Cara Buat Anak yang Terbaik Bagi Pasangan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Impian memiliki pelengkap hidup dengan kelahiran anak bagi pasangan adalah satu rahmat.

Walau bagaimanapun, tidak semua pasangan atau individu diberikan peluang untuk memiliki anak disebabkan pelbagai faktor atau kekangan dan halangan hidup yang memaksa.

Pasangan boleh berusaha untuk mendapatkan anak melalui cara buat anak tertentu yang memungkinkan potensi mendapatkan anak dengan peratusan yang tinggi.

Langkah atau cara buat anak ini melibatkan pelbagai perkara dan faktor bagi pasangan yang menginginkan kelahiran bayi dalam hidup mereka.

Cara buat anak melalui posisi seks

cara buat anak

Anda mungkin pernah terdengar bahawa terdapat cara buat anak melalui posisi-posisi seks tertentu yang meningkatkan lagi peluang untuk hamil.

Bunyinya seakan-akan petua lapuk tetapi kajian mendapati terdapat beberapa posisi seks yang dapat meningkatkan peluang untuk hamil kerana kelebihan posisi tersebut yang menggalakkan tusukan yang lebih mendalam.

Apakah antara posisi-posisi yang mempunyai potensi kehamilan paling tinggi?

Posisi missionary dan doggy adalah jawapan yang anda cari sebagai posisi cara buat anak yang mungkin berkesan. Melalui ujian imbasan, posisi ini membolehkan penghujung zakar menyentuh atau berada di hadapan pembukaan pangkal rahim.

Ini bermaksud sperma lebih mudah untuk masuk ke dalam rahim kerana jarak yang lebih dekat sekali gus meningkatkan peluang untuk hamil.

Menggunakan logik ini, posisi lain seperti berdiri atau si wanita berada di atas mungkin mempunyai impak yang sama namun tiada kepastian untuk posisi ini kerana tidak ada ujian atau kajian yang melihat kelebihan posisi ini.

Perlukah anda capai kemuncak untuk hamil?

Jelasnya, lelaki perlu mencapai kemuncak untuk seorang wanita itu hamil namun ianya tidak berapa jelas sama ada wanita perlu atau tidak mencapai kemuncak untuk hamil.

Hal ini kerana kemuncak dalam seorang wanita tidak membantu sperma atau ovum bertemu.

Walaupun kontraksi rahim dapat membantu menolak sperma ke dalam rahim, tanpa kemuncak, kontraksi ini tetap berlaku. Jadi untuk seorang lelaki, kemuncak itu perlu manakala untuk wanita, ianya tidak.

Perkara yang tidak disarankan untuk dilakukan semasa seks sebagai cara buat anak

Jangan gunakan pelincir untuk menggerakkan sperma. Sesetengah individu mungkin berfikir bahawa pelincir boleh membantu sperma bergerak lebih cepat, tetapi sebenarnya perkara ini boleh menghalang usaha kehamilan anda. Banyak formula boleh mengubah keseimbangan pH dalam faraj dan mengurangkan mobiliti sperma.

Jangan risau jika anda tidak mempunyai orgasma. Walaupun ada yang membuat spekulasi bahawa orgasma meningkatkan konsepsi dengan menarik lebih banyak sperma ke dalam vagina dan uterus, teori ini tidak mempunyai bukti saintifik.

Jangan bimbang tentang perbezaan pemakaian antara seluar dalam dan seluar pendek. Kerana sesetengah masalah kesuburan pada lelaki berpunca dari keadaan di mana suhu di dalam buah zakar panas secara berlebihan, yang mempengaruhi pengeluaran sperma. Adalah biasa untuk mempercayai bahawa pemilihan seluar pendek berbanding seluar dalam boleh menghalang konsepsi. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang kuat yang menyokong tanggapan ini. Sudah tentu tidak ada kelemahan dengan memakai seluar dalam, memandangkan ia tidak mungkin menghalang masa kehamilan anda dengan ketara.

Cara buat anak melalui gaya hidup

Kebanyakan individu menganggap kehamilan merupakan sesuatu yang mudah. Hakikatnya, kehamilan tidak semudah yang disangka dan memerlukan perancangan dan persiapan yang mencukupi. Ini untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil secara selamat dan sihat. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu ikuti sebagai cara buat anak sekiranya anda mempunyai perancangan untuk hamil dalam masa yang terdekat.

Cipta dan kekalkan gaya hidup yang sihat

cara buat anak

Keadaan fizikal anda dan pasangan memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan kesihatan kandungan. Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan perhatian terhadap pemakanan, aktiviti senaman serta waktu tidur anda.

Paling penting, jauhkan diri anda daripada bahan dan gejala yang mampu mengkibatkan kesan negatif kepada kandungan seperti rokok dan alkohol.  

Kedua-dua anda dan pasangan juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan anda bebas dari komplikasi kesihatan seperti diabetes atau hipertensi selain penyakit kelamin yang paling ditakuti iaitu sexually transmitted diseases (STD).

Ini bertujuan untuk memastikan kandungan anda berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Beri perhatian terhadap pengambilan ubat-ubatan

Sekiranya anda dan pasangan sudah tekad untuk mempunyai zuriat, maka anda perlu berhenti mengambil ubat kontraseptif atau sebarang ubat perancangan keluarga yang lain beberapa bulan sebelum itu.

Jika anda masih dalam tempoh pengambilan ubat-ubatan yang diperlukan untuk merawat masalah kesihatan anda, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan ubat-ubatan tersebut selamat untuk kandungan anda atau tidak.

Anda mungkin dinasihatkan untuk mengubah jenis ubat-ubatan lain sekiranya ubat-ubatan yang anda ambil pada ketika ini mampu memberi kesan negatif terhadap kandungan anda.

Ibu hamil disarankan untuk mengambil suplemen asid folik sekurang-kurangnya 400 hingga 1000 mcg pada satu hari. Ini untuk mengelakkan janin mereka mengalami sebarang kecacatan.

Anda juga disarankan untuk mengambil beberapa vaksinasi ketika sedang hamil untuk melindungi kandungan anda daripada sebarang penyakit berbahaya. Ibu hamil amat perlu mengambil suntikan vaksinasi MMR (Measles-Mumps-Rubella) sekurang-kurangnya sebulan sebelum anda memutuskan untuk hamil. Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya dan mampu merosakkan jantung, telinga dan mata bayi dalam kandungan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Balanitis adalah penyakit berbahaya buat lelaki dan akan menyerang bahagian zakar. Jom klik artikel ini untuk tahu punca sebenar ia terjadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Terdapat banyak masalah zakar yang boleh terjadi kepada lelaki. Ada kes di mana seorang warga emas ada tulang pada zakarnya? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/09/2020 . 3 minit bacaan

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
lelaki homoseksual

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
ubat untuk masalah kesuburan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
pembengkakan prostat

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan