backup og meta

Masih Belum Timang Cahaya Mata? Ini 9 Tanda TIDAK SUBUR Pada Lelaki & Wanita

Kalau cakap berkenaan tidak subur, mesti jari akan menunding ke arah wanita. Namun, pada hakikatnya masalah berkaitan kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Masalah tidak subur

Antara tanda ketidaksuburan yang paling biasa adalah apabila anda dan pasangan kerap melakukan hubungan seksual dan telah mencuba untuk hamil dalam tempoh lebih setahun, tetapi masih tidak berhasil.

Ini sudah pasti menimbulkan rasa keliru apatah lagi jika pasangan anda mempunyai kitaran menstruasi yang teratur, kehidupan seks baik dan tahap kesihatan yang sihat. Tetapi kenapa masih mengalami masalah ketidaksuburan?

Selalunya apabila timbul masalah ini, individu wanita akan sering menjadi mangsa. Mereka akan dianggap sebagai punca kurang subur sehingga menyukarkan proses kehamilan.

Tetapi adakah benar hanya wanita sahaja yang mengalami masalah ketidaksuburan ini?

Punca tidak subur lelaki dan wanita

Hakikatnya, masalah kesuburan ini boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Bagi sesetengah pasangan, terdapat beberapa simptom atau tanda awal yang boleh menunjukkan wujudnya masalah berkaitan kesuburan.

Berikut adalah beberapa punca tidak subur lelaki dan wanita yang boleh dikenal pasti:

  1. Kitaran haid tidak teratur

tidak subur
Kitaran haid tidak tetap boleh menjadi punca sukar hamil.

Tanda masalah kesuburan yang paling mudah untuk dikenal pasti adalah apabila kitaran haid seseorang wanita itu tidak teratur. Keadaan ini boleh menjadi faktor kepada masalah kemandulan. 

Haid tidak teratur apabila tempoh kitaran haid terlalu pendek iaitu kurang 24 hari atau terlampau lama melebihi 35 hari. Haid yang datang tanpa diduga juga dianggap sebagai masalah kitaran haid tidak teratur. 

[embed-health-tool-ovulation]

  1. Jumlah hari

Jumlah hari mengalami haid juga boleh menjadi antara petanda penyebab tidak subur pada wanita. Tempoh menstruasi normal bagi setiap wanita adalah antara 3 hingga 7 hari.

Jika pasangan anda mengalami tempoh haid yang kurang daripada 3 hari atau mungkin terlalu lama, berbincanglah dengan doktor. Pendarahan yang berbeza seperti jumlah atau warna mahupun rasa kesakitan yang tidak normal juga perlu diambil kira. 

  1. Usia melebihi 35 tahun

Wanita yang berusia lebih 35 tahun adalah lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesuburan.

Sebagai contoh, pada usia 30 tahun, peluang untuk seseorang wanita itu hamil adalah sekitar 20% pada setiap kitaran haid. Manakala pada usia 40 tahun, peluangnya menurun kepada 15% bagi setiap kitaran haid. 

Berundinglah dengan pakar jika pasangan berusia lebih 35 tahun masih tidak hamil walaupun selepas hubungan seks tanpa kontrasepsi.

tidak subur
Banyak risiko jika ibu hamil lewat usia.
  1. Masalah ejakulasi, punca tidak subur lelaki

Masalah berkaitan kesuburan bagi lelaki selalunya sukar untuk dikenal pasti. Biasanya masalah berkaitan jumlah sperma yang rendah atau laluan sperma yang terhalang hanya boleh ditentukan berdasarkan analisis sperma di makmal.

Ini bermakna seseorang individu lelaki tidak akan dapat mengesan jika wujudnya masalah tersebut.

Tetapi sekiranya pasangan anda mungkin mengalami masalah disfungsi ereksi, ia turut boleh menjadi masalah ketidaksuburan. 

  1. Berat badan

Individu yang terlalu kurus atau mempunyai berat badan berlebihan juga berisiko mengalami ketidaksuburan. Diet yang ketat atau aktiviti fizikal yang terlalu padat juga boleh menyebabkan masalah berkaitan kesuburan.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda mengalami masalah berat badan atau tidak? Anda boleh menyemak tahap indeks jisim badan (BMI) sama ada berada pada skala yang seimbang atau tidak.

  1. Keguguran berturut-turut penyebab tidak subur pada wanita

Ketidaksuburan sememangnya mempunyai kaitan dengan keupayaan untuk hamil. Tetapi seseorang wanita itu dianggap mempunyai masalah kesuburan apabila mengalami keguguran tiga kali berturut-turut. 

Umumnya, keguguran adalah 1 perkara biasa yang boleh berlaku kepada sesiapa. Doktor tidak akan menganggap ia sebagai satu masalah berkaitan kesuburan melainkan seseorang itu keguguran 3 kali secara berturut-turut.

  1. Penyakit kronik

Sebarang masalah kesihatan yang kronik dan rawatannya boleh menyebabkan berlakunya ketidaksuburan. Penyakit seperti diabetes dan hypothyroidism boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan. 

tidak subur
Wanita dengan penyakit kronik seperti diabetes juga berisiko sukar hamil.

Ubatan seperti insulin, antidepresen dan hormon tiroid boleh menyebabkan kitaran haid menjadi tidak menentu. Berbincangla dengan doktor jika anda atau pasangan mempunyai sebarang penyakit kronik atau dalam rawatan yang boleh jadi punca ketidaksuburan.

  1. Penyakit kelamin

Penyakit kelamin juga boleh mengakibatkan ketidaksuburan. Jangkitan dan keradangan akibat klamidia atau gonorrhea boleh menyebabkan penyumbatan pada tiub fallopian, menjadikan proses kehamilan sukar untuk berlaku. Lebih membimbangkan ia berisiko menyebabkan wanita mengalami kehamilan ektopik.

Penyakit klamidia atau gonorrhea tidak menimbulkan gejala pada wanita, jadi ia adalah sangat penting untuk melakukan pemeriksaan supaya rawatan dapat dilakukan dengan segera.

  1. Tabiat merokok dan alkohol

Sudah pasti ramai yang mengetahui tentang keburukan tabiat merokok dan pengambilan alkohol ini. Tabiat-tabiat tidak sihat ini boleh menyebabkan proses atau usaha kehamilan menjadi lebih sukar.

Akhir kata

Masalah tidak subur bukan hanya berlaku kepada wanita tetapi individu lelaki juga boleh mengalaminya. Jika kalian masih tidak berjaya untuk hamil, lakukan pemeriksaan dan rundingan dengan pakar kesuburan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Infertility. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16083-infertility. Accessed on April 22, 2025.
  2. Infertility. https://www.nhs.uk/conditions/infertility/.  Accessed on April 22, 2025.
  3. Infertility. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infertility/symptoms-causes/syc-20354317. Accessed on April 22, 2025.
  4. Infertility. https://www.cdc.gov/reproductive-health/infertility-faq/index.html. Accessed on April 22, 2025.
  5. Getting pregnant.  https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/female-fertility/art-20045887. Accessed on April 22, 2025.

 

Versi Terbaru

22/04/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

Inginkan Zuriat? IUI Antara Opsyen Rawatan Kesuburan Yang Boleh Pasangan Cuba!


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 22/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan