Melakukan hubungan seksual selepas melahirkan bayi, pasti menimbulkan rasa bimbang dan takut. Tetapi bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Seks selepas pembedahan caesarean
Bersetubuh untuk pertama kalinya selepas bersalin boleh menjadi sesuatu yang menakutkan. Itu belum termasuk jika anda melalui proses kelahiran C-Sec.
Mesti ada yang tertanya, bilakah masa yang selamat dan sesuai untuk melakukan seks bagi mereka yang menjalani pembedahan caesarean, bukan?
Hakikatnya terdapat 3 perkara perlu diingat apabila ingin menentukan sama ada anda sudah bersedia untuk berjimak atau tidak selepas melahirkan anak secara pembedahan, iaitu:
- Parut C-Sec
- Pendarahan faraj
- Tahap emosi
Selain itu anda juga perlu mengutamakan aspek kesihatan keseluruhan termasuklah stamina serta kaedah kawalan kelahiran.
Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? Masa adalah segalanya
Kebanyakan wanita yang pulih daripada kelahiran C-Sec mungkin tidak memikirkan tentang aktiviti seks untuk beberapa minggu malahan mungkin berbulan selepas melahirkan anak.
Tetapi jangan terkejut, ada wanita yang berasakan mereka sudah bersedia untuk bersetubuh selepas 3 minggu bersalin.
Wujud teori seks selepas pembedahan caesarean boleh dilakukan sebaik selepas melahirkan anak.
Ini muncul hanya kerana bayi yang dilahirkan tidak melalui saluran faraj.
Ia adalah SALAH! Setiap wanita yang melalui proses kelahiran, sama ada kelahiran normal atau caesarean adalah disarankan untuk tidak bersama pasangan dan menunggu sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 minggu.
Tempoh pemulihan 1 perkara yang subjektif ini kerana tempoh rahim sembuh selepas bersalin adalah berbeza bagi setiap individu. Anda mungkin berasa sihat untuk hari ini, namun keesokannya anda boleh berasa lemah badan.
Umumnya, proses pemulihan dan penyembuhan bagi wanita melalui kelahiran C-Sec adalah lebih lama berbanding mereka yang bersalin secara normal.
Berbincanglah dengan pasangan tentang sebarang keraguan atau kebimbangan yang anda rasai. Bersabarlah sehingga anda benar-benar bersedia.
Seks adalah untuk dinikmati dan bukannya untuk menyakiti.
Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer: Cuba 7 tip ini
Sesungguhnya, ia sesuatu yang normal untuk mengalami debaran dan kebimbangan mengadakan hubungan seks buat pertama kalinya selepas melahirkan anak.
Debarnya seperti malam pertama, mungkin.
Berikut langkah yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan rasa gementar dan membolehkan anda menikmati aktiviti seks dengan pasangan:
Menetapkan jangkaan
Untuk seks yang pertama selepas bersalin, sebaiknya elakkan daripada meletakkan harapan yang tinggi.
Mungkin seks yang berlangsung tidak akan melibatkan kejutan, tarikan rambut atau cengkaman cadar katil untuk beberapa minggu atau bulan selepas mendapat anak.
Jangkakan bahawa seks tersebut mungkin tidak akan mengghairahkan untuk beberapa kali selepas bersalin normal atau kelahiran C-Sec. Tetapi percayalah, kepuasan seks akan kembali nanti.
Jangan paksa diri
Keinginan dan semangat anda mungkin tidak seperti dahulu ketika bersama. Ia adalah normal.
Ini kerana badan anda mungkin keletihan akibat kurang tidur serta penurunan kadar hormon dalam badan, sekali gus menjejaskan libido anda.
Usah menyalahkan diri anda dan terangkan kepada pasangan bahawa ia bukan bersifat peribadi.
Bilakah boleh bersama suami selepas bersalin czer? #Lakukan dengan perlahan
Seks selepas pembedahan caesarean atau kelahiran normal pastinya dirasakan berbeza, terutamanya melibatkan bahagian sulit.
Ia memerlukan kesabaran dan pemahaman untuk badan anda kembali melakukan aktiviti seks. Perkara yang anda gemari dahulu mungkin menjadi sesuatu yang tidak menyelesakan kini.
Cuba untuk bereksperimen dengan posisi berbeza dan usah tergesa-gesa melakukan penembusan faraj (penetration) jika masih tidak bersedia.
Baca juga: