Bagaimanakah klamidia tersebar?
- Anda boleh mengalami klamidia dengan melakukan hubungan seks faraj, dubur atau oral dengan seseorang yang mempunyai klamidia.
- Jika pasangan seks anda adalah lelaki anda masih boleh mendapat klamidia walaupn ia tidak ejakulasi (cum).
- Sekiranya anda mempunyai klamidia dan dirawat pada masa lalu, anda masih boleh dijangkiti lagi jika mempunyai hubungan seks yang tidak dilindungi dengan seseorang yang mempunyai klamidia.
- Sekiranya anda hamil, anda boleh menjangkiti klamidia kepada bayi anda semasa bersalin.
Bagaimanakah untuk mengurangkan risiko mendapat klamidia?
Satu-satunya cara untuk mencegah jangkitan seksual adalah dengan tidak melakukan hubungan seks faraj, dubur atau oral.
Jika anda aktif secara seksual, anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan peluang anda mendapat klamidia:
- Berada dalam hubungan monogami jangka panjang dengan pasangan yang telah diuji dan mempunyai keputusan ujian STD yang negatif.
- Menggunakan kondom lateks dengan cara yang betul setiap kali anda melakukan hubungan seks.
Adakah saya berisiko mendapat klamidia?
Sesiapa yang melakukan hubungan seks boleh mendapat klamidia melalui seks faraj, dubur, atau oral yang tidak dilindungi. Walau bagaimanapun, golongan muda yang aktif secara seksual mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat klamidia. Ini disebabkan oleh faktor tingkah laku dan biologi dalam kalangan remaja. Gay, biseksual, dan lelaki lain yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki juga berisiko kerana klamidia boleh disebarkan melalui seks oral dan dubur.
Beritahu secara jujur kepada doktor anda dan tanyakan sama ada anda perlu diuji untuk klamidia atau STD lain. Jika anda seorang wanita yang aktif secara seksual lebih muda daripada 25 tahun, atau wanita yang lebih tua dengan faktor risiko seperti pasangan seks baru atau berbilang pasangan, atau pasangan seks yang mempunyai jangkitan seksual, anda harus mendapatkan ujian untuk klamidia setiap tahun. Gay, biseksual, dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki serta wanita hamil juga harus diuji untuk klamidia.
Jika anda hamil dan mempunyai klamidia, anda boleh menjangkiti bayi semasa kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan mata atau pneumonia pada bayi anda yang baru lahir. Mempunyai klamidia juga mungkin akan menyebabkan bayi pramatang.
Jika anda hamil, anda perlu diuji untuk klamidia semasa lawatan pranatal yang pertama. Ujian dan rawatan adalah cara terbaik untuk mencegah masalah kesihatan.