backup og meta

Berdebar Menunggu Hari Bersalin Anak Pertama, Bakal Ibu Boleh Cuba 8 Tip Cepat Bersalin Ini

Berdebar Menunggu Hari Bersalin Anak Pertama, Bakal Ibu Boleh Cuba 8 Tip Cepat Bersalin Ini

Setiap bakal ibu pastinya ingin mengetahui jika terdapat cara mudah yang boleh mempercepatkan proses kelahiran khususnya buat mereka yang pertama kali melaluinya. Dalam artikel ini ada tips cepat bersalin anak pertama yang boleh membantu bakal ibu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Proses kelahiran bayi

Melahirkan anak merupakan satu proses yang tidak boleh diramal, terutamanya berkaitan tempoh masanya.

Walaupun kebanyakan bakal ibu akan berasa bimbang tidak sampai ke hospital tepat pada masanya, namun hakikatnya anda mungkin melalui situasi bertentangan: proses kelahiran berjalan dengan sangat perlahan. 

Proses bersalin yang lambat atau terhenti mungkin memerlukan campur tangan perubatan seperti pembedahan caesarean (C-Section).

Walau bagaimanapun, terdapat kaedah yang boleh anda lakukan untuk memudahkan proses tersebut.

Tips cepat bersalin atau cara cepat bukaan bersalin 

Setiap proses kelahiran adalah unik dan berbeza. Namun terdapat beberapa tips cepat bersalin anak pertama boleh anda cuba.

Berdiri dan berjalan antara cara cepat bukaan bersalin

Hamil merupakan fasa penting buat seorang wanita.
Hamil merupakan fasa penting buat seorang wanita.

Berdiri membantu meningkatkan tekanan pada serviks dan menyokong menurunkan bayi ke dalam pelvis.

Jika anda mampu untuk berdiri dan berjalan, sudah tentu ia akan memberikan faedah tambahan daripada pergerakan tersebut.

Wanita yang banyak berjalan dipercayai akan melalui tempoh bersalin lebih pendek, kurang kesakitan dan lebih berpuas hati dengan pengalaman kelahiran mereka.

Rangsangan payudara, tips cepat bersalin

Rangsangan pada payudara membebaskan oksitosin ke dalam aliran darah, yang boleh menyebabkan berlakunya kontraksi.

Teknik tekanan juga cara cepat bersalin 

Urutan serta teknik akutekanan (acupressure) yang betul boleh menjadi cara cepat bersalin dalam membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi yang terhenti.

Urutan secara amnya membantu ibu berehat dan mengurangkan kesakitan. Manakala terdapat teknik khusus dalam acupressure dalam menekan titik yang membolehkan badan menghasilkan lebih banyak oksitosin, sekali gus meningkatkan kontraksi.

Menukar kedudukan juga petua cepat bersalin

Jika kedudukan bayi melambatkan proses kelahiran, menukar posisi anda boleh memudahkan mereka bergerak untuk mendapat kedudukan terbaik.

Duduk di atas birth ball atau kerusi goyang merupakan antara pilihan yang boleh membantu anda dalam proses tersebut.

Jika anda mengambil epidural dan tidak dapat bergerak sendirian, dapatkan bantuan daripada jururawat bagi membantu anda beralih daripada satu sisi ke sisi yang lain atau duduk.

Tips cepat bersalin #Makan kurma

Pengambilan buah kurma dipercayai dapat meningkatkan kematangan serviks dan wanita hamil yang mengamalkannya lebih cenderung untuk bersalin sendiri tanpa bantuan induksi. Kurma juga dipercayai membantu mengurangkan kehilangan darah selepas bersalin.

Semuanya kedengaran positif, bukan? Ini bermakna memakan kurma terutamanya ketika trimester terakhir turut boleh dianggap sebagai tips cepat bukaan bersalin yang boleh dicuba. 

Tidur secukupnya antara petua cepat bersalin

Tidur yang mencukupi sangat penting buat ibu hamil.
Tidur yang mencukupi sangat penting buat ibu hamil.

Bakal ibu yang tidur kurang daripada enam jam pada bulan terakhir berisiko untuk melalui proses bersalin melebihi 11 jam dan empat kali lebih kerap untuk menjalani pembedahan czer berbanding mereka yang tidur tujuh jam ke atas.

Ini bermakna anda perlu mengutamakan waktu tidur apabila semakin menghampiri tarikh jangkaan bersalin.

Perspektif berbeza

Walaupun tip ini mungkin tidak akan mempercepatkan proses bersalin seperti berjalan atau berdiri, tetapi perubahan pemandangan boleh mengelakkan anda daripada sebarang ketidakselesaan. Ia juga mungkin dapat menjadikan masa bergerak lebih laju.

Jika anda berada di hospital, cuba untuk berjalan-jalan. Sekiranya dibolehkan untuk meninggalkan bangunan seketika, berjalanlah sekitar taman untuk menghirup udara segar dan bersiar-siar.

Seandainya masih berada di rumah, cubalah keluar – walaupun hanya untuk berdiri di halaman rumah sendiri.

Terlalu letih untuk berjalan? Tidak mengapa, mungkin anda boleh menukar bilik. Jika sebelum ini anda berada di bilik tidur, berubahlah ke ruang tamu, dan dapatkan tidur walaupun sebentar.

Sekiranya anda menghabiskan hampir sepanjang hari di atas katil, mandi atau cuba lakukan teknik relaksasi lain yang menggunakan air.

Kekal bertenang

Ini mungkin perkara paling penting sekali terutamanya melibatkan tips cepat bersalin anak pertama, iaitu untuk kekal tenang. 

Pemikiran dan keadaan emosi bersambung kepada badan dan boleh bertindak balas terhadap sensasi yang dirasai.

Sekiranya anda berasa takut, tergesa-gesa atau tertekan, ia boleh dan biasanya akan menjejaskan proses melahirkan anak.

Perkara sebaliknya juga boleh berlaku.

Fakta

Jika anda berasa selesa dan mendapat sokongan penuh semasa bersalin, sudah tentu ia akan memudahkan proses kelahiran tersebut.

Kekal bertenang ya wahai Mama. Anda pasti akan dapat bertemu si manja tidak lama lagi.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ondeck M. Healthy birth practice #2: walk, move around, and change positions throughout labor. J Perinat Educ. 2014 Fall;23(4):188-93. doi: 10.1891/1058-1243.23.4.188. PMID: 25411538; PMCID: PMC4235058. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4235058/#, Accessed on Feb 24, 2023
  2. Takahata K, Horiuchi S, Tadokoro Y, Shuo T, Sawano E, Shinohara K (2018) Effects of breast stimulation for spontaneous onset of labor on salivary oxytocin levels in low-risk pregnant women: A feasibility study. PLoS ONE 13(2): e0192757. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0192757, Accessed on Feb 24, 2023 
  3. Reginaldo Roque Mafetoni, Antonieta Keiko Kakuda Shimo. The effects of acupressure on labor pains during child birth: randomized clinical trial. https://www.scielo.br/j/rlae/a/hPBZmPtFX4gjmkp6hChT35j/?lang=en, Accessed on Feb 24, 2023 
  4. Al-Kuran O, Al-Mehaisen L, Bawadi H, Beitawi S, Amarin Z. The effect of late pregnancy consumption of date fruit on labour and delivery. J Obstet Gynaecol. 2011;31(1):29-31. doi: 10.3109/01443615.2010.522267. PMID: 21280989. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21280989/, Accessed on Feb 24, 2023
  5. Immersion in Water During Labor and Delivery. https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/committee-opinion/articles/2016/11/immersion-in-water-during-labor-and-delivery, Accessed on Feb 24, 2023

Versi Terbaru

21/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Perut Mengeras Semasa Hamil? Ini Sebabnya! Setiap Trimester, Lain Punca!

Ibu Hamil, Ini 6 Cara Nak Bezakan Pecah Air Ketuban Dengan Air Kencing!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan