backup og meta

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!
Semasa sedang sarat hamil, pelbagai perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan wanita. Ini termasuklah sakit belakang semasa mengandung. Kebiasaannya, ia berlaku akibat sakit saraf yang dinamakan sciatica. 
Jika keadaan ini dibiarkan, ia akan mengakibatkan ketidakselesaan yang berlarutan. Apakah ia? Bagaimanakah mengubatinya?
Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu sakit saraf sciatica?

Untuk pengetahuan anda, sakit saraf semasa mengandung ini disebabkan oleh kerengsaan pada saraf sciatic: saraf di antara saraf tunjang yang bersambung ke punggung dan kaki.

Saraf yang sangat luas dan panjang ini berfungsi membantu bahagian belakang dan ke bawah tubuh badan anda merasai sensasi seperti tekanan, suhu dan juga sakit.

Semasa kehamilan, kerengsaan ini akan berlaku dan menjadi buruk apabila kandungan semakin membesar sekali gus memberikan tekanan lebih pada saraf ini.

Kebiasaannya, ia akan menjadi semakin kronik apabila kandungan memasuki trimester terakhir kehamilan yakni bulan ke 7 hingga ke 9.

Selain kehamilan, ia juga mungkin boleh disebabkan oleh kondisi lain seperti ‘slipped disc’ atau ‘spasm of the piriformis’ pada belakang tubuh badan.

sakit belakang semasa mengandung

Apa simptom sakit saraf sciatica?

Meskipun sakit belakang semasa mengandung boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, namun sciatica ini adalah pencetus utama dan anda perlu memahami simptomnya terlebih dahulu.

Simptom paling utama adalah kesakitan yang bermula pada bahagian bawah belakang dan menurun sehingga ke kaki selain beberapa simptom-simptom lain seperti:

  • Kesukaran menahan dan mengawal kencing
  • Kesakitan pada kaki
  • Kekebasan pada kaki
  • Kepedihan yang akan menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau bergerak
  • Sensasi seperti terbakar pada bahagian bawah tubuh badan

Sekiranya kalian mengalami salah satu atau kesemua simptom di atas, maka anda mungkin mengalami sakit saraf sciatica dan perlu segera berjumpa doktor.

Selain mendapatkan rawatan serta ubatan secara klinikal, anda juga mungkin boleh mengurangkan sakit belakang semasa mengandung ini di rumah sahaja.

Bagaimana? Hanya dengan melakukan teknik regangan ini!

Regangan yang perlu dilakukan jika sakit belakang semasa mengandung!

sakit belakang semasa mengandung

Ada tiga teknik yang ibu hamil boleh amalkan sendiri di rumah, sila ikuti panduan kami ini:

#1. Child’s Pose

Teknik yoga ini adalah sangat popular kerana ia diakui sangat bagus untuk melegakan sakit belakang termasuklah ketika hamil.

  • Melutut pada permukaan lembut seperti tilam atau karpet
  • Sentuh ibu jari kaki dan kangkangkan lutut agar perut anda mempunyai ruang
  • Pastikan belakang tegak dan rehatkan dahi anda pada lantai
  • Regangkan tangan ke hadapan melepasi kepala sambil menarik nafas
  • Duduk kembali pada kaki dan biarkan punggung anda mengenai tumit sambil menghembus nafas
  • Sentiasa menarik nafas sedalamnya dan meregangkan tangan ke hadapan setiap kali pernafasan
  • Kembalikan tangan anda perlahan-lahan ke posisi melutut awal tadi

#2. Seated Piriformis Stretch

Teknik ini mampu membantu otot piriformis anda kembali menjadi normal sekali gus mengurangkan sakit belakang semasa mengandung.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Duduk di kerusi dengan kaki anda menyentuh lantai
  • Angkatkan kaki kiri dan tempatkan buku lali kiri anda pada lutut kanan
  • Sujudkan badan ke hadapan perlahan sambil belakang kekal tegak
  • Ketika ini anda akan berasa regangan pada bawah belakang
  • Kekalkan posisi ini sekurang-kurangnya selama 30 saat
  • Ulangi proses ini dengan kaki kanan pula

#3. Standing Hamstring Stretch

Teknik ini mampu mengekalkan fleksibiliti pada otot sekitar sistem saraf sciatic lantas mengurangkan sakit belakang semasa mengandung.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Berdiri tegak dengan kedua-dua belah kaki menyentuh lantai
  • Angkatkan kaki kiri dan tempatkan ia pada objek yang stabil seperti kerusi
  • Kekalkan posisi ini dengan ibu jari menghala ke hadapan
  • Sujudkan badan anda secara perlahan sehingga berasa regangan pada otot hamstring
  • Kekalkan posisi ini sekurang-kurangnya selama 30 saat
  • Ulangi proses ini dengan kaki kanan pula

sakit belakang semasa mengandung

Selain 3 teknik regangan ini, anda juga sudah tentu boleh cuba mendapatkan urutan lembut pada bahagian belakang tubuh badan anda.

Sekiranya kesakitan itu terlalu teruk, segera rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan atau ubatan klinikal bagi merawatnya.

Jika belum yakin untuk melakukan teknik regangan bersendirian, dapatkan tunjuk ajar daripada pakar terlebih dahulu okay!

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sciatic Nerve Pain During Pregnancy? Here’s What to Do. https://rmccares.org/2020/01/14/sciatic-nerve-pain-during-pregnancy-heres-what-to-do/. Accessed Oct 17, 2022.
  2. How to Handle Sciatica During Your Pregnancy. https://health.clevelandclinic.org/how-to-handle-sciatica-during-your-pregnancy/. Accessed Oct 17, 2022.
  3. Pregnancy and Sciatic Nerve Pain. https://americanpregnancy.org/en/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/sciatic-nerve-pain-during-pregnancy-1006/. Accessed Oct 17, 2022.
  4. Sciatica during pregnancy. What it is and how to treat it. https://www.mother.ly/life/sciatica-during-pregnancy-what-it-is-and-how-to-treat-it. Accessed Oct 17, 2022.
  5. Pregnancy-related low back pain. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3306025/. Accessed Oct 17, 2022.

Versi Terbaru

15/04/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Sakit Belakang Lepas Bangun Tidur? Usah Derita Lagi, Cuba 5 Jenis Senaman Ini

Kerap Sakit Belakang Selepas Bersalin? Nah, Ini Cara Berkesan Untuk Pulihkan Kesakitan Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan