Kecacatan pada bayi selalunya berlaku ketika minggu ke- 3 hingga ke-4 kehamilan. Oleh itu, penting untuk anda mengambil folat pada awal kehamilan semasa otak dan saraf tunjang kandungan anda masih dalam proses pembentukan. Sebarang masalah berkaitan kesihatan anda perlu dirawat terlebih dahulu untuk hamil secara sihat dan selamat.
Mengadakan hubungan seks pada waktu yang tepat
Sangat penting untuk anda mengetahui kitaran haid anda. Kebanyakan pasangan masih tidak berpeluang hamil meski kerap melakukan hubungan seks. Ini kerana waktu paling sesuai untuk melakukannya adalah kira-kira tiga hari proses ovulasi sedang berlaku.
Peka dengan petanda-petanda ovulasi ini sebenarnya sangat membantu. Antara petanda yang perlu anda ambil tahu adalah perubahan mukus pada serviks anda. Mukus ini akan berubah menjadi sedikit nipis dan licin ketika tempoh anda paling subur. Sesetengah wanita pula akan berasa sedikit pedih sekitar kawasan tersebut.
Berbaring secara menelentang selepas melakukan hubungan seks
Terdapat mitos yang mengatakan bahawa anda perlu berbaring secara menelentang selepas melakukan hubungan seks untuk meningkatkan peluang untuk hamil.
Mitos ini ada sedikit kebenarannya, di mana, anda hanya perlu berbaring secara menelentang selama 10 hingga 15 minit selepas melakukan hubungan seks dan jangan bangun untuk ke bilik air ketika ini. Ini untuk mengelakkan pergerakan pelvis yang mempunyai kaitan dengan kehamilan.
Mengamalkan gaya hidup sihat
Anda perlu makan makanan yang bernutrisi tinggi, mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam dengan kerap dan buang tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol atau menggunakan dadah apabila anda mengambil keputusan untuk hamil. Selain itu, hadkan pengambilan kafein kepada hanya 200 mg dalam sehari. Pengambilan kafein yang melebihi had akan mengundang kepada masalah kesuburan,