Eh…Keliru Hamil Ke Tidak? Ini 24 Tanda-Tanda Awal Kehamilan Untuk Anda Semak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Lazimnya, para ibu akan mendapat tahu status kehamilan masing-masing seawal minggu ke 4. Pelbagai gejala boleh dialami ketika saat anda didiagnosis dengan kehamilan. Artikel ini akan menerangkan 24 cara nak tahu hamil atau tidak berdasarkan simptom kehamilan yang dialami.

1. Lambat datang haid

Apabila janin telah terbenam pada dinding rahim ibu, hormon human chorionic gonadotropin (hCG) akan dirembeskan. Ia bagi mengelakkan berlakunya proses ovulasi dan haid. 

Kebanyakan wanita akan mula sedar seawal 4 minggu kehamilan jika mereka mengira kitaran haid mereka. 

2. Pendarahan ringan

Ramai wanita seringkali tersalah anggap bahawa tompok-tompok pendarahan yang dialami pada fasa awal kehamilan itu haid. Ia merupakan darah yang keluar seusai janin berjaya membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim.

Pendarahan tersebut mempunyai warna yang lebih cair dan kuantiti yang sedikit. 

3. Sakit dan kekejangan perut

Apabila anda mengalami pendarahan ringan, kebanyakan wanita turut mengalami kekejangan pada bahagian perut. 

4. Suhu badan naik

Kenaikan suhu badan juga merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Namun perlu diingatkan, simptom ini agak tidak spesifik. 

5. Kelesuan

Apabila hormon progesteron anda memuncak, anda akan mudah untuk berasa letih dan mengantuk. Ini berikutan progesteron juga memainkan peranan penting dalam kitaran tidur jaga..

6. Rasa berdebar-debar

Ini merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Jumlah isi padu darah di dalam badan anda akan meningkat menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih pantas daripada kadar normal.

simptom kehamilan

7. Payudara semakin besar

Perubahan pada saiz payudara merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Ia disebabkan oleh perubahan hormon mendadak yang ingin menyediakan diri anda untuk kelahiran bayi.

Puting (areola) anda juga akan menjadi semakin besar dan menghitam.

8. Perubahan mood semasa hamil

Jika anda merasakan pasangan anda mudah melenting atau merajuk daripada biasa, itu juga merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak.

Pujuk mereka. Wanita hamil mudah mendapat masalah kemurungan, keresahan atau kegembiraan yang melampau.

9. Kerap kencing

Apabila jumlah isi padu darah di dalam badan anda meningkat, buah pinggang juga terpaksa bekerja keras bagi memastikan sistem fisiologi badan berada pada paras yang optimum.

Keadaan ini boleh menyebabkan air kencing berkumpul dengan lebih laju di dalam pundi kencing. Minum air secukupnya dan jangan menahan kencing.

10. Perut kembung

Proses penghadaman anda menjadi perlahan berikutan perubahan hormon yang berlaku. 

Jangan risau, apabila badan anda sudah biasa, simptom ini kebiasaannya kurang dialami.

11. Sembelit

Perubahan hormon bukan sahaja akan membuatkan anda rasa kembung perut, ia juga boleh menyebabkan sembelit.  Ambil makanan berserat pada kuantiti yang banyak dan minum air secukupnya. 

12. Mabuk hamil

Mabuk hamil (morning sickness) kebiasaannya berlaku pada minggu ke empat kehamilan. Badan anda masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan peningkatan hormon. 

Ini boleh menyebabkan berlakunya simptom muntah dan loya yang kerap kali menjadi salah satu cara nak tahu hamil atau tidak.

13. Sensitif pada bau

Banyak kajian telah membuktikan bahawa wanita hamil lebih sensitif kepada bau terutamanya pada trimester pertama. 

Tiada bukti spesifik yang dapat menerangkan mekanisme simptom ini namun ia merupakan salah satu cara nak tahu hamil.

14. Loya dan muntah

Berbeza dengan mabuk hamil yang disebabkan oleh hormon, wanita yang sensitif kepada bau berisiko untuk mengalami simptom loya dan muntah.

15. Rasa dunia berpusing

cara-tahu-hamil-atau-tidak

Pening kepala bukanlah simptom spesifik kepada diagnosis kehamilan namun ia merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Perubahan pada isi padu darah wanita boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

Anda mungkin akan mengalami simptom pening namun ia akan hilang.

16. Mengidam 

Wanita hamil memang kebiasaannya mengidam untuk makan sesuatu. Ini merupakan salah satu cara nak tahu hamil atau tidak. Penuhilah hasrat mereka.

Namun pastikan makanan tersebut sihat dan berkhasiat.

17. Berat naik

Ini bukanlah tanda awal kehamilan namun, secara perlahan-lahan, berat anda akan naik. Walaupun kenaikan berat badan ini dianggap normal, anda harus memastikan ia berada dalam lingkungan yang sihat mengikut jisim berat badan (BMI) anda.

18. Pedih ulu hati

Hormon kehamilan boleh menyebabkan spinkter pada bukaan esofagus anda mengendur. Ini membolehkan asid perut untuk memasuki esofagus menyebabkan keradangan pada dinding esofagus.

19. Muka kelihatan berseri

Oleh sebab jumlah isi padu darah dan hormon anda bertambah, lebih banyak darah akan mengalir melalui salur darah menyebabkan kelenjar minyak terpaksa bekerja lebih keras.

Perkara ini boleh menyebabkan kulit anda kelihatan licin dan berseri. 

20. Masalah jerawat

Walaupun peningkatan pada aktiviti kelenjar minyak dianggap positif, buat sesetengah individu, mereka terdedah untuk mendapat masalah jerawat.

Jika ia tumbuh secara mendadak, dapatkan bantuan doktor anda untuk rawatan lanjut.

21. UPT positif

Ini merupakan cara nak tahu hamil atau tidak yang paling mudah. Alat ujian air kencing kehamilan (UPT) boleh mengesan hormon hCG yang meningkat pada awal kehamilan.

Kebanyakan UPT boleh mengesan hormon hCG 8 hari selepas anda terlepas haid.

22. Kurang selera makan

Banyak sebab kenapa isteri  sedang hamil kurang selera makan. Ia boleh disebabkan oleh alahan mengandung, kurang vitamin, deria bau terlalu sensitif atau tidak mempunyai mood untuk makan.

23. Selera makan bertambah

Setiap wanita mengalami simptom kehamilan berbeza. Ada yang kurang makan, ada juga elera makan meningkat secara mendadak. 

Pastikan anda mengawal pengambilan kalori anda. Kenaikan berat badan mendadak atau berlebihan boleh menyebabkan komplikasi kehamilan dan komplikasi kesihatan dalam jangka masa panjang.

24. Selesema

Ibu hamil mudah untuk mendapat jangkitan virus dan bakteria disebabkan perubahan pada status imun badan.

Jika anda sakit, pastikan anda berehat secukupnya dan ambil vaksin influenza jika disarankan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Obesiti dan masalah berat badan berlebihan dalam kalangan wanita hamil menjadi salah satu masalah kesihatan kaum Hawa yang paling penting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

Apa yang anda faham tentang penyakit endometriosis? Ada kata ia masalah ketidaksuburan yang diwarisi, benarkah? Jom fahami tentang keadaan kesihatan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 07/08/2020 . 3 minit bacaan

Perut Berangin Sering Buat Mak Buyung Rasa Tidak Selesa? Ini Ada 5 Cara Mudah Nak Atasinya!

Masalah perut berangin semasa mengandung lazim dialami oleh ibu hamil. Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, 5 langkah ini boleh diambil.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

Dadah seperti ganja sering diambil oleh orang ramai untuk relaks terutamanya jika mereka sedang stress dan ingin melarikan diri daripada realiti.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit kepala ketika hamil

Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit punggung ketika hamil

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
ujian kehamilan

Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan