backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Mengidam Nak Makan Lemon Masam Masa Mengandung? - Ini Pro & Kontra Bakal Ibu Kena Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan Ā· Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 10/09/2021

    Mengidam Nak Makan Lemon Masam Masa Mengandung? - Ini Pro & Kontra Bakal Ibu Kena Tahu!

    Lebih mengejutkan, ada yang sampai teringin makan sabun, kapur dan pelbagai benda aneh.

    Antara yang biasa kita dengar, ada ibu hamil yang mengidam lemon.

    Persoalannya, apakah kesan makan dan minum lemon semasa mengandung?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

    Pengambilan lemon semasa mengandung

    minum air suam

    Secara umumnya, rata-rata bakal ibu akan mengalami mual-mual dan muntah semasa sedang hamil.

    Ini akan berlaku terutamanya pada waktu pagi ā€“ kondisi yang dikenali sebagaiĀ morning sickness.

    Mungkin disebabkan itu, ramai ibu hamil percaya bahawa pengambilan lemon boleh meredakan kondisi ini.

    Ya, mungkin idea ini adalah logik jika difikirkan. Ini kerana buah yang tergolong dalam kategori sitrus ini memang bagus untuk melegakan mual dan muntah.

    Pun begitu, ia adalah agak berbeza bagi ibu hamil.

    Kalian perlu tahu bahawa makan dan minum lemon semasa mengandung mempunyai beberapa pro dan kontra masing-masing.

    Jom kita ketahuinya bersama-sama!

    Manfaat pengambilan lemon semasa hamil

    Bibir dan Penjagaannya - lemon madu

    Selain meredakanĀ morning sickness, berikut adalah manfaat pengambilan lemon semasa hamil:

    #1. Ia membantu anda kekal berhidrasi

    Pakar percaya, wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak perlu mengambil kira-kira 300 kalori dan 300 ml air sehari terutamanya pada trimester kedua kehamilan.

    Oleh itu, pengambilan lemon yang hampir memenuhi kriteria ini sangat penting ketika perut anda sedang memboyot!

    #2. Buah yang kaya dengan folat

    Lemon sangat kaya dengan folat.

    Sebiji buah sitrus ini yang bersaiz normal sangat rendah dengan kalori dan mengandungi kira-kira 6.38 mikrogram (mcg) folat.

    Semasa kehamilan, wanita sangat memerlukannya untuk perkembangan janin yang kuat, sihat dan sempurna.

    #3. Lemon membantu merangsang imunisasi tubuh badan

    Buah lemon juga adalah sumber vitamin C yang sangat baik. Ini sangat membantu merangsang sistem imun tubuh badan dalam melawan jangkitan biasa seperti demam atau selesema.

    Dalam pada itu, buah sitrus ini juga mengandungi komponen anti-bakteria dan anti-kanser yang sangat kuat.

    Ini kerana kandungan flavanones, eriocitrin dan hesperetin di dalamnya menjadikan lemon sebagai buah yang mampu melawan kuman, bakteria dan virus.

    Mudarat pengambilan lemon semasa hamil

    true-lemon-can-help-us-lose-weight

    Pun begitu, ketahuilah bahawa di sebalik manfaatnya tersembunyi juga mudarat iaitu:

    #1. Buah lemon boleh jadi punca pedih ulu hati

    Seakan sudah menjadi lumrah wanita mengandung, kebanyakan mereka akan mengalami pedih ulu hati.

    Ia berpunca dari pengambilan makanan atau minuman berasid tinggi termasuklah lemon.

    Oleh itu, sila kurangkan pengambilannya dan ikuti langkah berikut:

    • makan sedikit tetapi lebih kerap
    • jangan berbaring selepas makan
    • elak makanan yang boleh mencetuskan simptom

    #2. Buah kuning ini sangat tinggi kandungan gula

    Mungkin ramai yang sedar perkara ini namun masih mengabaikannya.

    Sekali lagi, ibu hamil sangat disarankan untuk mengelak dari mengambil makanan atau minuman bergula tinggi.

    Lemon juga tidak terkecuali dari ini tidak kira jika ia dijadikan sebagai makanan atau minuman.

    Oleh itu, sila kurangkan pengambilannya dan carilah makanan atau minuman yang lebih berkhasiat,

    #3. Ia mungkin menyebabkan gigi rosak

    Dalam pada itu, bakal ibu perlu tahu bahawa buah sitrus ini boleh membawa kepada kerosakan gigi.

    Ini kerana pengambilannya secara berlebihan boleh merosakkan enamel pada gigi anda terutamanya kondisi gigi yang rapuh ekoran kehamilan.

    Walaupun ada yang mengatakan lemon boleh menyeimbangkan kandungan pH dalam tubuh badan, ketahuilah bahawa ia juga mungkin boleh merosakkan gigi dan senyuman anda.

    Konklusinya, pengambilan lemon semasa mengandung mempunyai pro dan kontra masing-masing.

    Walau bagaimanapun, tidak salah untuk makan atau minum buah sitrus ini. Cuma, jangan berlebihan.

    Ibu mengandung disarankan untuk mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 10/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan