Lelaki yang ada masalah zakar tak tegang, pasti akan hilang keyakinan dan kemampuan untuk berhubungan seksual terutamanya jika sudah berkahwin.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Lelaki yang ada masalah zakar tak tegang, pasti akan hilang keyakinan dan kemampuan untuk berhubungan seksual terutamanya jika sudah berkahwin.
Disebabkan itu, kebanyakan mereka cenderung berjumpa doktor dan mengambil ubatan seperti sildenafil dan lain-lain bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pun begitu, tahukah anda terdapat beberapa cara lain yang mungkin boleh kuatkan ereksi zakar tanpa sebarang ubatan? Jom teruskan membaca untuk tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.
Sekiranya anda mengalami masalah zakar sukar tegang walaupun sudah dirangsang secara seksual, anda berkemungkinan menghidap masalah mati pucuk.
Ini merupakan mimpi ngeri bagi setiap lelaki! Namun, usah risau! Jom ketahui pula kategori jenis mati pucuk:
Pilihan yang paling baik tentu sahaja dengan berjumpa doktor atau mengambil ubatan seperti sildenafil dan lain-lain. Selain itu, mungkin wujud juga cara lain untuk atasi zakar tak tegang.
Sebenarnya, ada beberapa cara semula jadi yang tidak melibatkan sebarang ubatan termasuklah:
Langkah pertama, anda perlu berkomunikasi dengan pasangan anda tentang kondisi yang dialami agar mereka faham dan terima kelemahan anda di ranjang.
Biarkan mereka tahu bahawa ia bukanlah kesalahan mereka namun merupakan keadaan kesihatan yang sebenarnya boleh diselesaikan jika betul caranya.
Kemudian, anda dan pasangan mungkin boleh bercadang untuk mencuba sesuatu yang baru di ranjang bagi menyemarakkan kamar tidur dengan cara:
Semestinya merupakan aspek penting dalam diet seharian, kumpulan makanan ini mampu memperbaiki aliran darah ke tubuh badan termasuk zakar.
Jika aliran darah ke zakar lebih baik, maka ereksi zakar juga boleh jadi lebih kuat serta sihat. Oleh itu, tambahkan makanan ini ke dalam diet.
Menurut pelbagai kajian, diet di atas boleh meningkatkan risiko terhadap kondisi-kondisi berkaitan kesihatan tubuh badan termasuk keupayaan seksual.
Selain menjejaskan keupayaan ereksi zakar, ia juga boleh jadi punca penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan lain-lain yang berbahaya.
Buat anda yang tertanya-tanya diet apa yang sesuai jika zakar sukar tegang, anda mungkin boleh cuba diet mediterranean yang memberikan manfaat seperti berikut:
Alkohol memang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan secara umumnya, selain ia turut dikaitkan dengan disfungsi seksual bagi lelaki serta wanita.
Jadi, sila kurangkan mengambil alkohol dalam usaha mendapatkan ereksi zakar yang lebih baik.
Jika diambil dalam kuantiti dan kualiti yang tepat, kafein boleh memperbaiki aliran darah dan merelakskan otot zakar bagi ereksi yang kuat dan sihat.
Jadi, sila masukkan kafein dalam diet anda sebagai usaha mendapatkan ereksi zakar yang lebih baik.
Gaya hidup sedentari yang tidak aktif merupakan salah satu daripada faktor risiko yang boleh memberikan kesan negatif terhadap ereksi zakar.
Senaman selama 20 minit sehari dipercayai boleh membantu mengawal peredaran darah dan berat badan – 2 faktor penting jika zakar sukar tegang.
Cuma, anda mungkin perlu mengelakkan aktiviti seperti berbasikal terlalu lama kerana ia dikatakan boleh mengakibatkan masalah mati pucuk.
Akhir sekali, anda juga harus cuba kawal tekanan dengan baik kerana mati pucuk juga sebenarnya boleh berpunca akibat masalah psikologi seperti stres.
Caranya, sila dapatkan tidur lebih berkualiti dan berkuantiti yang juga merupakan salah satu cara terbaik dalam usaha merawat masalah zakar tak tegang.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen