backup og meta

Berapa Lama Bayi Bertahan Setelah Ketuban Pecah? Klik Untuk Jawapan, Penting Buat Bakal Ibu!

Berapa Lama Bayi Bertahan Setelah Ketuban Pecah? Klik Untuk Jawapan, Penting Buat Bakal Ibu!

Pernah terfikir berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah? Bagaimana pula jika air ketuban pecah tapi tidak ada kontraksi?

Teruskan membaca untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya,

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Air ketuban pecah

Apabila anda semakin dekat dengan tarikh bersalin, pastinya terdapat pelbagai persoalan bermain di minda seperti apa yang berlaku jika air ketuban pecah semasa sedang bershopping persiapan bayi?

Tetapi apakah sebenarnya dimaksudkan dengan ‘air ketuban pecah’?

[embed-health-tool-due-date]

Amnya, bayi dikelilingi cecair amniotik – air ketuban – yang berada dalam kantung di dalam rahim.

Apabila kantung ini pecah – biasanya berlaku tidak lama sebelum atau semasa bersalin. Sekiranya air ketuban pecah tapi tidak ada kontraksi, ia dipanggil premature rupture of membranes (PROM) atau pecah membran pramatang.

PROM hanya berlaku dalam 8-10 peratus kehamilan. Bermakna dalam kebanyakan kehamilan, air ketuban akan pecah selepas kontraksi bermula.

Jadi berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah?

Berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah?

Cecair amniotik terdiri daripada hormon, nutrien dan antibodi. Ia adalah kusyen pelindung untuk bayi yang mula berkumpul sekitar 12 hari selepas persenyawaan berjaya.

Bayi juga meminum cecair ini seperti air dan akhirnya kencing di dalamnya.

Cecair ini bertanggungjawab untuk memastikan bayi dalam kandungan kekal hangat dan membantu membangunkan paru-paru, sistem pencernaan dan sistem muskuloskeletal.

Sekiranya air ketuban telah pecah melebihi 24jam, ibu mungkin akan diinduce untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Sekiranya air ketuban telah pecah melebihi 24jam, ibu mungkin akan diinduce untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Tetapi selepas kandungan berusia 23-minggu, bayi tidak banyak bergantung kepada cecair amniotik untuk terus hidup. Sebaliknya mereka menerima nutrien dan oksigen daripada plasenta. Selepas itu, kantung ketuban ini hanya berfungsi sebagai perlindungan sahaja.

Jika kantung pecah, bayi akan terdedah kepada jangkitan dan risiko lain seperti tali pusat jatuh (cord prolapse). 

Berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah? Ia bergantung kepada beberapa faktor, seperti:

  • Dalam kes di mana bayi pramatang, mereka mungkin dapat bertahan selama berminggu-minggu dengan pemantauan dan rawatan hospital yang betul
  • Dalam kes di mana bayi anda berumur sekurang-kurangnya 37 minggu, ia mungkin selamat untuk menunggu tempoh 48 jam (ada kalanya lebih lama) untuk fasa bersalin bermula dengan sendirinya

Kuncinya adalah pemantauan. Jika air ketuban pecah dan anda tidak mendapat rawatan perubatan, bayi mungkin menghadapi beberapa risiko yang serius dan bahkan meninggal dunia. Anda juga berisiko mendapat jangkitan dan komplikasi lain.

Air ketuban pecah tapi tidak ada kontraksi: Apakah bahayanya?

Anda mungkin pernah mendengar bahawa doktor akan memberikan tempoh 24 jam sebelum teknik induce dilakukan.

Secara amnya selepas kantung pecah, bayi disokong oleh plasenta untuk oksigen dan keperluan lain. Cuma kebimbangan utama jika ia pecah awal adalah risiko jangkitan kepada bakal ibu dan bayi.

Baca juga:

Tunggu dan lihat

Jika anda tidak mempunyai sebarang faktor risiko, doktor mungkin mengikut prosedur yang dikenali sebagai expectant management (pengurusan jangkaan).

Pada asasnya ia bermakna anda akan menunggu dan melihat jika/bila proses bersalin akan bermula dengan sendirinya.

Anda mungkin akan dipantau suhu badan dengan kerap serta tanda-tanda lain seperti kiraan sel darah putih untuk memantau risiko jangkitan.

Jika anda adalah positif untuk kumpulan B strep (GBS), doktor mungkin akan mengesyorkan untuk pengambilan antibiotik selepas air ketuban pecah untuk melindungi bayi daripada jangkitan. 

Augmenting labor – proses merangsang rahim – juga mungkin akan dilakukan dalam senario ini kerana potensi komplikasi lebih tinggi.

Risiko kematian sewaktu lahir

PROM dilabel sebagai 0.8 peratus punca stillbirth. Cara utama ia berlaku adalah melalui jangkitan kuman yang naik ke saluran faraj dan sampai ke rahim.

Secara logiknya, semakin lama masa diperlukan untuk melahirkan bayi, risiko akan jadi lebih tinggi untuk berlakunya jangkitan.

Ibu hamil perlu tahu mengenai langkah pencegahan berkaitan "stillbirth".
Ibu hamil perlu tahu mengenai langkah pencegahan berkaitan “stillbirth”.

Berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah tetapi belum cukup bulan?

Jika air ketuban pecah sebelum usia kehamilan mencapai 37 minggu, ia dikenali sebagai preterm premature rupture of membranes (PPROM). 

Berbeza dengan PROM, jika PPROM berlaku, doktor mesti menimbangkan faedah berbanding risiko melahirkan bayi lebih awal serta mendedahkan mereka kepada jangkitan dan komplikasi lain.

Pemantauan hospital

Jika air anda pecah sebelum minggu ke-37, anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk pemantauan. Air ketuban akan terus dijana semula, jadi adalah penting untuk memastikan diri terhidrat dan berehat di katil (bed rest).

Berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah? Jangan terkejut kerana dalam beberapa kes, pecahan dalam kantung boleh tertutup semula dengan sendirinya.

Dalam situasi yang lain, anda mungkin perlu melahirkan bayi lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Segera berjumpa doktor sekiranya air ketuban anda pecah.
Segera berjumpa doktor sekiranya air ketuban anda pecah.

Sebelum bayi anda dilahirkan, doktor boleh memberi anda ubat untuk mencegah jangkitan serta steroid bagi membantu perkembangan paru-paru bayi.

Jika semuanya stabil, anda boleh bersalin sekitar 34 minggu. Jika anda mengalami komplikasi, doktor mungkin memilih untuk memulakan proses kelahiran lebih awal.

Kesimpulan 

Kini anda sudah mengetahui berapa lama bayi bertahan setelah ketuban pecah. Malangnya, tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan ia pecah awal.

Sentiasa pantau sebarang cecair yang mengalir keluar sepanjang tempoh kehamilan anda. Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan atau keraguan, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vlora Ademi Ibishi and Rozalinda Dusan Isjanovska (2015). Prelabour Rupture of Membranes: Mode of Delivery and Outcome. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4877859/, Accessed on Oct 4, 2022
  2. Pintucci, A., Meregalli, V., Colombo, P., & Fiorilli, A. (2014). Premature rupture of membranes at term in low risk women: how long should we wait in the “latent phase”?. Journal of perinatal medicine, 42(2), 189–196. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24259235/, Accessed on Oct 4, 2022
  3.  Philippa Middleton, Emily Shepherd, Vicki Flenady, Rosemary D McBain, Caroline A Crowther, and Cochrane Pregnancy and Childbirth Group (2017). Planned early birth versus expectant management (waiting) for prelabour rupture of membranes at term (37 weeks or more). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6464808/, Accessed on Oct 4, 2022 
  4. England, M. C., Benjamin, A., & Abenhaim, H. A. (2013). Increased risk of preterm premature rupture of membranes at early gestational ages among maternal cigarette smokers. American journal of perinatology, 30(10), 821–826. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23329562/, Accessed on Oct 4, 2022 
  5. When your waters break prematurely. https://www.rcog.org.uk/for-the-public/browse-all-patient-information-leaflets/when-your-waters-break-prematurely/, Accessed on Oct 4, 2022 
  6. When your water breaks before labour. https://www.ontariomidwives.ca/sites/default/files/2020-06/When-your-water-breaks-before-labour-English.pdf, Accessed on Oct 4, 2022
  7. Premature rupture of membranes. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000512.htm, Accessed on Oct 4, 2022

Versi Terbaru

24/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Berapa Kos Bersalin Bakal Ibu Di Hospital Kerajaan Tahun Ini? Sedia Awal Tak Kalut!

Tip Cepat Bersalin, Ibu Boleh Amalkan 14 Makanan & Aktiviti Ini, Baby Pasti Cepat Keluar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan