- Pap smear, yang akan membantu mengesan sebarang sebab yang boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil.
- Ujian genetik, yang akan membantu mengesan sebarang kemungkinan penyakit genetik yang mungkin diturunkan kepada bayi anda. Penyakit tersebut termasuk anemia sel sabit, penyakit Thalassemia dan Tay-Sachs.
- Ujian darah, yang akan mengesan sebarang penyakit disebarkan oleh aktiviti kelamin (STD) atau kekebalan kepada rubella dan cacar air. Ini akan menentukan sama ada anda memerlukan rawatan atau vaksin sebelum mengandung.
Ujian ini akan membantu doktor anda memberikan panduan yang tepat untuk menyediakan badan anda untuk mengandungkan bayi yang sihat.
Kesihatan & Keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Anda mungkin tertanya-tanya apa yang anda perlu elakkan untuk memastikan kehamilan yang sihat.
Apabila anda mengandung, sistem imun tidak begitu kuat seperti sebelum ini, jadi kemungkinan besar anda akan menjadi lebih rentan terhadap jangkitan.
Anda mungkin perlu berbincang dengan doktor mengenai vaksinasi yang selamat untuk anda.

Berikut adalah beberapa vaksin yang mungkin anda boleh pertimbangkan atau elakkan:
Vaksin Campak, Beguk dan Rubella (MMR)
Campak adalah jangkitan virus.
Sesetengah tanda dan gejala termasuk demam ringan, batuk, hidung berair dan diikuti oleh ruam merah yang dapat dikesan selepas beberapa hari.
Beguk juga merupakan jangkitan virus berjangkit yang menyebabkan kelenjar liur membengkak.
Sekiranya anda dijangkiti semasa mengandung, risiko keguguran adalah tinggi.
Virus rubella, yang juga dipanggil campak Jerman, memberikan gejala seperti selesema yang sering diikuti dengan ruam.
Sehingga 85 peratus bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap demam campak semasa trimester pertama, mengalami kecacatan kelahiran yang serius seperti kehilangan pendengaran dan ketidakupayaan intelektual.
Vaksin ini tidak selamat semasa kehamilan.
Biasanya, anda perlu menunggu 1 hingga 3 bulan selepas menerima vaksin MMR sebelum hamil. Sila berunding dengan doktor anda.
Vaksin Cacar Air
Cacar adalah penyakit virus yang sangat berjangkit; menyebabkan demam dan ruam yang tidak selesa dan gatal.
Kira-kira 2 peratus bayi yang dilahirkan oleh wanita yang menghidap cacar air semasa lima bulan pertama kehamilan mungkin mengalami kecacatan kelahiran, termasuk anggota yang cacat dan lumpuh.
Seorang wanita yang dijangkiti cacar air sekitar masa kelahiran juga boleh memberi jangkitan yang mengancam nyawa kepada bayi.
Vaksin ini tidak selamat semasa kehamilan.
Sangat penting untuk anda bertanyakan kepada doktor sebelum membuat keputusan untuk hamil.
Suntikan Selesema
Pusat Penyakit dan Pencegahan Penyakit (CDC) amat mengesyorkan untuk mendapatkan suntikan selesema semasa anda mengandung.
Suntikan selesema dihasilkan daripada virus mati dan tidak akan membahayakan bayi anda.
Anda harus mengelakkan vaksin selesema semburan hidung yang dipanggil FluMist, kerana ia dibuat daripada virus hidup.
Sekiranya anda dijangkiti apa-apa jenis selesema semasa mengandung, anda mungkin akan mengalami komplikasi yang serius.
Antara komplikasi serius adalah radang paru-paru yang berpotensi mengancam nyawa dan mungkin juga meningkatkan risiko anda untuk kelahiran pramatang.
Anda juga berisiko untuk mendapat komplikasi yang berkaitan dengan selesema semasa tempoh selepas bersalin.
Vaksin selesema biasanya selamat semasa kehamilan.
Terdapat bukti bahawa mendapat suntikan vaksin flu semasa mengandung akan menjamin sedikit perlindungan untuk bayi anda selepas kelahiran.
Bayi anda mungkin menerima beberapa antibodi daripada anda semasa kehamilan.
Sekiranya anda telah imun, bayi anda mungkin kurang berisiko mendapat selesema.
Biar kami tunjukkan apa yang akan berlaku minggu hadapan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen