Makan Uri Manusia: Ini Tip Sihat atau Sekadar Mitos

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bayangkan selepas berjam-jam anda berhempas-pulas melahirkan bayi, kemudian anda perlu minum uri atau plasenta anda sendiri. Ataupun, makan pil yang berisi uri anda yang telah dicincang kecil dan disaluti dengan serbuk. Kelihatan seperti kejam? Sebenarnya, terdapat sesetengah wanita yang memilih untuk makan uri mereka selepas bersalin.

Walaupun keadaan ini biasa dibuat oleh kebanyakan haiwan, namun apabila memikirkan perkara ini dilakukan oleh manusia, tidak ramai yang boleh menerimanya. Kebanyakan individu yang mengamalkan perkara ini adalah disebabkan oleh manfaat kesihatan yang ditawarkan dengan makan uri manusia.

Sebenarnya, adakah terdapat sebarang manfaat kesihatan jika makan uri?

Secara teori, uri dipenuhi dengan kesemua vitamin, mineral, dan nutrien yang diberikan kepada bayi semasa dalam kandungan. Buat makluman anda, uri ialah organ yang menghubungkan janin yang sedang berkembang dengan dinding rahim untuk membolehkan penyerapan nutrien. Apabila kehamilan berakhir, tubuh anda akan menghapuskan uri. Jika bayi anda dilahirkan secara normal, anda akan menolak plasenta keluar. Jika anda lahir secara pembedahan, doktor akan mengeluarkan plasenta daripada pembedahan tersebut. Uri akan kelihatan seperti pinggan dengan berat kira-kira 500 gram semasa kelahiran.

Uri mengandungi zat besi dan vitamin B6 dan B12, serta estrogen dan progesteron, kedua-duanya hormon postpartum penting. Hormon-hormon ini boleh membantu melawan kemurungan selepas bersalin dan insomnia pada ibu baharu, di samping meningkatkan kuantiti susu dan melegakan kesakitan selepas melahirkan bayi.

Bagi haiwan pula, makan uri selepas beranak memberikan beberapa faedah. Ia boleh mengurangkan sakit bersalin, contohnya bagi anjing betina, kerana cara ini menggalakkan ibu anjing bon bersama anak anjing.

Risiko daripada makan uri

Ia mungkin tercemar

Sesetengah wanita dengan keadaan kehamilan – seperti preeklampsia – mempunyai protein stres dalam urinya. Apatah lagi, plasenta bertindak sebagai penapis untuk melindungi bayi daripada perkara berbahaya, termasuk juga bakteria. Bukan itu sahaja, sesetengah wanita juga sering membuang air besar semasa bersalin, dan terdapat lebih banyak bakteria pada najis, yang boleh mencemarkan uri semasa kelahiran. Jadi, mengapa anda mahu mengambil risiko memasukkan kembali agen jangkitan ke dalam tubuh anda?

Mungkin sukar untuk menjadikannya ‘makanan selamat’

Melainkan uri disimpan di tempat sejuk dan bersama air batu seawal detik anda melahirkan bayi sehinggalah detik anda untuk memakannya, ia adalah sukar untuk dikategorikan sebagai selamat. Katakanlah anda perlu makan seketul daging yang ditinggalkan, adakah anda masih ingin makan jika ia dibiarkan seharian? Anda mungkin tidak sempat untuk meletakkannya terus dalam penyejukan untuk menjaga ‘kebersihan’ uri.

Anda juga mungkin tidak mendapat manfaat yang anda inginkan

Kebanyakan ibu pada hari ini tidak terus mengambil uri mentah untuk dimakan, biasanya plasenta akan dimasak dahulu atau mungkin dehidrasi dan disalut dengan serbuk untuk dijadikan kapsul pil, atau disejukbekukan dan digunakan sebagai smoothie buah. Akan tetapi, beberapa proses, terutamanya memasak, boleh merosakkan nutrien yang sangat anda inginkan.

Anda mungkin tidak sukakan rasanya

Plasenta adalah kaya dengan darah, memberikan rasa yang agak memualkan. Chef yang pernah memasaknya, seperti Daniel Patterson of Coi dan beberapa restoran lain di San Francisco, membandingkannya dengan burung merpati. Sementara yang lain mengatakan ia seperti hati, dan segelintir lagi membandingkannya dengan ayam. Jika anda ingin makan uri, anda mungkin perlu melakukan banyak persediaan untuk merasai pengalaman makan yang ‘kurang menyeronokkan’ ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Selalu Terkena Renjatan Elektrik Apabila Menyentuh Tombol Pintu? Ini Jawapannya!

    Pernah tak anda mengalami momen terkena renjatan elektrik apabila bersalaman dengan seseorang? Ia juga berlaku apabila anda menyentuh sesuatu barang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

    Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

    Setiap orang akan mengalami kulit leher berkedut & menggeleber akibat penuaan. Jadi jom kita sama-sama baca untuk tahu 3 cara untuk mengurangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Rasanya ramai individu yang mempunyai bulu hidung serabai & serabut bukan? Tenang, ini ada 3 cara mudah untuk membuangnya! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit tiroid dan menopaus

    Sedang Mengalami Fasa Menopaus Yang Teruk? Hati-Hati! Anda Mungkin Ada Penyakit Tiroid

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    hpv adalah

    Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan