Bersalin adalah pengalaman yang penuh dengan emosi dan cabaran bagi setiap wanita. Namun, apa yang terjadi apabila seorang ibu dipaksa untuk mengikut cara bersalin normal walaupun tubuhnya tidak bersedia?
Bersalin adalah pengalaman yang penuh dengan emosi dan cabaran bagi setiap wanita. Namun, apa yang terjadi apabila seorang ibu dipaksa untuk mengikut cara bersalin normal walaupun tubuhnya tidak bersedia?

Cara bersalin normal seharusnya menjadi pilihan yang terbaik bagi ibu, bukan satu keputusan yang dikenakan tanpa pertimbangan terhadap kesihatan fizikal dan emosinya.
Tekanan yang timbul akibat paksaan ini boleh memberi impak besar kepada kesejahteraan mental wanita.
Dalam artikel ini, kita akan mengupas kesan negatif cara nak bersalin normal dan bagaimana ia memberi impak kepada kesihatan emosi wanita.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Wanita yang dipaksa bersalin normal sering mengalami ketakutan yang luar biasa.
Mereka mungkin takut akan komplikasi seperti koyakan perineum yang teruk, pendarahan berlebihan, atau kegagalan proses bersalin sehingga memerlukan intervensi kecemasan.
Ketakutan ini boleh menyebabkan tekanan emosi yang mendalam dan mengganggu kesejahteraan mental ibu seperti:
Setiap wanita sepatutnya diberikan hak untuk memilih cara bersalin yang paling sesuai dengan keadaan tubuhnya.
Apabila dipaksa bersalin normal tanpa mengambil kira kesihatan dan keadaannya, mereka mungkin merasa kehilangan kawalan terhadap tubuh sendiri. Ini boleh membawa kepada trauma psikologi yang sukar diatasi.

Wanita yang dipaksa bersalin secara normal mungkin mengalami tekanan sosial apabila dibandingkan dengan ibu lain yang dapat melalui cara bersalin normal tanpa koyakan.
Mereka mungkin merasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi harapan keluarga dan orang yang tersayang, yang boleh memburukkan lagi keadaan emosi mereka.
Pengalaman bersalin yang traumatik boleh menyebabkan kesukaran bagi ibu dalam menjalin hubungan erat dengan bayi mereka.
Sesetengah wanita juga mungkin mengalami tekanan dalam hubungan dengan pasangan akibat perasaan yang tidak difahami atau kurang mendapat sokongan semasa proses bersalin.
Paksaan cara nak bersalin normal bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal, malah boleh memberi impak jangka panjang terhadap kesihatan mental ibu mengandung seperti:
Pengalaman bersalin yang penuh tekanan boleh menjadi pencetus kepada masalah kemurungan selepas bersalin.
Ibu yang mengalami proses kelahiran yang menyakitkan dan menakutkan berisiko lebih tinggi untuk mengalami kemurungan ini, yang boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk menjaga bayi dengan baik.

Bukan semua wanita mampu melupakan pengalaman bersalin yang buruk. Ada yang mengalami PTSD akibat kesakitan, paksaan, atau perasaan tidak berdaya semasa bersalin.
Simptom PTSD termasuk mimpi ngeri, kilas balik trauma, keresahan melampau, dan kesukaran untuk menjalin ikatan dengan bayi.
Ramai wanita yang dipaksa cara bersalin normal mungkin akan merasa trauma dengan pengalaman tersebut. Ada yang memilih untuk tidak mempunyai anak lagi kerana takut akan mengalami perkara yang sama pada kehamilan seterusnya.
Hak wanita dalam proses bersalin bukan sekadar mengenai pemilihan cara bersalin, tetapi juga hak untuk mendapat layanan yang hormat dan maklumat yang jelas mengenai pilihan mereka.
Berikut adalah beberapa aspek penting yang perlu diperjuangkan:
Setiap wanita berhak untuk membuat keputusan mengenai cara nak bersalin normal berdasarkan keadaan kesihatan mereka. Doktor perlu memberi nasihat yang telus dan membenarkan ibu membuat keputusan tanpa paksaan.
Ibu mengandung perlu diberikan maklumat terperinci mengenai risiko dan manfaat setiap kaedah bersalin. Tanpa pemahaman yang jelas, mereka mungkin dipengaruhi untuk memilih sesuatu yang bertentangan dengan keinginan atau keperluan kesihatan mereka.
Wanita berhak mendapatkan sokongan penuh daripada pasukan perubatan dan pasangan mereka semasa bersalin. Penyedia kesihatan perlu memastikan mereka merasa selesa, tidak dihakimi, dan tidak dipaksa untuk bersalin secara normal jika terdapat risiko kepada kesihatan mereka.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Delivery Mode is Associated with Maternal Mental Health Following Childbirth. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC6821585/. Diakses Mac 27, 2025.
Postpartum depression. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/symptoms-causes/syc-20376617. Diakses Mac 27, 2025.
Postpartum depression. https://womenshealth.gov/mental-health/mental-health-conditions/postpartum-depression. Diakses Mac 27, 2025.
Birth Trauma. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/birth-trauma. Diakses Mac 27, 2025.
Maternal Mental Health Conditions: The Most Common Complication of Pregnancy and Parenting. .https://www.mmhla.org/articles/maternal-mental-health-conditions-the-most-common-complication-of-pregnancy-and-parenting. Diakses Mac 27, 2025.
Versi Terbaru
02/04/2025
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor