backup og meta

Masa Subur Penting Untuk Hamil, Anda Perlu Fahami Mengenai Ovulasi

Masa Subur Penting Untuk Hamil, Anda Perlu Fahami Mengenai Ovulasi

Penting ke untuk tahu berkenaan dengan masa subur wanita? Jangan tak percaya, waktu kesuburan wanita memainkan peranan penting untuk anda hamil. 

Kalau salah timing, peluang kehamilan anda mungkin tipis!

Masa subur wanita

Sama ada anda ingin hamil sekarang atau pada masa hadapan, amat mustahak untuk mempunyai pengetahuan berkaitan ovulasi.

Maklumat yang salah mengenainya akan mengurangkan kemungkinan untuk anda hamil.

Satu tinjauan berkaitan asas pembiakan wanita telah dilakukan ke atas 1,000 wanita yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Hasil tinjauan tersebut menunjukkan lebih daripada separuh wanita keliru atau mendapat maklumat yang salah berkaitan kehamilan dan masa subur wanita. 

Adakah anda juga salah seorang daripadanya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Memahami masa subur wanita: Fahami tarikh ovulasi anda 

Secara am, ovulasi berlangsung selama 12 hingga 24 jam. Namun anda berpotensi untuk subur hingga 7 hari, bahkan mungkin selama 10 hari. 

Ini kerana sperma dapat bertahan sehingga 5 hari dalam saluran pembiakan wanita. 

Ilustrari sperma.
Ilustrari sperma.

Ovulasi apabila telur dilepaskan daripada ovari yang bertahan selama tempoh 48 jam sehingga ia tidak lagi boleh disenyawakan oleh sperma.

Masa yang singkat itu boleh dianggap sebagai tempoh ovulasi.

Masa subur wanita bukanlah merujuk kepada hari ovulasi semata-mata. Ia sebenarnya turut bergantung kepada jangka hayat telur dan sperma.

Proses itu dikenali dengan nama tingkap kesuburan atau fertile window.

Secara teknikalnya, kehamilan hanya berkemungkinan berlaku dalam masa 5 hari sebelum ovulasi hingga ke hari ovulasi.

Jika kitaran haid anda adalah selama 28 hari, tingkap kesuburan anda adalah sekitar hari ke-9 hingga hari ke-14. Ini disebabkan jangka hayat sperma yang panjang.

Untuk mengira masa subur wanita, adalah mustahak untuk mengetahui dengan baik tempoh kitaran haid.

Semak kitaran haid dan waktu ovulasi anda dengan menggunakan Kalkulator Ovulasi, di sini.

Tingkap kesuburan

Apabila bercakap mengenai tingkap kesuburan, ia adalah hari yang merupakan tempoh dalam kitaran haid apabila kehamilan mungkin berlaku.

Ia adalah berbeza bagi setiap wanita kerana bergantung kepada panjang kitaran haid yang dialami.

Tingkap kesuburan ini adalah hari telur dilepaskan daripada ovari – masa ovulasi – dan 5 hari sebelumnya.

Melakukan hubungan seks selama tempoh ini merupakan pilihan terbaik. Ini kerana ia meningkatkan peluang untuk berlakunya kehamilan.

Menjelang tempoh 12 hingga 24 jam selepas ovulasi, seorang wanita tidak akan hamil untuk kitaran haid tersebut kerana telur sudah tiada lagi dalam saluran tiub fallopio.

Waktu kesuburan wanita: Masa terbaik untuk seks

Jadi tingkap kesuburan boleh bertahan sehingga 10 hari. 

Walau bagaimanapun anda harus ingat jika ingin mendapat cahaya mata, hubungan kelamin perlu dilakukan sedekat mungkin dengan ovulasi.

Kiraan secara manual mungkin boleh menyebabkan anda keliru. 

Jadi anda boleh membuat pilihan untuk melakukan kiraan dan merekod fasa haid dengan menggunakan aplikasi telefon pintar seperti diari menstruasi atau kalkulator kesuburan.

Umumnya:

  • Melakukan hubungan seks sedekat mungkin dengan masa ovulasi meningkatkan kemungkinan kehamilan
  • Sekiranya seorang wanita bersama pasangannya 6 atau lebih hari sebelum ovulasi, kemungkinan untuk hamil hampir tidak ada
  • Jika seks dilakukan 5 hari sebelum dia ovulasi, kemungkinan kehamilannya adalah sekitar 10%
  • Seandainya hubungan kelamin dibuat pada hari ovulasi atau 2 hari sebelumnya, kemungkinan hamil sekitar adalah 30 %

Namun dalam sibuk mengira tempoh sesuai untuk seks bagi memperolehi zuriat, ia berkemungkinan boleh menyebabkan stres berlebihan bagi sesetengah pasangan berkahwin.

Berhubungan ketika isteri sedang subur.
Berhubungan ketika isteri sedang subur.

Sebaliknya, apa kata aktiviti seksual dilakukan antara 3 hingga 4 kali seminggu. Kebarangkalian untuk anda melakukan seks pada tempoh tingkap kesuburan juga tinggi. 

Tanda tidak mengalami ovulasi

Sekiranya seorang wanita itu mengalami ovulasi, ia berkemungkinan besar bermakna kehamilan mungkin tidak akan terjadi. 

Lendir faraj boleh menjadi petanda sekiranya anda menghampiri tempoh ovulasi. Ini didasari oleh peningkatan estrogen yang menyebabkan penghasilan lendir serviks meningkat.

Lendir ini biasanya akan berubah daripada tekstur melekit dan berketul kepada seakan putih telur mentah.

Mengalami proses ovulasi secara tidak teratur juga mungkin menyukarkan peluang untuk berlakunya kehamilan.

Dalam masalah berkaitan waktu kesuburan wanita ini, anovulation adalah istilah perubatan untuk tidak berovulasi. 

Tanda-tanda wanita sedang subur.
Tanda-tanda wanita sedang subur.

Manakala oligoovulation adalah istilah perubatan untuk ovulasi tidak teratur. 

Haid tidak teratur atau tiada langsung haid adalah tanda utama bahawa ovulasi mungkin tidak terjadi atau jarang untuk berlaku.

Dalam sesetengah kes, ada wanita yang mungkin mempunyai kedatangan haid berkala tetapi tidak mengalami ovulasi. Pun begitu ia jarang untuk terjadi.

Memahami waktu kesuburan wanita

Walaupun penting untuk memahami sains di sebalik masa subur wanita, tetapi jangan biarkan statistik ini menjejaskan dan merosakkan hubungan kalian berdua.

Cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik dan sesuai untuk anda serta pasangan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ovulation and conception. https://www.thewomens.org.au/health-information/fertility-information/getting-pregnant/ovulation-and-conception. Diakses November 18, 2024.

Ovulation. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/23439-ovulation. Diakses November 18, 2024.

Ovulation and fertility. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/ovulation-and-fertility. Diakses November 18, 2024.

What ovulation signs can I watch for if I want to get pregnant?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/expert-answers/ovulation-signs/faq-20058000. Diakses November 18, 2024.

What is Ovulation?. https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/infertility/understanding-ovulation/. Diakses November 18, 2024.

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

Kalau Nak 'Family Planning', Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan