backup og meta

8 Punca Individu TAK NAK Carum Insurans Perubatan, Alasan No. 5 Paling Popular!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/11/2021

    8 Punca Individu TAK NAK Carum Insurans Perubatan, Alasan No. 5 Paling Popular!

    Meskipun pada masa kini insurans perubatan dan kesihatan itu adalah satu kepentingan, namun masih ada individu yang tidak menganggap ia sebagai satu keperluan.

    Ini sudah pasti kerana persepsi mereka yang salah terhadap insurans perubatan disebabkan oleh pelbagai faktor-faktor yang akan kami huraikan di bawah.

    Jadi, apakah punca individu tidak mahu carum insurans kesihatan? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

    Insurans perubatan dan kesihatan itu paling penting?

    Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat banyak jenis insurans yang ada di negara kita ini dan boleh dicarumkan oleh setiap individu seperti berikut:

    • Insurans nyawa
    • Insurans harta
    • Insurans jaminan setia
    • Insurans penyakit kritikal
    • Insurans kemalangan
    • Insurans kebakaran
    • Insurans pelancongan
    • Insurans perubatan

    Meskipun kesemua jenis insurans di atas ini sudah tentu juga sama penting, insurans perubatan ternyata adalah yang paling penting dalam konteks kesihatan.

    Ini kerana ia boleh menjamin dua aspek utama dalam kehidupan iaitu kesihatan dan kewangan apabila pencarum jatuh sakit dan tidak lagi mampu untuk bekerja.

    insurans perubatan dan kesihatan

    Pun begitu, masih wujud golongan yang tidak mahu untuk mencarum dalam insurans perubatan dan kesihatan ini. Kenapa? Mungkin ada banyak sebab!

    Kenapa tidak mahu insurans perubatan dan kesihatan?

    Kadangkala, kita mungkin tidak boleh menyalahkan mereka yang tidak mencarum kerana masing-masing punya alasan dan pilihan tersendiri.

    Namun, persepsi yang tidak tepat terhadap insurans perubatan dan kesihatan ini haruslah dibetulkan agar ia tidak lagi disalahertikan dalam kalangan masyarakat.

    Antara punca-punca popular yang menyebabkan mereka ini tidak mahu mencarum termasuklah:

    #1. Tiada kesedaran tentang kepentingan insurans

    Mereka mungkin tahu ia wujud, namun tidak sedar, cakna atau peduli tentang kepentingan insurans terhadap kehidupan ekoran kurang pendedahan terhadapnya.

    Ia bukan salah syarikat, ejen atau individu itu sendiri sebaliknya kita semua perlu mewujudkan kesedaran ini agar mereka akan mula mengubah fikiran masing-masing.

    #2. Wujud keyakinan yang terlalu tinggi

    Ada juga individu yang mungkin tidak mahu mencarum insurans kesihatan kerana beranggapan mereka masih lagi mampu untuk menanggung semuanya sendiri.

    Sebagai contoh, mereka sudahpun memiliki simpanan atau tabungan untuk tujuan kecemasan berkaitan kesihatan yang dirasakan mencukupi apabila tiba masanya.

    #3. Wujud bebanan kewangan yang lain

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, caruman insurans memerlukan anda untuk membayar sejumlah wang secara bulanan atau tahunan untuk ia kekal aktif.

    Malang bagi sesetengah orang, yuran ini mungkin tidak mampu untuk dibayar ekoran terdapatnya banyak lagi bebanan kewangan yang lain terutamanya pada masa kini.

    insurans perubatan dan kesihatan

    #4. Sudah ada caruman insurans yang lain

    Disebabkan wujudnya pelbagai jenis insurans sama ada dicarum secara individu atau kumpulan, mereka yang sudah ada caruman berasa ia tidak lagi diperlukan.

    Contohnya, mereka sudah ada insurans seperti PERKESO, SOCSO atau EIS daripada pihak majikan yang dirasakan sudah cukup jika berlaku apa-apa kepada diri sendiri.

    #5. Tidak percaya pada perubatan moden kini

    Walaupun kita semua kini hidup di dalam era perubatan moden, masih ada individu yang tidak percaya terhadapnya dan lebih cenderung pada perubatan tradisional.

    Disebabkan itu, sudah tentu mereka ini tidak akan mahu untuk mencarum dalam insurans kesihatan yang hanya akan memberi manfaat menerusi kaedah moden kini.

    #6. Tidak percaya pada syarikat @ ejen insurans

    Disebabkan lambakan kes penipuan, skandal dan skim yang sebenarnya bersifat ‘scam’, mungkin ramai orang sudah tidak lagi percaya terhadap pengiklanan insurans.

    Kesannya, mereka ini tidak mahu untuk melibatkan diri dari segala jenis caruman berkaitan duit ekoran rasa takut bahawa diri akan ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    insurans perubatan dan kesihatan

    #7. Tiada tindakan undang-undang jika tidak mencarum

    Ya, memang benar bahawa tiada sebarang undang-undang di negara kita malahan seluruh dunia yang akan menghukum sesiapa sahaja kerana tidak punya insurans.

    Namun, ini bukanlah semata-mata untuk satu pihak mengaut keuntungan kerana akan ada banyak manfaat yang anda boleh terima jika mencarum dalam insurans.

    #8. Punya simpanan atau tabungan yang cukup

    Akhir sekali, punca yang menyebabkan individu tidak mahu mencarum insurans perubatan dan kesihatan adalah kerana berasa mereka tidak perlu lakukannya disebabkan mampu.

    Ini lebih tertumpu kepada golongan berada yang mempunyai simpanan atau tabungan yang kukuh, lantas membuat mereka berfikir tidak lagi perlu akan insurans.

    Konklusinya, terdapat banyak sebab individu tidak mahu mencarum dalam sebarang pelan insurans dan ternyata pilihan adalah terletak di tangan masing-masing.

    Pun begitu, kita semua juga perlu tahu bahawa ia mungkin akan mampu membantu kita pada masa akan datang yang tiada siapa dapat jangka apa akan berlaku kelak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan