Wah Seronoknya Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan! Ibu Jangan Culas Periksa Kandungan, Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kehamilan anda sudah masuk trimester kedua? Tahniah para ibu, pasti morning sickness anda sudah kian berkurang! Tetapi, jangan lupa mengahadiri pemeriksaan ibu mengandung ya!

Seperti yang para ibu sedia maklum, pemeriksaan antenatal adalah penting untuk memastikan ibu dan anak yang dikandung dalam keadaan yang sihat.

Penjagaan pranatal selalunya bermula sejurus selepas anda tahu yang anda hamil sehinggalah tempoh bersalin.

Kehamilan yang normal berlangsung selama 9 bulan. Trimester kedua pula bermula pada minggu ke-14 sehingga minggu ke-28 kehamilan.

Di Malaysia, ibu yang sedang mengandung bawah 28 minggu akan berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk pemeriksaan.

Mengapa perlunya penjagaan pranatal pada trimester kedua?

pemeriksaan ibu mengandung

Pemeriksaan antenatal adalah penting untuk para ibu mengetahui status tumbesaran anak dalam kandungan.

Ketika lawatan anda, doktor yang bertugas akan memantau kesihatan anda dan bayi.

Sewaktu janji temu, anda akan melalui pemeriksaan rutin untuk mengetahui tumbesaran bayi dan juga untuk melihat pergerakan bayi. Selain itu, anda juga mungkin berpeluang untuk mendengar degup jantung bayi anda.

Sewaktu pemeriksaan antenatal pada trimester kedua, anda dan juga doktor anda akan:

  1. Memeriksa saiz perut.
  2. Memeriksa kenaikan berat badan.
  3. Membuat pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui posisi dan tumbesaran bayi.
  4. Mengira kadar tendangan anak menggunakan carta gerak anak (Fetal kick chart atau fetal movement chart).
  5. Memeriksa kadar degupan jantung bayi.
  6. Pemeriksaan menggunakan Cardiotocography (CTG) – mesin yang akan digunakan untuk memeriksa kesihatan bayi jika bayi didapati tidak membesar dengan baik.

Setelah melakukan semua pemeriksaan ini, doktor akan berbincang dengan anda mengenai keadaan semasa bayi dalam kandungan.

Selain itu, inilah masanya untuk bertanya jika anda mempunyai soalan kepada doktor anda. Jangan malu bertanya walaupun anda rasa soalan itu tidak penting ataupun tidak berkaitan dengan kehamilan anda.

Senarai ujian yang mungkin akan anda hadapi semasa pemeriksaan trimester kedua

1. Ujian hemoglobin

Ibu haruslah mengambil ujian hemoglobin untuk memastikan kadar sel darah merah dalam badan adalah dalam keadaan normal.

Jika pemeriksaan mendapati ibu mengandung dalam keadaan anemia, doktor mungkin akan menjalankan ujian dengan lebih kerap.

Penyebab utama anemia dalam kalangan ibu mengandung ialah kekurangan zat besi. Oleh itu, para ibu haruslah menjaga pemakanan dan cuba untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.

Walau bagaimanapun, keadaan ini adalah normal dalam kalangan ibu mengandung.

2. Ujian toleransi glukosa

Ibu mengandung akan menjalani ujian ini ketika trimester kedua.

Ujian ini adalah penting untuk memeriksa sama ada ibu mengalami diabetes gestasi. Kondisi ini hanyalah sementara dan akan hilang sejurus ibu melahirkan anak.

Walau bagaimanapun, ibu yang menghidap diabetes gestasi lebih berpontensi untuk mengalami kelahiran jenis caesarean.

Ini adalah kerana bayi yang dikandung ibu yang menghidap diabetes gestasi adalah lebih besar daripada saiz biasa.

3. Pemeriksaan antibodi

Pemeriksaan ini hanyalah dijalankan jika ibu mempunyai status rhesus negatif.

Ibu yang mempunyai status rhesus negatif akan diberikan suntikan ‘RhoGAM’ pada minggu ke-28 untuk mengelakkan komplikasi semasa bersalin.

4. Ujian ultrasound

Ultrasound adalah penting untuk memeriksa posisi dan juga keadaan bayi. Ujian ultrabunyi juga boleh digunakan untuk memeriksa jantina bayi dan juga sebarang kecacatan yang mungkin dialami.

Ujian ultrasound selalunya dijalankan pada sekitar trimester kedua iaitu pada minggu ke-18 hingga 20 kehamilan.

Pentingnya sokongan moral semasa pemeriksaan antenatal

trimester kedua

Kehamilan merupakan saat yang amat istimewa bagi para ibu. Walaupun begitu, kadangkala emosi ibu turut terganggu dan perlu mendapatkan sokongan moral yang jitu daripada keluarganya pada saat kehamilan.

Kehadiran suami dan juga keluarga di sisi ketika pemeriksaan antenatal boleh memberikan sokongan emosi kepada ibu yang sedang mengandung.

Selain itu, jika kedua-dua ibu dan bapa hadir semasa pemeriksaan pranatal, lebih mudah untuk doktor berbincang tentang rancangan anda semasa bersalin nanti.

Ibu juga lebih mudah untuk berkongsi rasa gusar dan juga masalah kepada doktor di samping suami.

Bila anda harus berjumpa dengan doktor anda?

Kehamilan pada trimester kedua mungkin lebih mudah untuk emosi dan juga fizikal para ibu.

Morning sickness semakin berkurang dan anda akan rasa lebih bahagia ketika merasakan pergerakan bayi anda. Perut anda juga akan nampak lebih jelas daripada biasa.

Jika anda mengalami tanda-tanda yang tidak normal, pendarahan ataupun sakit ketika membuang air kecil, sila berjumpa dengan doktor anda pada kadar yang segera.

Ibu juga boleh menghadapi depresi dan juga gangguan kegelisahan ketika hamil. Jangan abaikan kesihatan mental anda. Jumpa doktor dan berbincanglah dengan pakar mengenai keadaan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sudah Habis Teran Tapi Tak Keluar, Ini Petanda Sembelit Kronik, Apa Anda Kena Buat?

Sekiranya anda mengalami sembelit, terdapat beberapa cara mengatasi sembelit yang boleh dicuba. Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Sembelit 01/03/2021 . 3 minit bacaan

Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pada tubuh badan manusia. Ini sekali gus menyebarkan penyakit berjangkit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Penyakit Berjangkit 26/02/2021 . 4 minit bacaan

Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

Kerap alami masalah terpaksa berulang ke tandas untuk membuang air kecil? Ini petua kencing tak lawas yang mudah untuk menyelesaikan masalah anda itu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kencing Tak Lawas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

Tahukah anda, ada banyak penyakit darah yang boleh berlaku kepada kita? Ia boleh menyerang sel darah dan membuatkan pesakit mengalami pelbagai komplikasi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gangguan Darah 26/02/2021 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

upt negatif tapi perut buncit

Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
badan manusia

Bagaimana Sistem Otot Rangka & Tulang Manusia Berfungsi? Ini Info Lengkap Mengenainya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 4 minit bacaan
masalah kulit

Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
bisul di punggung

Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan