brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Wanita Yang Ingin Bergelar Mommy, Ini Dia Cara Cepat Mengandung Selepas Haid!

Setiap pasangan suami isteri pasti mahu menimang cahaya mata, bukan? Buat yang belum berjaya hamil, usah khuatir.

Wanita Yang Ingin Bergelar Mommy, Ini Dia Cara Cepat Mengandung Selepas Haid!

Mungkin ada aspek yang anda perlu beri lebih perhatian. Antaranya, waktu subur selepas isteri datang bulan.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah ketika yang paling tinggi peluang untuk kehamilan berlaku.

Jadi, sila guna sebaiknya peluang keemasaan ini! Buat para pembaca, ini dia cara cepat mengandung selepas period yang anda perlu tahu.

Ketahui waktu subur anda

Apa yang paling penting dan utama dalam usaha untuk berjaya hamil adalah anda perlu tahu waktu subur anda.

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, waktu wanita paling subur adalah sekitar tempoh ovulasi berlaku dalam tubuh badan mereka – kebiasaannya beberapa hari selepas datang bulan, namun ia berbeza bagi setiap wanita. Jadi, sila rujuk pakar.

Dengan mengetahuinya, anda dan pasangan sudah boleh merancang waktu seks dilakukan.

Ini sudah pasti dapat meningkatkan peluang untuk anda hamil. Cara mengetahui waktu ‘ajaib’ ini adalah mudah sahaja.

Anda hanya perlu kira tempoh hari pertama anda datang haid sehingga hari datang haid yang seterusnya.

Ketika ini, wanita berada pada tahap yang paling subur.

Untuk lebih kepastian, anda sendiri boleh gunakan kalkulator kesuburan kami secara percuma sahaja! Berikut adalah pautannya: https://hellodoktor.com/ms/alatan-ukur-kesihatan/kalkulator-kesuburan/

Cara cepat mengandung selepas period

Selepas anda dan pasangan tahu waktu subur mereka, apa yang perlu dilakukan seterusnya?

Tenang, berikut adalah tip yang boleh dilakukan!

#1. Rancang waktu untuk melakukan hubungan seks

period tapi mengandung

Dalam kehidupan rumah tangga, seks adalah kunci utama kebahagiaan dan keharmonian pasangan suami isteri.

Bukan itu sahaja, timing hubungan intim juga sebenarnya adalah faktor penentu utama dalam usaha untuk berjaya hamil.

Dalam erti kata yang lebih mudah, anda perlu berasmara dengan pasangan ketika tubuh badan berada pada tahap paling subur.

Kebanyakan pakar menyarankan agar anda melakukan seks bersama pasangan pada beberapa hari selepas wanita tamat tempoh haid.

Ketika ini, tahap kesuburan mereka sangat tinggi. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa sperma boleh bertahan hidup sekitar 5 hari dalam tubuh wanita sedangkan telur hanya mampu bertahan hidup selama 1 hari sahaja.

Oleh itu, timing seks sangat penting untuk memastikan sperma dan telur dapat disenyawakan dalam tempoh yang sangat singkat ini.

#2. Kawal pemakanan dan berat badan anda

Diet yang sesuai dan seimbang perlu diamalkan oleh anda dan pasangan jika mahu peluang kehamilan menjadi lebih tinggi.

Ini kerana tubuh badan anda memerlukan diet yang tepat untuk menstabilkan hormon-hormon kesuburan.

Selain itu, berat badan juga adalah faktor penentu kehamilan yang agak penting. Jadi, sila jaga pemakanan dan berat badan anda, ya?

#3. Buat pemeriksaan dengan doktor jika ingin hamil cepat

Paling penting, anda dan pasangan perlu sentiasa buat pemeriksaan dengan doktor.

Berbincanglah dengan orang yang pakar untuk merencanakan kehamilan anda.

Mereka mungkin akan memeriksa kondisi tubuh badan anda untuk memastikan anda benar-benar sihat dan subur. Jika tidak, pasti akan ada rawatan yang boleh dilakukan.

Dengan berjumpa doktor, anda boleh mendapatkan idea tentang makanan atau suplemen yang perlu diambil untuk meningkatkan tahap kesuburan anda dan pasangan.

Selain itu, mereka juga sudah pasti akan memberikan pelbagai nasihat tentang cara cepat mengandung selepas haid.

Ia sudah tentu lebih baik berbanding nasihat yang hanya dibaca di internet, bukan?

#4. Cuba elak diri anda dari sebarang tekanan

Sebenarnya, cara cepat mengandung selepas haid bukan sahaja bergantung kepada faktor fizikal semata-mata.

Anda juga perlu memberi penekanan kepada faktor mental juga. Untuk pengetahuan anda, tekanan pada mental mungkin akan mempengaruhi perubahan hormon tubuh badan anda.

Jadi, cuba elak dari stres untuk meningkat peluang kehamilan anda!

#5. Jangan lupa ambil asid folik

asid folik

Bukan sahaja pemakanan, suplemen juga memainkan peranan penting untuk berjaya hamil.

Apa yang paling penting adalah asid folik. Buat anda yang belum tahu, ia sangat penting untuk wanita sebelum dan selepas hamil.

Jadi, sila ambil asid folik mulai hari ini. Lebih awal lebih bagus, ya?

Tujuannya, ia penting untuk ovari wanita menghasilkan telur yang berkualiti untuk disenyawakan dengan sperma lelaki.

Bagaimana pula dengan posisi seks untuk hamil?

Orang dulu-dulu cakap posisi seks yang betul boleh buat wanita lebih mudah mengandung. Adakah ini benar? Berikut adalah posisi seks yang diperkatakan oleh mereka:

Sebenarnya, belum ada kajian klinikal spesifik yang mampu mengesahkan perkara ini.

Jika difikirkan secara logik juga, ketiga-tiga posisi ini adalah posisi seks yang paling biasa dilakukan, bukan?

Jadi apa keistimewaannya sehingga ia boleh meningkatkan peluang kehamilan?

Sebaiknya, dapatkan keterangan daripada pakar seks untuk tahu dengan lebih lanjut.

Lelaki, jaga kualiti dan kuantiti sperma!

Prof Datuk Dr Zainul Rashid Mohd Razi, ketika temubual di konti radio tempatan baru-baru ini mendedahkan, tahap kesuburan lelaki menurun secara drastik.

Dalam erti kata yang lain, lelaki zaman sekarang adalah kurang subur. Jadi, kaum Adam perlu lakukan sesuatu untuk memastikan kualiti dan kuantiti sperma lebih terjaga.

Kebanyakan tip mengenai cara cepat mengandung selepas haid ini ditujukan kepada wanita sahaja, bukan?

Akan tetapi, ia tidak bermakna lelaki boleh lepas tangan. Sebagai suami, anda perlu menjaga kualiti dan kuantiti sperma anda supaya ia sentiasa berada pada tahap yang baik dengan melakukan perkara berikut:

  • Berhenti merokok
  • Kurangkan minum alkohol
  • Kawal berat badan
  • Ambil makanan yang bernutrisi tinggi
  • Ambil suplemen seperti vitamin C, vitamin D, kalsium dan asid folik
  • Jangan berendam dalam air panas
  • Elak memakai seluar dalam yang terlalu ketat

Jadi, kedua-dua pasangan tidak kira suami dan isteri perlu sama-sama dalam meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan cahaya mata!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi