Cara lembutkan daging 4: Perapkan bersama enzim
Terdapat beberapa jenis buah-buahan yang mengandungi kandungan enzim, yang boleh membantu melembutkan daging. Antaranya ialah seperti buah pir, betik, kiwi dan juga nanas.
Caranya, kisar buah-buahan ini untuk dijadikan puri terlebih dahulu.
Kemudian, tambahkan sedikit bahan perapan bersama puri buah sebelum digaul bersama daging.
Jika anda menggunakan buah nanas, pastikan ia tidak diperap terlalu lama.
Ini kerana kandungan bromelain dalam nanas boleh menyebabkan daging anda menjadi terlalu lembik.
Cara melembutkan daging 5: Masak dengan api perlahan
Memasak daging yang liat dengan menggunakan api yang perlahan dalam tempoh yang lebih lama boleh membantu melembutkan daging tersebut.
Ini kerana, serat yang liat, kolagen serta tisu penghubung daging akan mudah terurai dan menjadikan daging lebih lembut.
Anda juga boleh menggunakan kaedah ‘braise’ pada fungsi ketuhar anda untuk memasak daging pada suhu yang perlahan.
Cara lembutkan daging 6: Potong melawan urat daging

Tip ini juga sering digunakan oleh kita dan ia sememangnya sangat berkesan.
Jangan sesekali memotong daging mengikut arah urat atau serat daging.
Potong daging berlawanan daripada arah urat daging dan sebaiknya ia dipotong dengan ketebalan yang agak nipis.
Cara ini boleh membantu daging untuk dimasak dengan lebih cepat.
Kesimpulan
Kaedah merebus daging bersama-sama sudu belum lagi terbukti secara saintifik boleh melembutkan daging tersebut.
Oleh itu, adalah lebih baik anda menggunakan enam petua pasti berkesan seperti yang dikongsikan di atas ini. Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen