backup og meta

Kesan Jangka Pendek Guna Pita Kinesio pada Wanita Hamil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

    Kesan Jangka Pendek Guna Pita Kinesio pada Wanita Hamil

    Wanita mengandung mungkin berpengalaman merasai sakit belakang pada waktu tertentu semasa mereka hamil. Sementara anda mahu mengelakkan ubat-ubatan, anda mungkin mendapati pita kinesio adalah alternatif yang dapat membantu. Mari kita lihat kesan jangka pendek penggunaan pita kinesio pada wanita hamil.

    Menyokong struktur lumbosakral

    Apabila anda mengandung, bayi anda dan tisu lain membesar di dalam perut; oleh itu, badan anda memerlukan sokongan untuk membawa berat yang berlebihan. Penggunaan pita kinesio boleh menyediakan sokongan kepada struktur yang dinamik seperti otot. Otot yang kuat boleh membantu anda memelihara bayi anda sementara anda menjalani aktiviti seharian seperti biasa.

    Meningkatkan kestabilan

    Penggunaan pita kinesio boleh membantu dalam meningkatkan kestabilan anda dan memelihara tulang belakang anda. Apabila anda hamil, badan anda mungkin cenderung untuk melepaskan hormon relaxin yang menyebabkan ligamen di kawasan pelvis merehatkan dan melonggarkan sendi. Apabila ligamen yang menyokong tulang belakang anda lebih longgar, kestabilan akan berkurangan. Kekurangan kestabilan akan membawa kepada sakit belakang semasa hamil.

    Mengurangkan tekanan paraspinal

    Penggunaan pita kinesio dikatakan berkesan untuk mengurangkan tekanan pada otot paraspinal. Otot paraspinal ialah otot yang terletak di bahagian belakang badan menyokong tulang belakang anda. Berat badan yang anda bertambah semasa anda hamil boleh menambah tekanan pada tulang belakang dan tisu di sekelilingnya.

    Merangsang tisu konektif

    Tisu konektif menghubungkan struktur di dalam badan anda bersama, membentuk rangka yang menyokong organ-organ dan melindungi tubuh badan anda. Tisu konektif adalah di seluruh badan. Ia diperbuat daripada fiber, bahan asas dan sel-sel.  Semasa anda hamil, tisu konektif boleh menjadi dehidrasi dan kekurangan bekalan darah, yang mana boleh menyebabkan sakit belakang.

    Penggunaan pita kinesio boleh merangsang tisu-tisu dengan berkesan bergantung kepada tempat pita ditampal. Kemudian air dan darah akan mengalir lebih mudah ke kawasan tersebut.

    Ia juga dikatakan mampu mengurangkan sakit di bahagian bawah belakang badan untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan pegawai kesihatan tentang pilihan rawatan yang ada untuk menentukan penggunaan pita kinesio sesuai dengan keadaan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan