backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Teringin Nak Makan Kacang Ketika Hamil, TAPI Boleh Ke? Ini Jawapan Untuk Bakal Ibu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/08/2022

    Teringin Nak Makan Kacang Ketika Hamil, TAPI Boleh Ke? Ini Jawapan Untuk Bakal Ibu

    Boleh ke makan kacang ketika hamil atau ada kesannya kepada kandungan? Haish, risau pulak..

    Bertenang ya wahai bakal ibu, dalam topik ini, anda akan mengetahui sama ada selamat ataupun tidak jika makan kacang semasa mengandung.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Makan kacang ketika hamil

    Menurut kajian daripada American Academy of Pediatrics pada tahun 2000, wanita mengandung perlu mengelak daripada makan kacang bagi mencegah daripada mendapat alergi pada bayi mereka.

    Kehamilan adalah tempoh di mana anda perlu berhati-hati dalam memilih makanan, minuman, tabiat dan juga senaman harian.

    makan kacang ketika hamil

    Sesetengah wanita mengandung bimbang jika makanan yang mereka ambil boleh memberikan kesan buruk kepada bayi dalam kandungan. 

    Walau bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan manfaat pada kacang tanah

    Jangan pandang ringan pada masalah alahan kacang

    Alahan kepada kacang adalah salah satu jenis alahan makanan yang biasa dialami.

    Simptom-simptomnya termasuklah kejang perut, loya, rasa sukar bernafas, bengkak pada lidah, gatal, rasa menyengat dalam mulut, atau anaphylaxis.

    Anafilaksis ialah reaksi yang paling teruk kerana ia boleh membawa kepada penurunan dalam tekanan darah manusia.

    makan kacang ketika hamil

    Kemudian, laluan udara anda akan rasa terjerut, kadar jantung meningkat dan nadi akan menjadi semakin lemah.

    Jika anda ada alahan terhadap kacang, anda perlu berhati-hati sebelum makan sebarang jenis makanan yang mengandungi kacang kerana ia boleh membahayakan kandungan anda.

    Pelbagai jenis makanan yang mengandungi kacang seperti produk coklat, makanan Asia, bijirin, bar granola, dan makanan lain yang dihasilkan di tempat yang sama dengan produk kacang.

    Bolehkah ibu hamil makan kacang ketika hamil?

    Meskipun begitu, jika anda tidak ada alahan pada kacang, ini adalah berita baik untuk anda.

    Kacang mengandungi banyak khasiat, lebih daripada yang anda fikirkan. Kacang mengandungi folat dan protein.

    Menurut beberapa kajian, folat dan asid folik diketahui dapat mencegah kecacatan kelahiran, terutama dalam otak dan tulang belakang (spina).

    Selain itu, protein memainkan peranan penting dalam tumbesaran bayi semasa trimester kedua dan ketiga.

    Walau bagaimanapun, semasa kehamilan, deria bau dan rasa anda akan berubah.

    makan kacang ketika hamil

    Jika anda tidak boleh bau kacang semasa hamil, anda masih boleh mencari makanan lain yang turut mengandungi protein dan folat.

    Sementara itu, wanita mengandung yang tidak mempunyai alahan untuk makan kacang 5 kali seminggu atau lebih adalah kurang cenderung mendapat bayi yang mengalami alahan kacang.

    Kajian ini menunjukkan jika ibu memperkenalkan makanan pejal lebih awal boleh membantu membina toleransi makanan kepada bayi, sekali gus merendahkan risiko mendapat alahan.

    Selain itu, jika anda mempunyai sejarah keluarga alergi, bayi anda mungkin berisiko tinggi mendapat alahan.

    Oleh itu, sebelum mengambil sebarang produk atau makan kacang ketika hamil, dapatkan konsultasi daripada doktor anda dahulu untuk memastikan anda dan bayi selamat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan