backup og meta

6 Faktor Ini Boleh Jadi Punca Keluar Darah Coklat Masa Hamil, Bakal Ibu Kena Waspada!

6 Faktor Ini Boleh Jadi Punca Keluar Darah Coklat Masa Hamil, Bakal Ibu Kena Waspada!

Keluar darah coklat ketika hamil 6 minggu boleh menjadi gejala biasa awal kehamilan. Namun jika situasi keluar darah ketika hamil turut disertai simptom lain, ia boleh menjadi petanda komplikasi.

Bagaimana jika keluar lendir darah ketika awal kehamilan? Apa punca keluar darah ketika mengandung 8 bulan? Bagaimana kalau keluar darah ketika mengandung 9 bulan?

Ayuh semak!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Pendarahan semasa mengandung

Normal ke keluar darah ketika hamil yang berwarna coklat?

Bagaimana jika keluar lendir darah ketika awal kehamilan? Apa punca keluar darah ketika mengandung 8 bulan? Bagaimana kalau keluar darah ketika mengandung 9 bulan?

Pendarahan berwarna coklat semasa berbadan dua adalah perkara biasa pada trimester pertama, khususnya jika dalam jumlah yang sedikit dengan konsistensi seperti lendir. Keadaan ini boleh berlanjutan sehingga 3 hari.

Tetapi jika lelehan berwarna coklat ini disertai dengan gejala lain seperti sakit pelvis, sensasi terbakar atau sakit semasa kencing, demam atau menggigil, ia mungkin tanda jangkitan, kehamilan luar rahim atau keguguran.

Jika terdapat simptom lain selain pendarahan coklat ini, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera bagi mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan ibu dan bayi dalam kandungan.

Punca keluar darah coklat ketika hamil 6 minggu

Lendiran coklat boleh berlaku disebabkan perkara-perkara berikut:

1. Perubahan biasa berkaitan kehamilan

Sedikit lelehan berwarna coklat yang berair atau seperti jeli adalah perkara biasa, terutamanya pada awal kehamilan.

keluar darah ketika hamil
Perhatikan segala perubahan semasa hamil.

Ini berlaku kerana perubahan pH faraj yang boleh mengurangkan keputihan. Keadaan ini boleh berlangsung selama 2 atau 3 hari.

Lendiran yang berwarna coklat ini juga mungkin dapat dilihat selepas aktiviti seperti hubungan seksual, menaiki tangga atau membawa barangan runcit yang berat.

Umumnya tiada sebarang rawatan diperlukan untuk mengatasi keadaan ini.

Tetapi jika pendarahan yang berlaku adalah berat, berlanjutan lebih daripada 3 hari atau wujud gejala lain seperti kegatalan faraj, sakit perut ataupun kekejangan, sila berunding dengan doktor segera.

2. STD punca keluar darah ketika hamil

Sesetengah jangkitan kelamin (STD) seperti gonorea atau klamidia boleh menyebabkan lendiran berwarna coklat.

Ia boleh disertai dengan gejala lain seperti lendiran berbau busuk, sensasi terbakar atau sakit semasa membuang air kecil, sakit pelvis dan pendarahan semasa hubungan seks.

Dalam kes ini, anda perlu berjumpa pakar sakit puan untuk rawatan yang akan bergantung kepada hasil diagnosis. 

3. UTI

Jangkitan saluran kencing (UTI) boleh menyebabkan keluar darah coklat ketika hamil 6 minggu. Ia biasanya disertai dengan simptom lain seperti: 

  • Pundi kencing terasa berat
  • Kelesuan
  • Rasa sakit atau sensasi terbakar semasa kencing
  • Kerap membuang air kecil
  • Rasa terdesak untuk kencing
  • Ketidakupayaan untuk kencing atau mengosongkan pundi kencing sepenuhnya

Sekiranya anda mengesyaki diri dijangkiti UTI, berundinglah dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan dan ujian air kencing. Doktor mungkin menetapkan antibiotik yang selamat untuk kehamilan jika disahkan UTI.

4. Kehamilan ektopik, penyebab keluar darah ketika hamil

Kehamilan ektopik ialah keadaan di mana embrio ditanam dan berkembang di luar rahim. Ia boleh berlaku pada tiub fallopio, rongga perut atau serviks, yang mengembangkan gejala seperti:

  • Sakit perut yang teruk
  • Faraj terasa berat
  • Rasa sakit semasa pemeriksaan pelvis
  • Pendarahan atau lelehan berwarna coklat
keluar darah ketika hamil
Ilustrasi kehamilan ektopik.

Justeru, amat penting untuk ibu melakukan pemeriksaan dengan pakar sakit puan. Ini membolehkan ultrasound dilakukan dan menilai sama ada kehamilan tersebut boleh menimbulkan risiko kepada ibu atau bayi.

5. Kecederaan serviks ringan

Semasa kehamilan, tisu serviks dan tisu sekeliling terdedah kepada risiko untuk berlaku pendarahan.

Trauma serviks ringan seperti kesan pemeriksaan serviks atau seks, boleh menyebabkan kecederaan yang sangat kecil dan mengakibatkan berlaku lelehan coklat.

6. Keguguran

Lendiran coklat semasa mengandung juga boleh menjadi tanda keguguran, terutamanya jika ia berlaku dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan.

Selain ketulan darah ketika hamil, keguguran juga boleh menyebabkan gejala seperti demam dan menggigil, sakit perut yang teruk, lendiran faraj tidak berbau dan pergerakan janin berkurangan selama lebih 5 jam.

Rawatan biasanya melibatkan pengambilan ubat dan rehat bagi membantu pembuangan tisu janin. Anda juga mungkin perlu menjalani prosedur D&C (cuci rahim) untuk mengeluarkan janin tersebut.

keluar darah ketika hamil
Tanda-tanda lain keguguran.

Apa yang perlu dilakukan jika keluar darah ketika hamil? 

Jika sekali-sekala terdapat lendiran coklat selepas seks, gunakan panty liner untuk sehari atau dua. Perhatikan tempoh pendarahan berlaku.

Namun sebagai langkah berwaspada, amat disyorkan supaya bakal ibu melakukan pemeriksaan doktor jika keluar darah ketika hamil.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Alaina M. Bever, Sarah J. Pugh, Sungduk Kim, Roger B. Newman, William A. Grobman, Edward K. Chien, Deborah A. Wing, Hanyun Li, Paul S. Albert and Katherine L. Grantz. Fetal Growth Patterns in Pregnancies With First-Trimester Bleeding. Published in final edited form as:Obstet Gynecol. 2018 Jun; 131(6): 1021–1030.  Doi: 10.1097/AOG.0000000000002616. PMCID: PMC6223322NIHMSID: NIHMS952081PMID: 29742672. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6223322/, Accessed on June 6, 2023
  2. Vaginal discharge in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/vaginal-discharge, Accessed on June 6, 2023 
  3. Bleeding and spotting from the vagina during pregnancy. https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/bleeding-and-spotting-vagina-during-pregnancy, Accessed on June 6, 2023
  4. Vaginal Discharge Color: What’s Normal and What Isn’t. https://health.clevelandclinic.org/vaginal-discharge-mean/, Accessed on June 6, 2023
  5. Vaginal discharge. https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-discharge/basics/definition/sym-20050825, Accessed on June 6, 2023 
  6. Pregnancy complications. https://www.womenshealth.gov/pregnancy/youre-pregnant-now-what/pregnancy-complications, Accessed on June 6, 2023 

Versi Terbaru

20/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Pasti Sudah 'Lekat' Atau Belum? Ini 12 Tanda Lazim Anda Sedang Hamil

Sudah 40 Minggu Tapi Masih Tiada Tanda? Cuba 9 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan