Ada wanita yang sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks beberapa minggu selepas bersalin malah ada juga yang menunggu sehingga 6 minggu. Kebanyakan pasangan akan kembali melakukan hubungan seks tiga bulan selepas kelahiran bayi sementara ada juga pasangan yang menunggu sehingga setengah tahun. Semuanya bergantung kepada anda. Namun begitu, berbincanglah dengan pasangan dan pakar perubatan untuk lebih kepastian.
Anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan alat merancang kehamilan seperti kondom sebelum memutuskan untuk melakukan hubungan seks selepas bersalin. Ini bertujuan merancang jumlah dan jarak umur antara anak anda. Berbincanglah dengan doktor anda untuk memutuskan pilihan perancangan kehamilan yang terbaik.
Bagaimanakah jika terjadi perselisihan pendapat?
Jika pasangan anda sudah mahu melakukan hubungan seks kembali namun anda sebaliknya, berbincanglah dengan pasangan anda secara lembut dan berterus-terang. Ini mungkin mengakibatkan pasangan anda berasa tidak selesa dengan penolakan anda. Oleh itu, sentiasa yakinkan bahawa anda memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya terlebih dahulu. Sentiasa berkomunikasi untuk mengekalkan keintiman rumah tangga anda.
Terdapat beberapa alternatif untuk mengekspresikan perasaan kasih sayang sesama anda selain hubungan seks. Kucupan atau pelukan juga sudah memadai untuk menghangatkan rasa cinta anda dan pasangan.
Lanjutan tip hubungan seks selepas bersalin
Kebanyakan masalah seksual dapat diselesaikan dalam masa satu tahun. Sepanjang tempoh itu, gunakan tip-tip berikut untuk memperbaiki masalah yang dialami anda.
- Cuba lakukannya perlahan-lahan. Anda mungkin masih belum bersedia untuk disentuh secara seksual dengan mengejut.
- Berbincang dengan pasangan anda mengenai perkara yang disukai atau tidak ketika melakukan hubungan seksual.
- Jangan terus lakukan penembusan zakar. Sebaliknya lakukan hubungan yang ringan foreplay terlebih dahulu.
- Makan makanan yang sihat dan minum banyak air putih.
- Mendapatkan rehat yang secukupnya.
- Lakukan senaman dan aktiviti fizikal yang lain bagi membantu badan anda untuk kembali pulih.
Menyambung kembali kehidupan seks anda memerlukan masa. Semuanya akan berjalan lancar jika anda mengikut saranan pakar perubatan. Dalam masa yang sama, penjagaan diri sendiri harus dititikberatkan untuk menjamin kehidupan yang lebih sejahtera.