brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Hamil Anak Kembar? Ini Yang Sedang & Bakal Berlaku Dalam Kandungan Anda!

Siapa sahaja yang tidak teruja apabila mengetahui hamil kandungan kembar. Ini kerana kita akan mendapat dua bayi sekali gus dalam satu kehamilan. Apabila hamil bayi kembar, maka kita pasti ingin mengetahui perkembangan bayi kembar dalam kandungan.

Hamil Anak Kembar? Ini Yang Sedang & Bakal Berlaku Dalam Kandungan Anda!

Anda boleh melihat kepada maklumat ringkas mengenai bayi kembar di bawah ini beserta apa yang akan berlaku dalam kandungan jika hamil bayi kembar. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana bayi kembar boleh terbentuk?

kandungan kembar

Kelahiran bayi kembar biasanya tidak dirancang dan boleh berlaku secara semula jadi.

Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kehamilan bayi kembar.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa seseorang wanita itu lebih mudah untuk mendapat kehamilan kembar apabila semakin berusia.

Ini kerana, perubahan hormon sewaktu wanita telah berusia boleh menyebabkan lebih daripada satu telur dilepaskan pada satu-satu masa.

Bayi kembar dua adalah jenis kehamilan kembar yang biasa berlaku.

Ia berlaku apabila dua jenis telur wanita yang berbeza disenyawakan oleh dua sperma lelaki yang berbeza.

Setiap bayi kembar dalam kandungan mempunyai plasentanya yang tersendiri.

Variasi kembar juga boleh melibatkan jantina yang sama atau dua jantina yang berbeza.

Bagi jenis bayi yang seiras, ia berlaku apabila satu telur yang telah disenyawakan terpisah kepada dua dan berkembang menjadi dua fetus atau janin.

Bayi seiras mungkin berkongsi plasenta dan juga kantung amniotik, atau berkongsi plasenta tetapi mempunyai kantung amniotik yang berbeza.

Bayi seiras akan mempunyai jantina yang sama selain mempunyai ciri fizikal yang serupa antara satu sama lain. 

Perkembangan bayi kembar dalam kandungan

Secara umumnya, perkembangan bayi kembar ini adalah sama sahaja dengan perkembangan bayi yang lain.

Namun, mungkin terdapat beberapa perbezaan yang kecil bagi kehamilan bayi kembar.

bayi kembar dalam kandungan

Anda boleh melihat kepada perkembangan bayi kembar seperti senarai di bawah ini. 

Kandungan kembar: Minggu 5 & 6

Pada masa ini, janin bayi akan mempunyai tiga lapisan.

Lapisan pertama ialah lapisan ektoderma yang akan membentuk lapisan kulit luaran bayi.

Lapisan ini juga membentuk sistem saraf pusat dan periferal serta mata dan juga bahagian dalam telinga.

Lapisan kedua atau lapisan pertengahan pula terdiri daripada jantung bayi selain menjadi asas bagi tulang, ligamen, buah pinggang dan sistem reproduktif bayi.

Bahagian ketiga iaitu bahagian yang paling dalam pula akan membentuk paru-paru serta usus bayi.

Pada minggu kelima dan keenam juga, otak dan saraf tunjang janin akan mula terbentuk.

Selain itu, jantung juga akan mula terbentuk dan berdegup. 

Bayi kembar dalam kandungan: Minggu 7 & 8

Pada minggu ketujuh dan kelapan, tunas anggota tubuh bagi kedua-dua bayi anda akan mula terbentuk seperti pendayung.

Selain itu, kebanyakan organ-organ penting tubuh yang lain juga akan mula terbentuk.

Ini termasuklah paru-paru, kemaluan dan lain-lain organ.

Bahagian otak dan muka bayi juga akan terus berkembang dengan lebih jelas.

Pada minggu kelapan, kedua-dua bayi kembar anda akan mempunyai hidung kerana hidung mereka sudah terbentuk pada fasa ini.

Saiz janin anda dianggarkan sekitar 11 hingga 14 milimeter setiap satu.

Kandungan kembar: Minggu 9 & 10

Pada minggu kesepuluh, jari kaki dan juga jari tangan bayi akan mula membentuk dengan lebih jelas.

Ia juga menjadi semakin panjang daripada sebelum ini.

Kepala bayi akan terbentuk dengan lebih bulat dan sempurna.

Sikunya juga akan mula terbentuk dan sudah boleh dibengkokkan.

Pada ketika ini, saiz bayi dianggarkan sekitar 16 hingga 18 milimeter. 

Bayi kembar dalam kandungan: Minggu 11, 12 dan 13

kandungan kembar

Pada fasa kehamilan ini, bayi akan mula mempunyai kuku jari kerana ia mula tumbuh sekitar minggu ke-12.

Wajah bayi juga akan terbentuk dengan lebih jelas dan mempunyai ciri wajah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Kewujudan hidung, mata dan bibir atas juga menjadikan wajah bayi lebih sempurna.

Kelopak mata bayi juga akan mula terbentuk. Selain itu, tunas gigi juga sudah mula keluar daripada gusi bayi.

Tunas gigi ini akan membentuk gigi bayi kelak.

Jangan terkejut kerana pada waktu ini juga, bayi dalam kandungan sudah mula menghasilkan air kencing.

Ini kerana, pada masa ini, kemaluan bayi sudah terbentuk sama ada dalam bentuk kemaluan lelaki atau kemaluan perempuan.

Air kencing ini kemudiannya akan dialirkan ke bahagian kantung amniotik.

Pada akhir minggu ke-12, bayi diangggarkan mempunyai saiz sekitar 61 milimeter. 

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui mengenai perkembangan kandungan kembar.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kebanyakan daripada kehamilan bayi kembar dalam kandungan ini adalah sama dengan kehamilan biasa.

Perkara yang membezakannya hanyalah bagaimana persenyawaan itu berlaku dan berkembang dalam kandungan.

Persenyawaan bayi yang berbeza inilah yang membezakan kehamilan kembar dengan kehamilan biasa. 

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 hari lalu