backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Plan Nak Melahirkan Baby Di Private? Ini Kos Bersalin Normal, Czer Di Hospital Swasta Lembah Klang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/10/2022

    Plan Nak Melahirkan Baby Di Private? Ini Kos Bersalin Normal, Czer Di Hospital Swasta Lembah Klang

    Ibu hamil ingin melahirkan anak di private hospital, tetapi tidak pasti berapa kos bersalin hospital swasta?

    Usah bimbang, dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini, ada jawapan untuk anda. Semoga bermanfaat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Pemilihan bersalin hospital swasta

    Sebelum kita mengetahui kos bersalin hospital swasta, pastinya anda ingin tahu apakah antara kelebihannya jika memilih untuk melahirkan bayi di hospital ini berbanding hospital kerajaan, betul tak?

    Umumnya, hospital swasta dikendalikan oleh organisasi swasta yang akan mengenakan bayaran terus kepada pesakit untuk sebarang perkhidmatan termasuklah kelahiran. Ia juga menawarkan persekitaran lebih selesa untuk penjagaan bersalin dan kelahiran. 

    Jika bercadang untuk bersalin di private hospital, anda boleh memilih doktor pakar. Bahkan janji temu pemeriksaan pranatal juga akan dilakukan oleh pakar yang anda pilih. Ini membolehkan anda berpeluang mengenali pakar obstetrik dengan lebih dekat.

    Sesungguhnya terdapat banyak faktor yang mendorong ibu hamil untuk memilih bersalin di private hospital. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, kos bersalin di hospital swasta adalah lebih mahal berbanding di hospital kerajaan.

    kos bersalin hospital swasta

    Kos bersalin di hospital swasta mengikut kaedah melahirkan anak

    Seperti kita semua sedia maklum, bagi ibu yang memilih untuk melahirkan anak di hospital swasta, kosnya adalah mengikut prosedur bersalin.

    Berikut merupakan antara jenis prosedur melahirkan anak:

    Bersalin normal

    Merupakan kaedah paling biasa untuk melahirkan anak iaitu secara normal atau melalui faraj. Umumnya, prosedur bersalin ini dianggap paling selamat buat ibu mengandung.

    Kaedah ini mungkin atau tidak dibantu dengan suntikan epidural atau ubat tahan sakit.

    Kebanyakan doktor akan mengesyorkan kaedah bersalin ini dan tidak akan menyarankan pembedahan caesarean. Malahan bagi wanita yang merancang untuk mempunyai ramai anak, cara bersalin ini amatlah digalakkan.

    Kos bersalin hospital swasta untuk prosedur pembedahan

    Nama lain kaedah melahirkan anak ini dikenali sebagai czer, di mana bayi akan dilahirkan melalui pembukaan pada bahagian abdomen ibu dan pembedahan pada uterus untuk mengeluarkan si manja akan dilakukan.

    Bagi ibu yang bakal menyambut kelahiran kembar, bersilang atau melintang mahupun bayi dengan saiz besar, ini merupakan antara pilihan terbaik.

    Bersalin normal dengan bantuan

    Dalam sesetengah kes, kelahiran melalui faraj memerlukan bantuan, seperti:

    Episiotomi

    kos bersalin hospital swasta

    Ketika proses kelahiran, akan berlaku pemotongan atau hirisan pada bahagian antara faraj dan dubur – disebut sebagai tisu perineum. Proses pemotongan dinamakan sebagai episiotomi.

    Bantuan vakum

    Kaedah ini akan digunakan apabila bayi yang sedang dalam proses kelahiran berhenti bergerak di dalam saluran faraj, maka doktor akan memutuskan untuk menggunakan bantuan vakum.

    Satu pam vakum khas akan dimasukkan melalui saluran kepala bayi. Pada penghujung vakum mempunyai cawan lembut yang akan diletakkan pada bahagian atas kepala bayi.

    Cawan lembut itu akan ‘memegang’ kepala bayi dan akan membawanya keluar dengan perlahan melalui saluran faraj.

    Memecahkan air ketuban

    Dalam sesetengah keadaan, doktor boleh membantu memecahkan air ketuban tersebut melalui prosedur yang dipanggil amniotomi.

    Satu alat akan dimasukkan melalui faraj dan digunakan secara perlahan-lahan untuk memecahkan kantung amniotik.

    Kelahiran forcep dalam kos bersalin hospital swasta

    Merupakan satu proses bantuan kepada proses bersalin normal apabila bayi yang sedang dilahirkan gagal untuk dikeluarkan sepenuhnya. 

    Dalam kes seperti itu, doktor akan menggunakan alat khas menyerupai forcep dan memasukkan secara perlahan-lahan ke dalam saluran kelahiran. Ia akan digunakan untuk menarik kepala bayi dengan perlahan dan membawanya keluar melalui saluran faraj.

    kos bersalin hospital swasta

    Kos bersalin hospital swasta

    Berikut Hello Doktor kongsikan beberapa anggaran kos bersalin di hospital swasta sekitar Lembah Klang:

    KPJ Selangor Specialist Hospital

    Lot 1, Jalan Singa 20/1, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

    Bersalin normal (2 hari 1 malam)

    • Bilik 1 katil – RM3,590
    • Bilik 2 katil – RM3,390
    • Bilik 4 katil – RM3,290

    Bersalin caesarean (3 hari 2 malam)

    • Bilik 1 katil – RM10,480
    • Bilik 2 katil – RM10,180
    • Bilik 4 katil – RM9,980

    Hospital Salam, Shah alam

    2, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.

    Bersalin normal (2 hari 1 malam)

    • Bilik 1/ 2 katil – RM2,999

    Bersalin caesarean (3 hari 2 malam)

    • Bilik 1 katil – RM6,999

    Kos bersalin hospital swasta #Sunway Medical Centre

    5, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

    • Bersalin normal bermula RM4,000
    • Bersalin caesarean bermula RM6,000

    Subang Jaya Medical Centre (SJMC) #kos bersalin hospital swasta

    No. 1, Jalan SS12/1A, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor.

    Thomson Hospital Kota Damansara 

    11, Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor, 1, PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

    • Bersalin normal bermula RM4,000
    • Bersalin caesarean bermula RM8,500 

    Andorra Women & Children Hospital

    19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

    Bersalin normal (2 hari 1 malam)

    • Bilik 1 katil – RM4,599
    • Bilik 2 katil – RM3,899
    • Bilik 4 katil – RM3,399

    Bersalin caesarean (3 hari 2 malam)

    • Bilik 1 katil – RM8,999
    • Bilik 2 katil – RM8,599
    • Bilik 4 katil – RM7,999

    Baca juga:

    Pantai Hospital Kuala Lumpur

    8, Jalan Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

    Gleneagles Hospital Kuala Lumpur

    Block A & Block B, 286 & 288, Jln Ampang, Kampung Berembang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    • Bersalin normal bermula RM4,888
    • Bersalin caesarean bermula RM10,688

    Prince Court Medical Centre

    39, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    • Bersalin normal bermula RM7,000
    • Bersalin caesarean bermula RM12,000

    Kesimpulannya

    Kos bersalin hospital swasta yang disenaraikan di atas hanya sebahagian daripada private hospital yang terdapat di Lembah Klang dan harga yang dinyatakan mungkin berbeza daripada harga sebenarnya.

    Jadi sekiranya anda dan pasangan membuat keputusan untuk melahirkan anak di hospital swasta, disarankan untuk terus ke hospital pilihan bagi mendapatkan kos bersalin yang lebih tepat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan