Kebanyakan masalah buasir akan timbul semasa tempoh kehamilan trimester ketiga dan selepas kelahiran bayi.
Walau bagaimanapun, masalah buasir yang dialami oleh ibu mengandung akan menghilang secara beransur-ansur memandangkan tahap hormon, jumlah darah, dan tekanan intra-abdominal akan berkurangan selepas kelahiran bayi.
Risiko kesihatan lain semasa hamil
Selain daripada buasir, ibu mengandung juga berpotensi untuk mengalami penyakit vena kronik (chronic venous disease) atau dikenali secara ringkas sebagai CVD.
CVD ialah satu keadaan di mana vena yang lemah atau rapuh akan melebar disebabkan oleh ketidakmampuannya untuk menahan tekanan daripada berat darah.
Akibatnya, darah akan sukar untuk mengalir kembali ke bahagian jantung.
Secara umumnya, ia adalah masalah yang berkaitan dengan tekanan darah yang lemah. Apabila CVD terjadi, ia mengakibatkan beberapa simptom seperti telangiektasis, vena varikos, edema, ulser aktif dan perubahan keadaan kulit.
Setiap satu daripada dua individu yang mengalami masalah buasir biasanya akan mengalami CVD. Bagi wanita hamil, CVD akan menjadi lebih buruk ketika kehamilan dan apabila tempoh kehamilan telah tamat, kesemua simptom akan berakhir dengan sendirinya.
Rawatan untuk kedua-dua keadaan kesihatan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
- intervensi gaya hidup
- ubat-ubatan (rawatan farmakologi)
- prosedur (mungkin atau mungkin tidak melibatkan pembedahan)
Rawatan untuk kedua-dua buasir dan CVD, melibatkan penggunaan ubat 500mg Daflon yang menyediakan penyerapan pantas hasil daripada mikronisasi partikel aktifnya.

Menurut kajian yang dijalankan di Department of Obstetrics and Gynaecology, All India Institute of Medical Sciences, New Delhi, India yang bertajuk “Micronized flavonoid therapy in internal hemorrhoids of pregnancy”, Daflon 500mg adalah selamat untuk digunakan dalam rawatan buasir jangka pendek semasa kehamilan bagi ibu mengandung.
Pemeriksaan doktor
Jika anda mengalami kesukaran berkaitan pergerakan usus seperti sembelit, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Jangan biarkan keadaan terus melarat sehingga membahayakan kesihatan anda dan juga mendedahkan risikonya kepada bayi dalam kandungan.