10 Cara elak sakit belakang selepas bersalin
1 Bersenam.
Mulakan senaman selepas bersalin bagi memulihkan abdomen dan otot belakang. Anda boleh bermula dengan 10 minit senaman regangan di atas lantai pada setiap hari bagi memulihkan fleksibiliti bahagian belakang badan dan pinggul.
Walau bagaimanapun, dapatkan konsultasi daripada doktor dahulu sebelum memulakan sebarang senaman. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, disarankan untuk memulakan senaman selepas enam minggu bersalin, dengan konsultasi daripada doktor.
2 Kembalikan kelangsingan badan.

Ya, ibu baru bersalin memang tidak digalakkan untuk berdiet. Namun, ini bukan tentang ‘diet’ yang anda fikirkan. Bagi mengelakkan masalah sakit belakang selepas bersalin, cuba untuk mendapatkan semula berat normal anda seperti sebelum hamil dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi.
3 Cara elak sakit belakang selepas bersalin – Cara mengambil bayi.
Elak daripada meregangkan lengan anda semasa ingin mengambil bayi. Sebaliknya, anda boleh cuba membawa bayi dekat dengan dada anda sebelum mengangkatnya. Elakkan juga daripada memusingkan tubuh anda.
4 Semasa menunduk untuk mengangkat bayi.
Jika anda ingin mengangkat bayi anda dari lantai, bengkokkan lutut anda dahulu, dan bukannya dengan membengkokkan pingang. Cangkung dahulu dan dekatkan otot perut anda serta angkat menggunakan kekuatan otot kaki anda.