home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bakal Ibu, Ketahui 9 Tanda-tanda Hampir Tiba Waktu Bersalin, Sila Beri Perhatian, Ya!

Bakal Ibu, Ketahui 9 Tanda-tanda Hampir Tiba Waktu Bersalin, Sila Beri Perhatian, Ya!

Tanda tanda bersalin akan mula mengambil tempat sekitar bermulanya minggu ke-37 perkembangan janin.

Pada minggu tersebut, tanda-tanda bersalin akan mula berlaku sedikit demi sedikit kepada wanita hamil yang mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan sehinggalah tarikh kelahiran bayi.

Ikuti maklumat di bawah berkenaan tanda bersalin yang perlu anda ketahui.

Apakah tanda tanda bersalin yang perlu diberi perhatian?

tanda tanda bersalin

Sewaktu bulan terakhir kehamilan, anda patut memberikan perhatian lebih kepada sebarang tanda amaran dan mengetahui tanda-tanda bersalin. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami simptom berikut:

  • Jika anda mengalami titisan pendarahan pada bila-bila masa sewaktu bulan ini, maklumkan doktor anda dengan segera. Ini mungkin disebabkan pengeluaran plug mukus, mukus tebal yang menutup laluan serviks menuju ke uterus. Ini juga turut dikenali sebagai bloody show. Ini merupakan petanda bahawa proses kelahiran akan bermula dalam masa beberapa hari atau minggu
  • Jika anda mengalami rasa sakit yang teruk dan berulang, hubungi doktor anda dengan segera. Walaupun jarang berlaku, ini mungkin merupakan tanda plasenta lekang (placental abruption). Tanda lain ialah demam, lendiran dari faraj dan jangkitan
  • Kontraksi menjadi lebih seragam dan kuat. Ia juga mungkin akan berlaku pada jarak yang lebih pendek. Jika anda mendapati kontraksi masih berterusan sewaktu anda berhenti atau melakukan sebarang aktiviti atau mengubah posisi, ini mungkin kontraksi sebenar
  • Air ketuban pecah. Ini berlaku apabila kantung amnion yang melindungi bayi anda mula pecah. Air mungkin keluar dengan cepat atau menitis sedikit demi sedikit pada kaki anda. Kontraksi mungkin berlaku sebelum atau selepas air ketuban pecah. Apabila ini berlaku, hubungi doktor anda secepat mungkin. Anda bakal melahirkan tidak lama lagi

Apakah tanda-tanda bersalin yang harus saya maklumkan pada doktor?

tanda tanda bersalin

Anda patut memaklumkan doktor akan sebarang tanda prakelahiran atau kebimbangan anda tentang proses kelahiran. Tekanan perasaan boleh menyukarkan proses kelahiran.

Bincangkan dengan doktor tentang kebimbangan anda. Doktor mungkin mencadangkan senaman untuk menangani stres yang dapat anda lakukan bersama pasangan.

Pada minggu ke-38, penjagaan pranatal akan diteruskan selepas anda melepasi tarikh jangkaan kelahiran.

Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.

Doktor akan memeriksa keadaan kesihatan anda dan keadaan serviks jika sudah mula menipis dan jika terdapat pembukaan untuk kelahiran.

Jika anda telah melepasi jangkaan waktu bersalin lebih daripada seminggu, doktor mungkin meneliti degupan jantung bayi dengan monitor fetal eletronik atau menggunakan ultrabunyi untuk melihat pergerakan janin dan mengukur jumlah cecair amniotik.

Ramai yang mengatakan herba dapat membantu wanita hamil mempercepatkan proses kelahiran.

Namun, tidak ada kajian tentang keselamatan penggunaan ubat herba yang digunakan untuk mempercepatkan kelahiran, jadi jangan mengambil herba tanpa merujuk doktor anda.

Anda boleh meminta ubat yang menghasilkan kontraksi daripada doktor anda. Dosnya boleh diubah untuk menentukan kekerapan kontraksi.

Doktor akan berbincang dengan anda tentang suntikan induksi bersalin jika bayi masih belum mahu keluar pada tarikh bersalin ataupun lebih awal, atau jika ada masalah.

Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor tidak akan membiarkan anda menunggu bersalin sehingga dua minggu melepasi tarikh jangkaan bersalin anda, kerana akan meletakkan anda dan bayi pada risiko komplikasi.

Dalam pertemuan dengan doktor, anda perlu berbincang tentang pelbagai kemungkinan komplikasi yang boleh menjejaskan kehamilan anda semasa peringkat tersebut, seperti yang dinyatakan di atas.

Tanda lain yang perlu anda pantau termasuklah sebarang lelehan tidak normal, pendarahan ataupun sakit abdomen. Jika anda mengalami sebarang simptom-simptom ini, segera beritahu doktor anda.

5 tanda bersalin lazim dialami bakal ibu

tanda tanda bersalin

Tanda tanda bersalin setiap wanita tidak sama, bahkan tanda bersalin bagi setiap kelahiran untuk seseorang wanita itu juga berbeza!

Sungguhpun anda tahu tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang diberikan oleh doktor, tetapi tidak mustahil jika anda bersalin lebih awal ataupun lewat daripada tarikh yang diberikan.

Jadi, apa petanda waktu bersalin anda sudah hampir? Awas! Usah terpedaya dengan tanda bersalin palsu.

  1. Rasa ringan

Ini bukan bermakna anda rasa berat badan anda semakin ringan! Sebaliknya, proses di mana kepala bayi turun ke bawah dan berada tetap pada posisi pelvis anda dinamakan ringan.

Anda mungkin akan mengalami tanda ini beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin. Juga, anda akan rasa lebih kerap kencing ketika ini kerana uterus berada atas pundi kencing.

  1. Rembesan mukus

Rembesan mukus berkumpul di serviks semasa anda hamil. Namun, apabila serviks mula terbuka dengan lebih luas, rembesan mukus yang jernih, berlendir dan sedikit berdarah akan keluar pada faraj anda.

Anda mungkin akan bersalin selepas seminggu atau dua minggu rembesan mukus keluar.

  1. Kontraksi

Semasa kontraksi berlaku, abdomen anda akan rasa keras. Semasa antara kontraksi pula, uterus akan rasa relaks dan abdomen jadi lembut.

Walau bagaimanapun, rasa kontraksi bagi setiap wanita tidak sama. Lazimnya, anda akan mula rasa kejang perut dan tidak selesa serta sakit belakang sewaktu hampir bersalin.

Kontraksi sebenar berbeza dengan yang palsu, di mana semasa kontraksi sebenar, anda akan rasa kontraksi tanpa henti walaupun semasa anda berubah posisi atau cuba untuk bertenang.

Anda juga akan rasa kontraksi lebih kerap dan lebih sakit.

  1. Air ketuban pecah

Ini tanda bersalin yang paling kerap diperkatakan.

Untuk mengenali air ketuban, selalunya ia tidak berbau dan jernih. Proses kelahiran hanya terjadi jika air ketuban anda pecah disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

  1. Mudah membuang air besar

Bukan sahaja otot pada uterus yang sedang bersedia untuk bersalin, otot-otot pada badan lain pun sama.

Pergerakan usus anda juga longgar, jadi mudah untuk anda membuang air besar. Ini petanda baik kerana waktu bersalin anda makin hampir!

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.marchofdimes.org/pregnancy/contractions-and-signs-of-labor.aspx#:~:text=Signs%20of%20labor%20include%20strong,you’re%20in%20true%20labor.

https://www.nhs.uk/pregnancy/labour-and-birth/signs-of-labour/signs-that-labour-has-begun/

Signs That Labor Is 24 to 48 Hours Away

https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/back-pain/

https://www.acog.org/womens-health/faqs/how-to-tell-when-labor-begins?utm_source=redirect&utm_medium=web&utm_campaign=int

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/water-breaking/art-20044142

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 21/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan