backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Pesakit Kencing Manis, Elak Ambil 5 Jenis Sayur Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    Pesakit Kencing Manis, Elak Ambil 5 Jenis Sayur Ini!

    Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, pesakit diabetes perlu untuk jaga makan dan minum serta tidak terkecuali ada pantang larang sayur untuk kencing manis.

    Ya, meskipun sayur-sayuran itu adalah antara komponen yang paling penting dalam diet, penderita kencing manis jenis 2 perlu lebih berwaspada dengannya.

    Persoalannya, apakah sayur untuk kencing manis yang doktor tidak galakkan ambil? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

    Eh, pesakit diabetes boleh ambil sayur?

    Sebenarnya, penderita kencing manis boleh makan dan minum apa sahaja termasuk sayur-sayuran dengan syarat mereka tahu kuantiti dan kualiti yang betul.

    Apa yang lebih penting di dalam aspek diet mereka adalah makanan dan minuman yang diambil itu haruslah tinggi dengan serat serta rendah indeks glisemik.

    Disebabkan itu, sayur untuk kencing manis itu adalah salah satu daripada contoh komponen yang terbaik malah terpenting terutamanya buat pesakit diabetes.

    Jika anda ingin tambah sayur-sayuran ke dalam menu diet harian namun kurang pasti jenis yang mana perlu dielak atau diambil, kami boleh bantu anda!

    sayur untuk kencing manis

    “Kuncinya di sini adalah anda perlu fokus kepada sayur berdaun dan berwarna hijau serta elak ambil selain daripada itu”, jelas Pakar Nutrisi, Heather Hanks.

    Sayur untuk kencing manis, perlu elak!

    Menurut Pakar Diet Harland Adkins, anda perlu elak sayuran yang berkanji kerana ia mungkin tinggi dengan karbohidrat yang tidak bagus jika ada diabetes.

    Berikut adalah beberapa jenis sayur untuk kencing manis yang pesakit diabetes perlu elak:

    #1. Ubi kentang

    Antara contoh sayuran berkanji yang paling popular adalah ubi kentang dan ini juga bermakna ia adalah antara sayur dengan kadar karbohidrat sangat tinggi.

    Mungkin tidak salah untuk anda ambil namun pastikan hidangannya tidak terlalu banyak serta dimasak dengan cara sihat seperti dibakar atau dipanggang.

    Apa yang lebih penting, cuba untuk elak daripada mengambil ubi kentang yang diproses seperti snek kerepek kentang ekoran ia mungkin tinggi dengan gula dan lemak.

    #2. Kacang pis

    Meskipun dinyatakan di atas tadi bahawa sayur-sayuran berdaun dan berwarna hijau adalah bagus buat penderita kencing manis, namun kacang pis bukan salah satunya.

    Ini kerana ia mungkin adalah pilihan terbaik dalam kalangan sayuran berkanji namun satu cawan biasa kacang ini mengandungi sekitar 20 gram karbohidrat.

    Jika anda masih ingin mengambilnya, kurangkan kuantiti dan pastikan kualiti kacang yang diambil ini di tahap paling ideal untuk elak sebarang komplikasi lain.

    Sayur untuk kencing manis perlu elak #3. Jagung

    sayur untuk kencing manis

    Jagung adalah hidangan sayuran yang biasa direbus dan dimakan dengan begitu sahaja dan ia sangat bagus buat individu sihat tanpa sebarang jenis penyakit.

    Memandangkan secawan jagung mengandungi kira-kira 21 gram karbohidrat dan 2 gram serat, ia tentu sekali tidak bagus buat penderita kencing manis.

    Terutamanya jika ia dihidangkan bersama mentega, susu dan gula atau dijadikan bertih jagung, jadi pesakit diabetes perlu elak daripada ambil snek seperti ini.

    #4. Labu madu

    Ini adalah jenis sayur yang mungkin agak kurang popular namun masih boleh dianggap sebagai antara sayuran terbaik dari aspek rasa, rupa serta nutrisinya.

    Sering dijadikan sebagai masak lemak atau sup, ia juga sangat sedap dimakan begitu sahaja namun anda yang ada diabetes mungkin perlu fikir banyak kali.

    Sebabnya, secawan labu madu mengandungi sekurang-kurangnya 16 gram karbohidrat dan 3 gram serat lantas menjadikannya kurang sesuai untuk mereka yang ada diabetes.

    #5. Jus sayur

    Jangan terkejut pula jika jus sayur-sayuran termasuk di dalam senarai ini. Ia disebabkan oleh satu isu utama di mana kurangnya kompenen serat di dalamnya.

    Selain itu, jenis sayur yang dipilih juga akan memainkan peranan jumlah karbohidrat di dalamnya dan kebanyakannya akan dicampur dengan bahan-bahan lain.

    Apa lagi jika ia dicampur dengan buah, susu, gula atau sebarang bahan penambah perasa lain yang sekali gus menjadikannya tidak sesuai jika ada kencing manis.

    sayur untuk kencing manis

    Sayur untuk kencing manis, perlu ambil!

    Menurut Pakar Diet Mackenzie Burgess, terdapat banyak lagi alternatif jenis sayur yang efektif dalam usaha melawan penyakit kencing manis yang dihidapi.

    Kunci utamanya adalah sangat mudah iaitu anda hanya perlu ambil sayur-sayuran yang berdaun dan berwarna hijau dan ini bukanlah pilihan yang sukar.

    Sebagai contoh yang bagus, sayur segar seperti brokoli, asparagus, kubis, kailan dan sebagainya merupakan pilihan mudah dan tepat untuk anda ambil.

    Apa yang paling penting, anda mungkin hanya perlu untuk memastikan 2 aspek ini untuk pilihan pemakanan anda yakni: tinggi dengan serat dan rendah dengan indeks glisemik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan