran luka sehingga pembedahan ekstensif untuk membuang bahan berjangkit sebanyak mungkin.

Sesetengah jangkitan boleh dirawat sebagai pesakit luar tetapi sesetengah yang lain memerlukan rawatan pesakit dalam dan antibiotik IV. kerana organisme penyebab jangkitan ini adalah sama, antibiotik jenis yang sama digunakan dalam kebanyakan rawatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil?

Jangkitan jari

Disebabkan jangkitan jari ini boleh menjadi semakin serius, penjagaan di rumah adalah terhad. Paronychia kecil boleh ditangani di rumah jika pesakit tiada penyakit yang merumitkan seperti diabetes.

Kesemua jangkitan jari lain memerlukan penilaian dan rawatan segera oleh doktor. Kelewatan mendapatkan rawatan menyebabkan kecacatan, punca jari bengkak atau kehilangan fungsi jari, jangan bertangguh untuk mendapatkan perubatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Herpetic whitlow (whitlow finger). https://www.nhs.uk/conditions/herpetic-whitlow/. Accessed on June 7, 2022.
  2. Felon Finger. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22758-felon-finger. Accessed on June 7, 2022.
  3. Nail Infection (Paronychia). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15327-nail-infection-paronychia. Accessed on June 7, 2022.
  4. Common Acute Hand Infections. https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2003/1201/p2167.html. Accessed on June 7, 2022.
  5. Fingernail infection (paronychia). https://www.aboutkidshealth.ca/article?contentid=767&language=english. Accessed on June 7, 2022.

Versi Terbaru

29/11/2022

Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Jari Terluka Semasa Memotong Sayur? Ini 6 Tindakan Anda Kena Buat Cepat!

Jari Tangan Mengeras Hingga Sukar Gerak? Ini Tanda Sklerosis Digital!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 29/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan