Kalau Nak Hamil, Wanita Perlu Tahu Waktu Subur! – Ini Cara Mudah Fahaminya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 14/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sama ada anda merancang untuk mengandung atau mencegah kehamilan, pengetahuan tentang waktu subur wanita dapat membantu anda menjayakan perancangan anda.

Namun maklumat tentang tarikh, bilangan hari dan kitaran haid mungkin memeningkan anda.

Oleh itu, mari kita selusuri info mudah tentang waktu subur wanita ini daripada permulaannya agar anda tahu dan faham bagaimana mengira waktu penting dalam kitaran haid anda ini.

Kehamilan boleh berlaku melalui persenyawaan ovum atau telur oleh sperma.

Ovum anda bukanlah sentiasa tersedia sebaliknya akan dikeluarkan melalui proses ovulasi.

Sewaktu ovulasi berlaku, ovum yang matang dikeluarkan daripada ovari, bergerak melalui tiub fallopian dan tersedia untuk disenyawakan.

Ovulasi adalah satu-satunya waktu ketika kitaran period di mana seorang wanita boleh hamil.

Apabila ovum tidak disenyawakan, anda akan mengalami haid 14 hari selepasnya.

Ini disebabkan pengurangan hormon progesteron dan estrogen yang berlaku.

Apabila ovum tidak disenyawakan, tiada kehamilan berlaku jadi rahim anda yang dipersiapkan untuk menyambut kedatangan janin kini akan menyingkirkan lapisan yang disediakan untuk tujuan tersebut dalam bentuk darah haid.

Bagaimana menentukan waktu ovulasi anda?

Oleh itu, ovulasi berlaku kira-kira dua minggu sebelum anda mengalami haid. Kira purata kitaran haid anda.

Hari pertama adalah hari pertama anda mengalami haid dan hari terakhir adalah sehari sebelum haid yang berikutnya.

Jika kitaran haid anda adalah 28 hari, anda mengalami ovulasi sekitar hari ke-14.

Selain melalui pengiraan, wanita juga boleh melakukan beberapa kaedah seperti kit prediktor ovulasi untuk memastikan sama ada mereka sedang mengalami ovulasi atau tidak.

Adakah ovulasi berlaku pada hari ke-14?

Tidak, ovulasi tidak semestinya berlaku pada hari ke-14. Ingat, proses ovulasi bukanlah ditentukan oleh waktu haid anda sekarang sebaliknya waktu haid yang akan datang.

Jadi, mengetahui purata kitaran haid anda adalah penting. Jika anda mempunyai kitaran haid sekitar 35 hari, ovulasi berlaku pada hari ke-21 (21+14=35).

Bilakah waktu subur wanita?

Waktu subur wanita bukanlah merujuk kepada hari ovulasi sahaja. Ia bergantung kepada jangka hayat sperma dan ovum.

Kebanyakan sperma akan mati dalam masa beberapa minit selepas ejakulasi manakala yang lain akan mampu bertahan selama hingga 5 hari dalam sistem reproduktif wanita.

Sementara ovum hanya mampu bertahan selama 24 jam selepas ovulasi.

Oleh itu, tingkap kesuburan (fertile window) adalah tempoh hari dalam kitaran haid apabila kehamilan mungkin berlaku.

Kehamilan secara teknikal hanya mungkin berlaku dalam masa lima hari sebelum ovulasi hingga ke hari ovulasi.

Jika kitaran haid anda adalah selama 28 hari, tingkap kesuburan anda adalah sekitar hari ke-9 hingga hari ke-14. Ini disebabkan jangka hayat sperma yang panjang.

Jika seorang wanita mengadakan hubungan kelamin enam hari sebelum ovulasi, kemungkinan untuk hamil hampir sifar.

Sekiranya dia mengadakan hubungan kelamin lima hari sebelum ovulasi, kebarangkalian kehamilannya adalah kira-kira 10%.

Kebarangkalian kehamilan meningkat secara berterusan sehingga dua hari sebelum dan termasuk hari ovulasi.

Pada penghujung ‘tingkap kesuburan’, kebarangkalian kehamilan menurun dengan cepat dan menjelang 12-24 jam selepas ovulasi, seorang wanita tidak lagi dapat hamil semasa kitaran itu.

Jadi, untuk mengira waktu subur anda , anda perlu mengetahui purata kitaran haid anda.

Rekodkan fasa haid anda dengan menggunakan aplikasi telefon pintar yang sesuai seperti diari menstruasi atau kalkulator kesuburan.

Jika anda merancang untuk tidak hamil, anda perlu mengelakkan hubungan kelamin atau melakukan langkah pencegahan yang sesuai sepanjang tempoh subur tersebut.

Pencegahan kehamilan menggunakan pengiraan tingkap kesuburan mungkin tidak akan berkesan 100%, oleh itu, ambil langkah pencegahan lain seperti menggunakan kondom atau mengambil ubat agar lebih selamat.

Untuk lebih kepastian, anda boleh cuba kira waktu subur dengan klik link berikut: https://hellodoktor.com/ms/alatan-ukur-kesihatan/kalkulator-kesuburan/ 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

    Masih ada lagi pandangan stereotaip bahawa lelaki tidak boleh lemah atau mudah goyah terutamanya apabila berhadapan dengan kaum Hawa.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 13/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ambil Steroid Sebab Ingin Tampil Sasa, Kesannya Mungkin Akan Jejaskan Kesuburan Lelaki!

    Tahukah anda bahawa terdapat banyak kesan steroid terhadap kesuburan dan kesihatan lelaki? Jom klik dan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 04/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

    Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    menangis emosi perempuan ketika haid

    Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    warna air mani

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan