home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ramai Tanya Mengapa Belum Hamil? Perhatikan 8 Tanda Anda Kurang Subur Ini

Ramai Tanya Mengapa Belum Hamil? Perhatikan 8 Tanda Anda Kurang Subur Ini

Masalah ketidaksuburan adalah sesuatu yang menyedihkan bagi pasangan suami isteri. Lebih menyedihkan apabila kebanyakan kes yang berlaku di mana pasangan tidak sedar mereka mengalami masalah ketidaksuburan ini. Untuk membantu anda, berikut tanda-tanda wanita tidak subur yang harus anda tahu.

8 Tanda wanita tidak subur

#1. Perubahan kitaran haid

Kebanyakan masalah kesihatan seperti haid datang lambat atau haid lebih banyak berbanding biasa boleh menjadi petunjuk kepada ketidaksuburan seseorang wanita.

Situasi lain yang berkaitan dengan kitaran haid adalah seseorang wanita itu didatangi haid setiap bulan, tetapi tidak mengalami ovulasi. Ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita mempunyai tanda-tanda ovulasi tidak teratur.

Masalah ini boleh menghalang wanita untuk hamil. Namun, berita baiknya adalah terdapat rawatan untuk masalah ovulasi ini.

#2. Anda tidak didatangi haid langsung

Satu lagi tanda jelas yang menunjukkan anda mengalami masalah ketidaksuburan adalah anda tidak didatangi haid langsung atau kitaran haid anda tiba-tiba terhenti. Dalam situasi ini, anda perlu berjumpa dengan pakar secepat mungkin.

#3. Sakit ketika datang haid

haid-tidak-teratur-punca-pendek-usia

Ramai wanita yang mengalami masalah haid yang amat menyakitkan. Ini juga merupakan salah satu petanda anda tidak subur.

Jika anda mengalami masalah seperti sakit melampau semasa tempoh haid ataupun sakit semasa melakukan hubungan seks, maka anda perlu berjumpa doktor untuk mengetahui masalah dan menjalani rawatan yang bersesuaian.

Ini merupakan simptom endometriosis atau masalah kesihatan serius yang lain.

#4. Mengalami masalah jerawat yang teruk

Keadaan ini menunjukkan bahawa paras hormon anda bermasalah. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh kekurangan ovulasi yang berlaku kepada wanita yang mengalami lebihan androgen. Oleh itu, pemeriksaan perubatan adalah amat penting ketika ini.

#5. Rambut hitam tumbuh pada tempat baru di badan anda

Wanita yang tumbuh rambut di tempat yang tidak sepatutnya pada tubuh mereka boleh menghadapi kesukaran untuk hamil. Pertumbuhan rambut ini adalah petanda anda mengalami sindrom ovari. Pun begitu, usah risau kerana terdapat perubatan yang bersesuaian untuk masalah ini.

#6. Masalah kehilangan rambut atau rambut semakin menipis

Masalah kehilangan rambut berkait rapat dengan masalah hormon dan juga ketidaksuburan. Jadi, jika anda mempunyai masalah dengan rambut, anda perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor.

#7. Nafsu seks menurun secara mendadak

haid

Nafsu seks yang semakin menurun juga mungkin menjadi tanda-tanda ketidaksuburan.

Selain stres atau kemurungan, endometriosis juga boleh menjurus kepada menurunnya keinginan untuk melakukan seks atau membuatkan seks menjadi amat menyakitkan.

#8. Berat badan naik tanpa sebab yang jelas

Jika tiba-tiba naik berat badan tanpa sebab, walaupun mengambil diet yang seimbang, anda perlu berwaspada. Lebihan androgen menjadikan tubuh sukar untuk menghasilkan insulin lantas menyebabkan seseorang individu itu mudah naik berat badan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Most Common Signs of Infertility in Woman and Man. http://www.theadventurouswriter.com/blogbaby/signs-of-infertility-in-women-and-men/ Assessed December 10, 2016.

9 Signs of Infertility in Men and Woman.http://www.foxnews.com/health/2016/07/24/9-signs-infertility-in-men-and-women.html Assessed December 10, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 10/12/2018
x