Tangani simptom kehamilan untuk ibu bekerjaya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kehamilan pastinya menjadi perkara yang menggembirakan buat mereka yang selama ini tertunggu-tunggu akan kehadiran cahaya mata. Akan tetapi, beberapa simptom kehamilan yang kurang menyeronokkan sedikit-sebanyak memberi kesan kepada emosi bakal ibu. Apatah lagi jika anda merupakan ibu yang bekerja. Dikhuatiri gejala-gejala kehamilan memberi kesan kepada prestasi anda di tempat kerja. Bagi membantu ibu bekerjaya menjalani alam kehamilan yang lancar, kami sediakan tips untuk anda menangani ketidakselesaan semasa hamil yang mungkin melanda anda di tempat kerja.

Atasi mabuk kehamilan

Mabuk kehamilan atau morning sickness bukan hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Anda mungkin akan mengalaminya di tempat kerja, pada bila-bila masa. Bagi mengelakkan rasa loya di tempat kerja, anda perlu mengenal pasti bauan yang boleh mendatangkan rasa mual pada anda, supaya anda boleh mengelakkan bauan tersebut. Anda juga perlu kerap mengunyah snek bagi mengelakkan rasa mual. Jadi, sediakanlah banyak biskut dan makanan ringan lain di meja kerja anda.

Tangani tubuh lesu

Hormon kehamilan akan membuatkan anda mudah berasa lesu. Bagi mengelakkan anda cepat letih di tempat kerja, cuba cara-cara di bawah:

  • Tukar diet. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi dan protein, seperti daging merah, ayam, sayuran hijau, bijirin penuh dan kekacang
  • Jangan terlampau fokus bekerja. Ambil masa untuk berehat dengan berjalan seketika ataupun membuat regangan ringan. Jika terlampau letih, ambil masa untuk berbaring seketika bagi melepaskan lelah
  • Minum air yang mencukupi setiap hari
  • Elak melakukan aktiviti berat
  • Jangan lakukan kerja pada satu-satu posisi dalam tempoh yang lama bagi menghalang pengumpulan cecair pada bahagian tubuh
  • Guna kerusi boleh laras untuk menyokong bahagian bawah anda semasa duduk
  • Letakkan bantal kecil pada kerusi bagi menyokong bahagian belakang badan
  • Elakkan bersilang kaki terlalu lama
  • Jika kerja anda memerlukan anda berdiri, pakai kasut yang selesa dan dapat menyokong tubuh anda berdiri

Tekanan di tempat kerja

Tekanan di tempat kerja pasti ada. Bagi mengurangkan masalah ini, anda boleh mengehadkan kerja yang anda lakukan setiap hari. Senaraikan kerja-kerja harian yang perlu anda lakukan dan utamakan kerja yang paling penting dahulu. Jika tidak mampu untuk menyiapkan kerja, jangan segan untuk meminta bantuan daripada rakan sekerja. Sekiranya anda rasa terbeban dengan kerja yang anda, kongsi perasaan anda kepada pasangan ataupun rakan baik anda di tempat kerja. Tarik nafas dalam-dalam jika anda rasa tertekan dan berehatlah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Minum Air Secukupnya & Jaga Kebersihan, Antara Langkah Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor

    Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi dan hilangkan simptom kencing kotor. Antaranya adalah minum air dan jaga kebersihan diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diganggu Rasa Tak Selesa Disebabkan Kencing Kotor, Ini Langkah Yang Boleh Tanganinya!

    Jika anda kerap mengalami sakit atau masalah kencing kotor secara berulang-ulang, anda perlu tahu beberapa langkah untuk mengurangkan ketidakselesaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Diagnosis Dan Rawatan Kencing Kotor, Pastikan Anda Bersedia Sebelum Berjumpa Doktor!

    Ada beberapa langkah yang doktor akan lakukan sebagai cara merawat kencing kotor. Rawatan selalunya akan diberikan di dalam bentuk antibiotik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Mengapa Saya Sering Dijangkiti UTI? Ketahui Punca Dan Faktor Risiko Penyakit Saluran Kencing

    Tahukah anda, kencing kotor mempunyai punca dan penyebab yang berbeza? Selalunya, punca kencing kotor ialah jangkitan bakteria E. coli.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Jangkitan Saluran Kencing, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan buah pinggang

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    Penyakit ureter  

    Apa Itu Penyakit Saluran Kencing “Ureter”? Ini Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Boleh Membantu Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan
    masalah kencing berdarah

    Terkejut Bila Keluar Darah Semasa Kencing? Ini Simptom, Punca Dan Rawatan Awal Yang Boleh Dilakukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 5 minit bacaan
    jenis penyakit

    Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/01/2021 . 6 minit bacaan