Pendarahan Semasa Hamil

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dengan 20 peratus wanita mengalami tompokan pendarahan pada beberapa ketika semasa hamil, pendarahan adalah dianggap perkara biasa yang berlaku dalam kalangan wanita mengandung. Anda akan mudah berasa takut jika melihat beberapa tompokan darah semasa kehamilan, tetapi mungkin anda akan rasa sedikit lega selepas mengetahui bahawa ramai wanita mengalami simptom seperti ini, yang juga adalah kehamilan yang sihat dan normal. Dengan mengetahui kemungkinan punca yang menyebabkan pendarahan semasa hamil, terutamanya pada penghujung kehamilan, boleh memastikan kehamilan anda selamat.

Apakah pendarahan atau tompokan darah semasa hamil? 

Tompokan darah ialah pendarahan ringan yang keluar dari faraj, dengan darah berwarna coklat atau merah jambu, lebih kurang seperti darah yang keluar semasa awal atau akhir haid normal anda. Tompokan darah lazimnya akan menjadi beberapa titisan darah.

Apakah punca pendarahan atau tompokan darah? 

Ia tidak semestinya mungkin untuk mengenal pasti penyebab mengapa tompokan pendarahan semasa hamil berlaku. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa penyebab lazim bagi pendarahan semasa hamil:

  • Hubungan kelamin semasa kehamilan 
    Wanita hamil boleh mengalami tompokan darah selepas melakukan hubungan seks, terutama jika serviks wanita menjadi terganggu. Semasa hamil, bekalan darah ke bahagian pelvik meningkat, dan hubungan intim kadangkala boleh memecahkan sedikit saluran darah kecil dan mengakibatkan pendarahan ringan.
  • Jangkitan serviks 
    Keadaan yang tidak berkaitan dengan kehamilan anda seperti jangkitan faraj atau jangkitan penyakit kelamin (STI) juga boleh menjadi punca kepada berlakunya pendarahan. Keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan serviks terganggu dan seterusnya menyebabkan tompokan pendarahan.
  • Keguguran atau kehamilan ektopik
    Kehamilan ektopik adalah apabila bayi mula untuk berkembang di luar daripada rahim ibu. Tompokan atau pendarahan, terutamanya jika diikuti dengan sakit atau kejang pada abdomen, boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berhubung dengan doktor anda atau ahli terapi jika anda ada mengalami gabungan pendarahan dan sakit atau kejang pada bahagian abdomen.

Bila saya perlu berasa risau? 

Pendarahan semasa hamil adalah biasa berlaku, tetapi ia akan menjadi luar biasa jika anda mengalami pendarahan yang banyak. Anda perlu berwaspada, jika:

  • Darah anda berwarna merah terang.
  • Pendarahan yang berlaku datang bersama sakit. Selain merupakan petanda untuk keguguran atau risiko kehamilan ektopik, ia juga boleh menjadi tanda-tanda gangguan plasenta, di mana plasenta berasingan daripada uterus.  

Apa yang perlu saya lakukan? 

Disebabkan pendarahan semasa hamil boleh menjadi tanda kepada masalah serius, jadi anda perlu sentiasa memantau berapa banyak pendarahan yang berlaku dan warna darah, kemudian boleh mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli terapi dengan segera. Anda juga boleh melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengenal pasti punca pendarahan anda.

Anda boleh menghubungi perkhidmatan perubatan kecemasan jika mengalami sebarang simptom berikut:

  • Sakit teruk atau kejang pada bahagian bawah abdomen
  • Pening atau pengsan
  • Keluar tisu dari faraj anda
  • Menggigil

Jika anda mengalami sebarang kehilangan darah, adalah lebih baik jika anda memberitahu doktor anda, walaupun jika pendarahan yang berlaku sudah atau hampir berhenti. Ia mungkin adalah sesuatu yang sedikit, tetapi mungkin juga menjadi petanda kepada masalah yang lebih serius. Walaupun anda dan bayi anda kelihatan selamat, namun lebih baik jika langkah keselamatan awal dilakukan serta bersedia dengan sebarang komplikasi yang berkemungkinan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    5 Rahsia Kecil Yang Akan Berlaku Jika Ibu Bersalin Secara Normal, Sakit Itu Cukup Membahagiakan

    Nak proses bersalin secara normal jadi lancar? Ibu hamil kena buat 5 perkara penting ini dahulu. Mulakan ia seawal minggu yang ke 38.

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    bersalin secara normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

    Ketahuilah bahawa bersifat positif toksik hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada anda sendiri atau orang lain. Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

    Pernahkah anda terfikir, apakah makanan berkafein lain selain kopi? Atau anda sendiri tidak tahu rupanya ada juga sumber kafein lain selain kopi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Muka Putih Tapi Siku & Lutut Hitam? Petua Semula Jadi Ini Bantu Cerahkannya Kembali

    Memiliki kulit siku dan lutut hitam boleh menjejaskan penampilan seseorang, lagi-lagi bagi golongan wanita yang gemar memakai seluar atau dress pendek.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Haid bagi setiap wanita adalah berbeza-beza! Pun begitu, kenal pasti masalah menstruasi yang tidak harus diabaikan sekiranya anda mengalaminya. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    manfaat hubungan sihat

    Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit tekak

    Kesan Pada Tekak Jika Alami Difteria, Ini 8 Simptom Yang Boleh Bawa Maut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    alat pencegah kehamilan

    Kurang Popular, Tapi Alat Cegah Hamil Ini Mudah Dipakai & Efektif! Kenali CINCIN VAGINA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 4 minit bacaan