home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Doktor Suruh Tambah Berat Badan Semasa Hamil? Ini Langkah Tepat Yang Boleh Membantu Anda!

Doktor Suruh Tambah Berat Badan Semasa Hamil? Ini Langkah Tepat Yang Boleh Membantu Anda!

Wanita hamil perlu mendapatkan berat badan yang sihat bagi memastikan kesihatan diri dan kandungannya dalam keadaan baik.

Walaupun ibu perlu tambah berat, namun bagaimanakah cara untuk menentukan bahawa pertambahan berat badan tersebut dikategorikan sebagai sesuatu yang normal?

Meskipun anda memerlukan kalori tambahan bagi kesihatan tubuh ketika hamil, namun tidak semestinya anda perlu menambah bilangan kalori untuk keperluan kandungan anda.

Seorang wanita hamil hanya perlu mengambil sekitar 300 kalori sihat tambahan dalam sehari berbanding sebelum dia hamil. Ini akan membantunya mendapatkan berat badan yang betul semasa kehamilan.

Jika tidak pasti berapa banyak berat badan yang perlu ditambah, anda harus berjumpa doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Cadangan penambahan berat badan wanita hamil

wanita hamil

Sewaktu mengandung, anda perlu menambah berat badan sekitar 11 hingga 15 kilogram berbanding sebelum kehamilan anda.

Bagi wanita yang dikategorikan sebagai underweight atau memiliki kurang berat badan, anda perlu mendapatkan berat badan tambahan antara 12 hingga 18 kilogram ketika kehamilan.

Bagi mereka yang dikategorikan sebagai overweight pula, anda hanya perlu menambahkan sedikit sahaja berat badan tambahan iaitu antara 6 hingga 11 kilogram.

Secara umumnya, anda perlu mendapatkan antara 1 ke 2 kilogram berat badan tambahan semasa 3 bulan pertama kehamilan dan lebih kurang 500 gram bagi setiap minggu-minggu berikutnya.

Jika dianggarkan anda bakal melahirkan pasangan kembar, anda perlu menambah berat badan antara 15 ke 20 kilogram semasa mengandung.

Kenapa anda perlu mendapatkan berat badan yang sepatutnya jika melahirkan pasangan kembar? Ini kerana berat badan anda akan mempengaruhi berat badan bayi yang akan dilahirkan nanti.

Memandangkan bayi kembar sering dilahirkan sebelum due date, berat badan kelahiran yang lebih tinggi adalah penting untuk kesihatan bayi anda.

Ke manakah berat badan tambahan ini pergi semasa mengandung?

Untuk pengetahuan anda, berat badan tambahan ini bukanlah ditambah dengan tujuan yang sia-sia. Semua ini ada fungsinya terhadap organ tubuh anda.

Berikut merupakan lokasi ke manakah berat badan tambahan ini diperlukan.

  • Bayi: 3.6 kilogram
  • Plasenta: 0.9 – 1.3 kilogram
  • Cecair amniotik: 0.9 – 1.3 kilogram
  • Tisu payudara: 0.9 – 1.3 kilogram
  • Bekalan darah: 1.8 kilogram
  • Lemak tersimpan untuk tujuan bersalin dan penyusuan bayi: 2.2 – 4 kilogram
  • Uterus yang lebih besar: 0.9 – 2.2 kilogram
  • Jumlah keseluruhan: 11 hingga 15 kilogram

Cara meningkatkan berat badan tambahan ketika hamil

tambah berat

Bagaimana untuk mendapatkan berat badan tambahan yang sepatutnya semasa kehamilan?

Sekiranya anda perlu menambahkan berat badan mengikut nasihat doktor, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut.

  • Makan lima atau enam hidangan kecil setiap hari
  • Pastikan sentiasa mempunyai snek ringan seperti kekacang, kismis, keju, biskut, buah-buahan kering, aiskrim atau yogurt
  • Sapukan mentega kacang pada roti, biskut, epal dan pisang. Satu sudu makan mentega kacang mampu memberikan anda sekitar 100 kalori tambahan dan 7 gram protein
  • Tambahkan susu tepung tanpa lemak kepada kentang lenyek, telur dadar atau bijirin sarapan
  • letak sedikit tambahan pada hidangan anda seperti mentega, marjerin, keju, keju krim, kuah atau krim masam

Bagi wanita hamil yang tidak tahu berapa banyak berat badan tambahan yang anda perlukan, anda boleh gunakan alatan kesihatan yang kami sediakan ini.

Ia adalah Kalkulator Tambah Berat Badan Ketika Hamil yang kami bangunkan bagi memudahkan semua ibu hamil di luar sana membuat pengiraan.

Dengan hanya masukkan berat badan sebelum hamil, tinggi dan minggu semasa kehamilan, maka anda akan terus mendapat jawapan mengenai berat badan tambahan yang diperlukan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/maternalinfanthealth/pregnancy-weight-gain.htm
  2. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/weight-gain-in-pregnancy
  3. https://www.health.govt.nz/your-health/healthy-living/food-activity-and-sleep/healthy-weight/healthy-weight-gain-during-pregnancy
  4. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-weight-gain/art-20044360

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 23/11/2019
x