home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

4 Perkara Wajib Buat Jika Anda Teringin Nak Hamil Cepat, Terakhir Sekali Paling Banyak Membantu!

4 Perkara Wajib Buat Jika Anda Teringin Nak Hamil Cepat, Terakhir Sekali Paling Banyak Membantu!

Terdapat banyak tip untuk membantu anda hamil dengan cepat, tetapi kebanyakannya bergantung kepada gaya hidup dan pasangan anda. Jika anda ingin hamil pada waktu tertentu di dalam setahun atau dalam masa terdekat, sila baca artikel ini.

4 Cara hamil dengan cepat

Jaga kesihatan

Dalam usaha untuk hamil, anda perlu menjadualkan temu janji dengan doktor anda untuk menjalankan ujian kesihatan. Doktor akan menasihatkan anda masa yang sesuai untuk hamil dan apa yang anda perlu lakukan. Jika kesihatan anda berubah, doktor akan memberikan anda beberapa kaedah sokongan.

Rancang kehamilan

cara cepat mengandung selepas haid

Sebelum hamil, anda perlu mempunyai rancangan untuk meningkatkan kesihatan anda dan menyediakan segala-galanya untuk bayi anda. Anda boleh ambil makanan berkhasiat dan mula melakukan senaman secara beransur-ansur untuk membantu anda mendapatkan bayi.

Anda perlu mengekalkan tabiat yang baik, seperti: tidur dan bangun awal, menggunakan produk yang sihat. Anda harus elakkan rokok, dadah, kafein atau alkohol. Selain itu, anda perlu memantau berat badan dan sering berhubung dengan doktor untuk melakukan beberapa ujian kesihatan.

Hamil dengan cepat – Lakukan senaman dengan pasangan

Kecergasan boleh membantu anda mendaoatkan bayi dengan lebih mudah. Jika anda tidak biasa melakukan senaman, anda boleh mengajak pasangan anda melakukannya bersama-sama.

Terdapat banyak aktiviti yang membantu anda melakukan senaman, seperti menggunaan bas, kereta api atau pengangkutan awam yang lain. Anda akan mempunyai banyak peluang untuk berjalan kaki ke stesen.

Selain itu, gunakan tangga berbanding lif bagi tingkat yang rendah. Kelas-kelas yang sihat, seperti yoga, gimnasium dan menari untuk wanita hamil juga sangat berguna.

Lakukan dengan pasangan anda, kerana ia membantu anda mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan kasih sayang yang lebih mendalam.

Pilih masa yang sesuai untuk hubungan seks

hamil dengan cepat

Anda boleh mengenal pasti waktu ovulasi anda supaya boleh melakukan hubungan seks pada waktu yang tepat untuk membantu sperma berhubung dengan ovum. Masa yang paling baik biasanya sebelum sekitar tiga hari sebelum ovulasi.

Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan hubungan seks pada mana-mana hari yang anda mahu jika anda tidak pasti mengenai tempoh ovulasi anda. Sperma boleh hidup sehingga 6 hari di dalam badan anda Jadi hubungan seks setiap hari atau tiga minggu juga boleh membantu anda hamil.

Akhir sekali, anda harus tunggu untuk hamil secara semula jadi melainkan anda benar-benar memerlukan bayi dengan segera. Bagi kebanyakan kajian, 8 daripada 10 pasangan mempunyai bayi selepas 6 bulan perkahwinan.

Di samping itu, umur turut memberi kesan yang banyak terhadap kehamilan. Apabila anda berumur 40 tahun atau lebih, anda perlu berjumpa doktor. Sekiranya anda berada dalam lingkungan 35 hingga 40 tahun, anda boleh menunggu dalam 1-2 tahun.

Jika anda masih belum mempunyai bayi, sila berjumpa doktor dengan segera. Jika anda berusia kurang daripada 30 tahun, jangan bimbang kerana kesuburan anda adalah sangat baik pada waktu ini. Sila tunggu bayi anda yang akan datang tidak lama lagi.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

How to get pregnant fast. http://www.babycenter.com/0_how-to-get-pregnant-fast_10337115.bc Assessed November 28, 2016

9 steps to getting pregnant fast: photos. http://www.babycentre.co.uk/l25005539/9-steps-to-getting-pregnant-fast-photos Assessed November 28, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 21/12/2020
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x