Tempat Kerja Boleh Jejas Kesuburan Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tahukah anda bahawa jenis pekerjaan tertentu boleh meletakkan anda dalam persekitaran yang mempengaruhi kesuburan? Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pendedahan kepada sesetengah bahan adalah dikaitkan dengan penurunan penghasilan sperma dan peningkatan ketidaknormalan sperma. Akan tetapi, kebanyakan kajian ini dijalankan ke atas haiwan, jadi hasil kajian adalah terhad terbukti untuk manusia.

Jika anda dan pasangan mengambil masa yang panjang untuk berjaya hamil, ia mungkin ada kaitan dengan jenis pekerjaan yang anda lakukan. Dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang sebarang kemungkinan risiko anda tidak subur.

Bagaimana tempat kerja boleh menjejaskan kesuburan lelaki

Haba/ Kepanasan

Haba atau kepanasan boleh menjejaskan penghasilan sperma yang sihat. Ada sebabnya mengapa testikel dicipta di luar tubuh. Suhu terbaik untuk menghasilkan sperma ialah beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh. Jika anda bekerja dalam persekitaran yang sangat panas, ia mungkin boleh menjejaskan penghasilan sperma yang sihat.

Racun serangga

Racun serangga yang digunakan untuk kerja-kerja di ladang/ kebun, hutan dan kawasan pertanian adalah dikatakan memberi kesan seperti-oestrogen. Perkara ini dikaitkan dengan kualiti air mani yang lemah, menjurus kepada potensi penurunan dalam kesuburan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian di Amerika Syarikat dan Eropah tidak menunjukkan impak utama racun serangga pada kesuburan lelaki.

Pelarut

Pelarut dan hidrokarbon digunakan dalam industri plastik, pengecatan dan percetakan turut dikaitkan dengan kuantiti sperma rendah dan peningkatan bilangan ketidaknormalan sperma. Pelarut yang juga dipanggil sebagai sebatian asid dan alkohol glikol boleh menjejaskan kewujudan sperma sihat.

Logam berat atau toksin alam sekitar yang boleh menjejaskan kesuburan

Pendedahan kepada logam berat seperti plumbum, kadmium dan merkuri, dalam kajian menunjukkan ia boleh menjejaskan penghasilan sperma sihat serta merendahkan jumlah spema.

Sistem pembiakan atau reproduktif kita adalah sensitif kepada radiasi, dan radiasi boleh menyebabkan kesan sampingan kepada kesuburan lelaki. Menjalani kerja yang melibatkan pendedahan tetap kepada X-ray boleh meningkatkan risiko anda mendapat sperma abnormal dan rendah kuantiti sperma.

Apa yang perlu anda lakukan?

Jika anda melakukan kerja yang melibatkan anda perlu duduk untuk tempoh yang panjang, kerap berehat dan jalan keliling. Pakar juga tidak dapat memastikan bahawa jenis seluar dalam tertentu boleh meningkatkan kesuburan lelaki dengan cara menjaga skrotum anda. Pun begitu, anda mungkin mahu memakai seluar pendek, berbanding seluar dalam yang ketat.

Anda boleh hadkan pendedahan kepada racun serangga dengan cara memakai pakaian perlindungan yang betul semasa melakukan kerja meracun dan mandi sebaik sahaja selesai kerja meracun serangga. Jika anda menggunakan pestisid atau bahan kimia, pastikan anda mencuci tangan sebelum makan, atau gunakan sarung tangan perlindungan semasa membuat kerja.

Jika anda terdedah kepada bahan kimia atau logam berat di tempat kerja anda, anda disarankan untuk menukar pakaian dan kasut sebelum pulang ke rumah.

Dengan bekerja di tempat yang banyak bergetar juga boleh menjejaskan penghasilan dan pergerakan sperma. Jadi, anda mungkin mahu mengurangkan tempoh masa anda bekerja untuk melindungi diri anda daripada kerja-kerja yang berbahaya.

Jika anda bimbang akan pendedahan sebelum ini kepada bahan kimia atau radiasi, atau potensi bahaya lain kerja anda, berbincanglah dengan doktor anda.

Bergelar ibu bapa adalah perkara terbaik yang dimiliki oleh setiap individu. Walaupun teknologi moden boleh membantu merawat pelbagai penyakit, namun bukan semua orang bernasib baik untuk merasai peluang menjadi ibu bapa. Oleh itu, lindungilah diri anda daripada perkara yang membahayakan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Alahan makanan dan minuman tertentu boleh membawa maut. Namun ada kajian terbaharu yang kata bakteria dalam perut boleh jadi jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Usah Risau, Pesakit Talasemia Boleh Kekal Sihat! Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kawal Penyakit Anda!

    Individu yang menghidap penyakit talasemia mungkin sukar untuk kekal sihat. Namun, tidak mustahil untuk mereka jalani hidup yang berkualiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Anemia 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Apa yang menarik dengan minuman kopi? Tahukah anda, jika datuk dan nenek anda minum kopi, ia mungkin membantu mengurangkan risiko nyanyuk dan parkinson!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan gigitan pepijat

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 4 minit bacaan
    tidak hamil

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan