Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Eh... Hamil Ke Tidak Sebenarnya Ni? Usah Keliru! Jom Semak 24 Tanda Awal Kehamilan
Lazimnya, para ibu akan mendapat tahu status kehamilan masing-masing seawal minggu ke-4. Pelbagai gejala boleh dialami saat anda didiagnosis dengan kehamilan. Artikel ini akan menerangkan 24 cara mengetahui hamil atau tidak berdasarkan simptom kehamilan yang anda alami.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Bilakah tanda awal kehamilan muncul? Ini tandanya…
Cara mengetahui hamil atau tidak paling popular #1. Lambat datang haid
Apabila janin telah terbenam pada dinding rahim ibu, hormonhuman chorionic gonadotropin (hCG) akan dirembeskan. Ia bagi mengelakkan berlakunya proses ovulasi dan haid.
Kebanyakan wanita akan mula sedar seawal 4 minggu kehamilan jika mereka mengira kitaran haid mereka.
2. Pendarahan ringan
Ramai wanita seringkali tersalah anggap bahawa tompok-tompok pendarahan yang dialami pada fasa awal kehamilan itu haid. Walhal ia sebenarnya ciri-ciri hamil 4 minggu.
Ia merupakan darah yang keluar seusai janin berjaya membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Pendarahan tersebut mempunyai warna yang lebih cair dan kuantiti yang sedikit.
3. Sakit dan kekejangan perut
Apabila anda mengalami pendarahan ringan, kebanyakan wanita turut mengalami kekejangan pada bahagian perut.
4. Suhu badan naik
Kenaikan suhu badan juga merupakan salah satu cara tahu hamil atau tidak. Namun perlu diingatkan, simptom ini agak tidak spesifik.
5. Kelesuan
Apabila hormon progesteron anda memuncak, anda akan mudah untuk berasa letih dan mengantuk. Ini berikutan progesteron juga memainkan peranan penting dalam kitaran tidur jaga.
6. Rasa berdebar-debar
Ini merupakan salah satu cara untuk tahu mengandung. Jumlah isi padu darah di dalam badan anda akan meningkat menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih pantas daripada kadar normal.
7. Payudara semakin besar
Perubahan pada saiz payudara merupakan salah satu cara mengetahui hamil atau tidak. Ia disebabkan oleh perubahan hormon mendadak yang ingin menyediakan diri anda untuk kelahiran bayi.
Puting (areola) anda juga akan menjadi semakin besar dan menghitam.
8. Perubahan mood semasa hamil
Jika anda merasakan pasangan anda mudah melenting atau merajuk daripada biasa, itu juga merupakan salah satu cara mengetahui hamil atau tidak.
Pujuk mereka. Wanita hamil mudah mendapat masalah kemurungan, keresahan atau kegembiraan yang melampau.
9. Kerap kencing
Adakah kerap kencing tanda kehamilan? Jawapannya adalah ya!
Apabila jumlah isi padu darah di dalam badan anda meningkat, buah pinggang juga terpaksa bekerja keras bagi memastikan sistem fisiologi badan berada pada paras yang optimum.
Keadaan ini boleh menyebabkan air kencing berkumpul dengan lebih laju di dalam pundi kencing. Minum air secukupnya dan jangan menahan kencing.
10. Perut kembung, ciri-ciri hamil 4 minggu
Proses penghadaman anda menjadi perlahan berikutan perubahan hormon yang berlaku.
Jangan risau, apabila badan anda sudah biasa, simptom ini kebiasaannya kurang dialami.
11. Sembelit
Perubahan hormon bukan sahaja akan membuatkan anda rasa kembung perut, ia juga boleh menyebabkan sembelit. Ambil makanan berserat pada kuantiti yang banyak dan minum air secukupnya.
12. Mabuk hamil, cara mengetahui hamil atau tidak paling lazim
Mabuk hamil (morning sickness) kebiasaannya berlaku pada minggu ke-4 kehamilan. Badan anda masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan peningkatan hormon.
Ini boleh menyebabkan berlakunya simptom muntah dan loya.
13. Sensitif pada bau, ciri-ciri hamil 2 minggu
Banyak kajian telah membuktikan bahawa wanita hamil lebih sensitif kepada bau terutamanya pada trimester pertama.
Tiada bukti spesifik yang dapat menerangkan mekanisme simptom ini namun ia merupakan salah satu cara nak tahu hamil.
Cara mengetahui hamil atau tidak #14. Loya dan muntah
Pening kepala bukanlah simptom spesifik kepada diagnosis kehamilan namun ia merupakan salah satu cara mengetahui hamil atau tidak. Perubahan pada isi padu darah wanita boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
Anda mungkin akan mengalami simptom pening namun ia akan hilang.
16. Mengidam, ciri-ciri hamil 4 minggu
Wanita hamil memang kebiasaannya mengidam untuk makan sesuatu. Ini merupakan salah satu cara mengetahui hamil yang lazim dialami wanita. Penuhilah hasrat mereka.
Ciri-ciri hamil 4 minggu atau lebih ialah secara perlahan-lahan berat anda akan naik! Selalunya, perkara ini disedari oleh orang terdekat.
Walaupun kenaikan berat badan ini dianggap normal, anda harus memastikan ia berada dalam lingkungan yang sihat mengikut jisim berat badan (BMI) anda.
18. Muka kelihatan berseri
Kadang-kala, ciri-ciri orang hamil dari raut wajah. Ada yang mukanya berseri-seri! Oleh sebab jumlah isi padu darah dan hormon anda bertambah, lebih banyak darah akan mengalir melalui salur darah menyebabkan kelenjar minyak terpaksa bekerja lebih keras.
Perkara ini boleh menyebabkan kulit anda kelihatan licin dan berseri.
19. Masalah jerawat
Seperti di atas, ciri-ciri orang hamil dari raut wajah terlihat pada individu sehingga menyebabkan bakal ibu mempunyai jerawat di muka!
Jika ia tumbuh secara mendadak, dapatkan bantuan doktor anda untuk rawatan lanjut.
20. UPT positif
Mengetahui UPT positif adalah sesuatu yang mengujakan.
Kebanyakan UPT boleh mengesan hormon hCG 8 hari selepas anda terlepas haid.
21. Pedih ulu hati
Hormon kehamilan boleh menyebabkan spinkter pada bukaan esofagus anda mengendur. Ini membolehkan asid perut untuk memasuki esofagus menyebabkan keradangan pada dinding esofagus.
22. Kurang selera makan
Banyak sebab kenapa isteri sedang hamil kurang selera makan. Ia boleh disebabkan oleh alahan mengandung, kurang vitamin, deria bau terlalu sensitif atau tidak mempunyai mood untuk makan.
23. Selera makan bertambah
Setiap wanita mengalami simptom kehamilan berbeza. Ada yang kurang makan, ada juga selera makan meningkat secara mendadak.
Pastikan anda mengawal pengambilan kalori anda. Kenaikan berat badan mendadak atau berlebihan boleh menyebabkan komplikasi kehamilan dan komplikasi kesihatan dalam jangka masa panjang.
24. Selesema
Ibu hamil mudah untuk mendapat jangkitan virus dan bakteria disebabkan perubahan pada status imun badan.
Jika anda sakit, pastikan anda berehat secukupnya dan ambil vaksin influenza jika disarankan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Patterns and predictors of vaginal bleeding in the first trimester of pregnancy. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2884141/#__ffn_sectitle). Diakses pada 20 Januari 2020.
Pregnancy and olfaction: a review. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fpsyg.2014.00067/full#:~:text=. Diakses pada 20 Januari 2020.
Palpitations during my pregnancy. https://www.texasheart.org/heart-health/heart-information-center/frequently-asked-patient-questions/what-should-i-do-about-palpitations-during-my-pregnancy/Diakses pada 20 Januari 2020.
Women abnormal hearts beats. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17644-women–abnormal-heart-beats. Diakses pada 20 Januari 2020.
Pregnancy. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20045977?pg=2. Diakses pada 20 Januari 2020.