Persediaan Kehamilan: Ini Tanda Tubuh Anda Masih Belum Sedia untuk Hamil

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Perancangan mendapat cahaya mata adalah keputusan besar yang perlu dilakukan oleh setiap orang dewasa. Sekiranya anda dan pasangan berusaha melakukan seks tanpa perlindungan, kerap melakukan seks dalam tempoh 6 bulan sehingga bertahun-tahun, tetapi masih belum berpeluang untuk mendapatkan keputusan positif pada kit kehamilan, ini mungkin bermakna terdapat beberapa masalah dengan tubuh anda, yang menjurus kepada ketidaksuburan. Pelbagai keadaan kesihatan juga boleh membuatkan anda sukar hamil. Menerusi artikel ini, anda akan dapat mengenali beberapa tanda lazim yang menunjukkan tubuh anda masih belum sedia untuk hamil.

Tempoh haid anda tidak normal 

Jika anda mengalami pendarahan haid yang lebih banyak berbanding normal, kitaran haid tidak teratur atau anda tidak haid berbulan-bulan, anda perlu tahu bahawa tanda-tanda ini mungkin menunjukkan yang anda berhadapan dengan beberapa masalah kesihatan yang menyebabkan ketidaksuburan. Tempoh haid yang tidak teratur, tiada haid, atau pendarahan luar biasa selalunya menunjukkan yang anda tidak mengalami ovulasi. Seperti yang anda tahu, tanpa ovulasi, anda tidak mungkin boleh hamil. Menurut statistik saintifik, tempoh haid yang tidak teratur dan tidak normal menyumbang kepada kira-kira separuh kes ketidaksuburan.

Anda mempunyai masalah berat badan 

Tubuh yang kurang khasiat mempunyai kebarangkalian penurunan ovulasi. Sebaliknya, tubuh yang terlebih berat badan atau obes akan merendahkan peluang untuk hamil walaupun anda melakukan hubungan seks sihat dan kerap. Lantaran itu, golongan wanita yang kurang berat badan ataupun terlebih berat badan boleh mengalami kesukaran untuk mendapat bayi. Amalkan gaya hidup yang sihat termasuklah makan makanan sihat dan kerap melakukan aktiviti fizikal. Jika anda kurang atau terlebih berat badan, ataupun obes, berjumpalah dengan doktor anda dan dapatkan nasihatnya bagi mengekalkan berat badan yang sihat untuk memudahkan anda hamil.

Anda mengalami beberapa keadaan perubatan 

Keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil. Jika sekarang ini anda mengalami sebarang masalah kesihatan, pastikan ianya dapat dikawal dan dirawat. Sesetengah keadaan ini termasuklah penyakit kelamin (STD), diabetes, penyakit tiroid, penyakit sawan, tekanan darah tinggi, arthritis, gangguan pemakanan, dan penyakit kronik.

Nafsu seks anda menurun secara mendadak

Penurunan kemahuan seks boleh menunjukkan masalah yang lebih penting selain daripada ketidaksuburan. Kemahuan seks yang menurun mungkin bermakna anda berada sangat stres atau kemurungan. Ini boleh menyebabkan hubungan intim rasa menyakitkan buat ramai wanita, sekali gus menjadikan sukar untuk hamil. Doktor pakar kesuburan dan ahli terapi seks boleh membantu anda mengembalikan keadaan kepada normal dan membantu pasangan untuk berkomunikasi mengenai perkara ini.

Anda mengalami sindrom polisistik ovari (PCOS)

Sindrom polisistik ovari (PCOS) ialah gangguan hormon yang menunjukkan hormon wanita tidak seimbang. PCOS boleh menyebabkan perubahan yang tidak diingini dari segi penampilan anda, seperti pertumbuhan bulu atau rambut yang tidak normal pada muka dan tubuh, atau jerawat. Ia juga boleh menyebabkan masalah dengan haid anda termasuklah kitaran haid tidak teratur, anda tidak didatangi haid atau mengalami pendarahan banyak, yang menyukarkan anda untuk hamil. Jika masalah ini tidak dirawat, ia boleh menjurus kepada masalah kesihatan yang lebih serius, seperti diabetes atau penyakit jantung. Ini merupakan penyebab lazim kepada ketidaksuburan wanita.

Fahami tubuh anda adalah langkah pertama untuk mendiagnosis dan mendapatkan rawatan pada waktunya. Tanda-tanda yang disebutkan di atas mungkin bukanlah simptom sebenar kepada ketidaksuburan anda. Jadi, anda perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor untuk diagnosis yang lebih tepat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    Rahsia Proses Bersalin Normal

    Bagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa luar biasa yang akan diingati sepanjang hayatnya. Setiap kelahiran adalah satu pengalaman unik untuk setiap ibu dan anak ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    proses bersalin normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

    Alahan makanan dan minuman tertentu boleh membawa maut. Namun ada kajian terbaharu yang kata bakteria dalam perut boleh jadi jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Usah Risau, Pesakit Talasemia Boleh Kekal Sihat! Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kawal Penyakit Anda!

    Individu yang menghidap penyakit talasemia mungkin sukar untuk kekal sihat. Namun, tidak mustahil untuk mereka jalani hidup yang berkualiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Anemia 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Apa yang menarik dengan minuman kopi? Tahukah anda, jika datuk dan nenek anda minum kopi, ia mungkin membantu mengurangkan risiko nyanyuk dan parkinson!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyusuan susu ibu

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan gigitan pepijat

    Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 4 minit bacaan
    tidak hamil

    5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan