6 Tip & Trik Yang Suami Isteri Boleh Cuba Untuk Tahu Bila 'Waktu Subur' Itu Tiba!
Apakah tip atau trik yang paling penting untuk dicuba bagi pasangan yang mahu mengandung? Ya, kena tahu bila waktu subur terlebih dahulu!

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai perkara ini namun belum benar faham tentangnya sehingga tidak tahu tanda waktu subur itu berlaku.
Jadi khas buat pasangan suami isteri yang sedang dalam cubaan untuk mengandung, sila teruskan ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Apa definisi waktu subur?
Ada mitos popular yang mengatakan seorang wanita boleh hamil pada bila-bila masa sahaja dan ia mungkin benar tetapi ada syaratnya.
Hakikatnya, seorang wanita hanya akan berjaya mengandung pada beberapa hari terpilih ketika proses ovulasi berlaku dalam tubuh badan mereka.
Hari-hari terpilih inilah yang sebenarnya dikatakan sebagai ‘waktu subur’!
Untuk pengetahuan anda, telur wanita dan sperma lelaki hanya boleh hidup selama beberapa hari sahaja selepas dikeluarkan dari ovari dan testis.
Disebabkan itu, kedua-duanya perlu bertemu pada waktu yang tepat bagi membolehkan proses persenyawaan berlaku bagi mencipta embrio.
Apa yang menjadi masalah di sini adalah pasangan suami isteri sendiri mungkin tidak tahu bilakah hari-hari terpilih itu sedang terjadi.

Jadi, adalah sangat penting untuk anda dan pasangan tahu sebarang petanda hari ajaib ini tiba bagi boleh merancang aktiviti seksual dengan lebih baik lagi.
Apa tanda waktu subur?
Bagi mengetahui bilakah hari terpilih itu terjadi untuk merancang aktiviti seksual, kalian berdua perlu faham tanda waktu subur terlebih dahulu. Bagaimana? Ini caranya!
#1. Kitaran menstrual
Kitaran ini akan bermula pada hari yang sama dengan hari haid bermula dan berakhir pada hari sebelum haid seterusnya.
Kebiasaannya, tempoh ini adalah sekitar 21 ke 35 hari dan ia adalah berbeza bergantung kepada setiap wanita itu sendiri.
#2. Kit peramal ovulasi
Alat yang juga dikenali sebagai Ovulation Predictor Kits (OPK) ini boleh didapati di farmasi dan digunakan di rumah sahaja.
Ia berfungsi dengan cara mengukur kadar hormon luteinizing (LH) di dalam air kencing anda bagi mengesan pengeluaran telur.
Tanda bila waktu subur #3. Cecair mukus
Ketika hari waktu subur ini tiba, hormon yang mengawal kitaran menstrual akan menyebabkan perubahan mukus pada faraj.
Mukus yang akan keluar pada faraj di hari-hari terpilih ini adalah sedikit jernih, likat dan licin, seumpama putih telur.
Tanda bila waktu subur#4. Suhu badan
Bagi mengetahui bilakah hari terpilih itu datang, suhu badan seorang wanita itu juga boleh dijadikan sebagai indikator.
Pada hari anda mengalami ovulasi, suhu badan mungkin akan meningkat sedikit sekitar 0.4°F selama 3 hari berturut-turut.
#5. Aplikasi kesuburan
Aplikasi ‘ovulation-tracking’ ini mungkin dapat membantu wanita dengan memaklumkan jangkaan ovulasi yang bakal menjelang tiba.
Pun begitu, data yang digunakan ini mungkin tidaklah setepat mana kerana setiap kitaran menstrual itu berbeza bergantung pada individu.
#6. Berjumpa dengan doktor
Akhir sekali, anda dan pasangan mungkin akan boleh tahu tanda waktu subur kalian jika terus berjumpa dengan doktor.
Dengan ini, adalah lebih mudah untuk mereka melakukan pemeriksaan kesihatan dan kesuburan terhadap anda dalam usaha untuk hamil.
Bila saya boleh hamil?
Setelah mengetahui definisi dan tanda waktu subur ini, persoalan seterusnya pula adalah tentu sekali bila saya boleh hamil?
Jawapannya, adalah dengan mencari ‘timing’ yang paling sesuai untuk anda dan pasangan melakukan hubungan seksual!
- Jika anda melakukan seks 6 atau lebih hari sebelum ovulasi, peluang untuk hamil adalah hampir 0 peratus.
- Jika anda melakukan seks 5 hari sebelum ovulasi, peluang untuk hamil adalah sekitar 10 peratus.
- Jika anda melakukan seks pada hari ovulasi atau dua hari sebelumnya, peluang untuk hamil adalah sekitar 30 peratus.
Pun begitu, anggaran ini adalah berbeza mengikut individu dan sangat bergantung kepada faktor risiko wanita itu sendiri.
Dalam pada itu, ada banyak lagi perkara lain yang anda perlu beri lebih perhatian bagi memastikan usaha untuk hamil berbaloi.
Antaranya, anda dan pasangan perlu melakukan pemeriksaan kesuburan secara berkala dengan doktor untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin secara tidak sedar mengalaminya.
Konklusinya, kehamilan itu adalah satu anugerah yang mungkin tidak dimiliki setiap pasangan.
Jika masih belum berjaya, tidak salah untuk terus mencuba dan dapatkan bantuan dari doktor.