home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Epidural Punca Sakit Belakang Lepas Bersalin? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

Epidural Punca Sakit Belakang Lepas Bersalin? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

Sakit belakang adalah sebab seseorang terpaksa cuti daripada bekerja dan mendapatkan rawatan perubatan.

Keadaan ini boleh menjadi sangat tidak selesa dan melemahkan. Masalah kesihatan ini boleh berlaku disebabkan oleh kesan kecederaan, aktiviti dan sesetengahnya adalah akibat keadaan perubatan.

Sakit belakang boleh menjejaskan seseorang tanpa mengira peringkat umur, dengan alasan yang berbeza.

Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

Sakit belakang dan kehamilan

Ia adalah perkara biasa bagi seseorang wanita mengalami masalah sakit belakang, terutamanya pada peringkat awal kehamilan.

Sakit belakang pada simptom awal kehamilan boleh menjadi “sakit yang sebenar,” secara literal.


Postur tubuh dan badan anda di luar penjajaran pada masa kehamilan, dan dengan berat badan kebanyakannya tertumpu di bahagian depan badan anda, ia menarik di belakang anda.

Rasanya lebih kurang seperti anda memakai beg galas di depan anda dan bukan belakang anda. Ini mengubah postur anda dan meletakkan ketegangan di belakang anda.

Dalam erti kata lain, pusat graviti anda beralih.

Selain itu, perubahan hormon dan tubuh anda juga mempunyai kesan. Tubuh anda bersiap sedia untuk melahirkan dan sehingga beberapa sendi dan ligamen anda berlaku kelonggaran bagi membolehkan kelahiran.

Semua perubahan ini bersama-sama, ia boleh menyebabkan sakit belakang sebagai simptom kehamilan.

Dianggarkan bahawa kira-kira separuh daripada semua wanita hamil akan mengalami simptom kehamilan ini.

Tip mengelak dan meringankan sakit belakang semasa hamil

  • Bengkokkan lutut anda dan pastikan belakang anda lurus apabila anda mengangkat atau mengambil sesuatu dari lantai
  • Elakkan mengangkat objek berat
  • Gerakkan kaki anda apabila anda beralih untuk mengelakkan tulang belakang anda berpusing
  • Pakai kasut rata untuk menyebarkan berat badan secara merata
  • Cuba untuk mengimbangi berat antara 2 beg semasa membeli-belah
  • Pastikan belakang anda lurus dan disokong dengan baik semasa duduk di tempat kerja dan di rumah, cari bantal sokongan bersalin
  • Dapatkan rehat yang cukup, terutama selepas mengandung
  • Urut atau mandi panas boleh membantu
  • Gunakan tilam yang menyokong anda dengan betul
  • Sertai kelas penjagaan belakang secara kumpulan atau individu

Tip mengelakkan sakit belakang selepas bersalin

Anda mungkin berfikir bahawa sakit belakang akan hilang apabila anda melahirkan bayi. Nyata, sangkaan itu silap sama sekali.

Ini kerana keadaan ini selalunya datang kembali. Hampir 50 peratus wanita yang mengalami sakit belakang semasa hamil biasanya hilang selepas seminggu atau dua minggu. Bagaimanapun, ia boleh datang kembali.

Berikut beberapa tip untuk anda menanganinya.

1. Bersenam

Mulakan senaman selepas bersalin bagi memulihkan abdomen dan otot belakang. Anda boleh bermula dengan 10 minit senaman regangan di atas lantai pada setiap hari bagi memulihkan fleksibiliti bahagian belakang badan dan pinggul.

Walau bagaimanapun, dapatkan konsultasi daripada doktor dahulu sebelum memulakan sebarang senaman.

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, disarankan untuk memulakan senaman selepas enam minggu bersalin, dengan konsultasi daripada doktor.

2. Kembalikan kelangsingan badan

Ya, ibu baru bersalin memang tidak digalakkan untuk berdiet. Namun, ini bukan tentang ‘diet’ yang anda fikirkan.

Bagi mengelakkan masalah sakit belakang selepas bersalin, cuba untuk mendapatkan semula berat normal anda seperti sebelum hamil dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi.

3. Cara mengambil bayi

Elak daripada meregangkan lengan anda semasa ingin mengambil bayi. Sebaliknya, anda boleh cuba membawa bayi dekat dengan dada anda sebelum mengangkatnya. Elakkan juga daripada memusingkan tubuh anda.

4. Semasa menunduk untuk mengangkat bayi.

Jika anda ingin mengangkat bayi anda dari lantai, bengkokkan lutut anda dahulu, dan bukannya dengan membengkokkan pinggang.

Cangkung dahulu dan dekatkan otot perut anda serta angkat menggunakan kekuatan otot kaki anda.

5. Masa makan bayi

Jika anda ingin mengangkat bayi anda keluar daripada kerusi makannya atau meletakkan bayi di dalam kerusi makan, tanggalkan atau ketepikan dahulu dulang atau meja pada kerusi makan bayi.

6. Waktu di buaian atau katil

sakit belakang

Semasa ingin mengangkat bayi dari buaian ataupun katil bayi, elakkan daripada mengangkat si manja. Sebaliknya, tarik bayi anda mendekati anda sebelum mendukungnya.

7. Anduh bayi

Jika anda ingin memakai pengendong ataupun anduh bayi, pasangkan anduh di hadapan badan anda. Bukannya mengendong dengan cara meletakkan anduh bayi di belakang badan.

8. Posisi dukung

Selalunya kita akan lihat ibu-ibu gemar mendukung bayi mereka dengan meletakkan di bahagian pinggul.

Jika anda mengikut cara ini, anda akan hanya menyebabkan bebanan di bahagian otot belakang badan anda. Jadi, tukar posisi mengendong bayi anda.

9. Penyusuan

Posisi penyusuan yang salah turut menjadi punca ibu mendapat sakit belakang. Bagi mengelakkannya, bawa bayi anda ke arah payudara semasa sesi penyusuan.

Elakkan daripada badan anda membongkok ke arah bayi. Anda juga boleh menggunakan kerusi tegak semasa proses penyusuan berbanding memilih sofa lembut.

10. Pilihan kenderaan

Kenderaan juga memainkan peranan dalam mengelakkan sakit belakang badan. Lebih baik jika anda menggunakan kereta empat pintu berbanding kereta dua pintu.

Hal ini adalah supaya anda mudah meletakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan bayi.

Semasa ingin meletakkan bayi, pastikan anda memasukkan badan anda ke dalam kereta dan dengan menggunakan otot lengan, anda dudukkan bayi anda di dalam kerusi.

Elakkan daripada melutut di bahagian tempat duduk belakang kemudian meletakkan bayi pada kerusi keselamatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0072751/

https://www.niams.nih.gov/health-topics/back-pain#tab-risk

https://www.niams.nih.gov/health-topics/back-pain#tab-treatment

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 07/08/2018
x