Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada masanya, ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan perlu menggugurkan kandungan. Pun begitu, wujud kesan pengguguran bayi jika dilakukan secara sendiri. Bahkan boleh menyebabkan kematian!

Menggugurkan kandungan adalah selamat, jika…

Pengguguran bayi adalah selamat jika ia dilakukan dengan kaedah dan panduan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut tempoh kehamilan serta perlu dibuat oleh individu yang terlatih. 

Ada pengguguran yang boleh dilakukan menggunakan ubat atau prosedur pesakit luar yang mudah. 

Walau bagaimanapun, prosedur menggugurkan kandungan boleh menyebabkan bahaya jika:

  • Ia dilakukan oleh individu tanpa kepakaran atau kemahiran,
  • Dilakukan di persekitaran yang tidak mematuhi standard perubatan minimum,
  • Atau kedua-duanya sekali seperti di atas  

Individu, kemahiran dan standard perubatan selamat dalam prosedur pengguguran kandungan adalah berbeza bagi prosedur pengguguran perubatan mahupun prosedur pengguguran pembedahan.

Punca menggugurkan kandungan dengan cara tidak selamat

Kemahiran dan standard perubatan yang diperlukan untuk proses pengguguran kehamilan selamat juga berbeza-beza bergantung kepada tempoh kehamilan serta perkembangan teknologi semasa.

  • Kesan pengguguran bayi menjadi kurang selamat apabila dilakukan dengan menggunakan kaedah ketinggalan zaman seperti alatan tajam, curettage sekalipun dilakukan oleh individu terlatih  
  • Pengguguran juga tidak selamat jika ibu hamil menggunakan ubatan yang tidak mempunyai akses maklumat tepat 
  • Pengguguran kehamilan adalah berbahaya atau tidak selamat apabila melibatkan pengambilan bahan kaustik (caustic substance) atau individu tidak terlatih menggunakan prosedur berbahaya seperti benda asing atau penggunaan ramuan tradisional

kesan pengguguran bayi

Wanita, termasuk remaja, dengan kehamilan mengejut yang tidak diingini sering memilih untuk menggugurkan kandungan menggunakan kaedah pengguguran yang tidak selamat. 

Keadaan ini sering berlaku terutamanya melibatkan keadaan seperti: 

  • Kekangan undang-undang
  • Kurang pilihan perkhidmatan yang baik
  • Kos yang tinggi
  • Stigma individu sekeliling
  • Tidak bersedia bergelar ibu
  • Hamil hasil pemerkosaan
  • Mengelakkan kos perubatan

Berdasarkan data tahun 2010 hingga 2014, dianggarkan terdapat kira-kira 25 juta kes pengguguran tidak selamat yang dilaporkan. 

Daripada jumlah itu, ⅓ atau kira-kira 8 juta prosedur menggugurkan kandungan dilakukan oleh individu tidak terlatih dengan menggunakan kaedah berbahaya dan invasif.

Kesan pengguguran bayi secara bahaya

Mana-mana wanita dengan kehamilan yang tidak diingini dan tidak mempunyai akses untuk melakukan pengguguran secara selamat akan berisiko menggugurkan kandungan dengan sendiri. 

Wanita yang tinggal di negara berpendapatan rendah dan miskin lebih cenderung untuk melakukan pengguguran cara ini. 

Risiko kematian dan kecederaan akan meningkat sekiranya prosedur menggugurkan bayi atau janin secara tidak selamat dilakukan. 

Kadar pengguguran tidak selamat lebih tinggi di mana akses kepada alat kontraseptif berkesan dan prosedur pengguguran selamat terhad atau tidak tersedia. 

Jika dilihat situasi di Malaysia, kebanyakan kes pengguguran sendiri atau secara haram ini biasanya berlaku disebabkan masalah keterlanjuran pasangan. 

Maka pilihan yang paling mudah adalah untuk menggugurkan kandungan. 

Anda mungkin berasakan ia bagaikan drama petang pukul 7 malam. Namun malangnya, itulah realiti yang berlaku. Cuma mungkin ia tidak terjadi dalam kalangan individu yang anda kenali. 

Komplikasi pengguguran tidak selamat

Lanjutan daripada prosedur pengguguran yang berbahaya, individu wanita tersebut akan berdepan pelbagai risiko yang boleh mempengaruhi kualiti hidup dan kesejahteraan mereka. 

Dalam sesetengah keadaan, ia boleh mengakibatkan komplikasi yang meragut nyawa. 

Komplikasi utama yang mengancam nyawa kesan pengguguran bayi secara sendiri atau menggunakan kaedah tidak selamat adalah:

  • Pendarahan
  • Jangkitan
  • Kecederaan pada faraj dan organ dalaman

Prosedur menggugurkan kehamilan yang berbahaya dan dilakukan dalam persekitaran tidak selamat pula boleh mengakibatkan komplikasi seperti:

  • Pengguguran tidak lengkap – kegagalan membuang atau menyingkirkan semua tisu kehamilan daripada rahim
  • Pendarahan (pendarahan berat)
  • Jangkitan
  • Perforasi rahim (uterine perforation) – disebabkan rahim dicucuk oleh objek tajam
  • Kerosakan pada saluran kemaluan dan organ dalaman dengan memasukkan objek berbahaya seperti tongkat, jarum mengait atau kaca pecah ke dalam faraj

Tanda dan simptom

Penilaian awal yang tepat penting untuk memastikan rawatan bersesuaian dan segera dapat dilakukan melibatkan komplikasi kesan pengguguran bayi sendiri dan tidak selamat.

Tanda dan gejala komplikasi kritikal yang memerlukan bantuan perubatan segera adalah:

gugurkan kandungan

Umumnya, komplikasi pengguguran yang tidak selamat mungkin sukar untuk didiagnosis. 

Sebagai contoh, wanita dengan kehamilan luar rahim atau ektopik mungkin mempunyai gejala yang serupa dengan pengguguran yang tidak lengkap.

Kehilangan nyawa

Melakukan pengguguran sendiri atau menggunakan kaedah tidak selamat bukan perkara baharu.

Mungkin kandungan tersebut berjaya digugurkan, tetapi malangnya ada komplikasi kesihatan jangka panjang yang akan dialami, bahkan risiko maut juga tinggi.

Jika anda mengetahui ada individu yang dikenali merancang menggugurkan kandungan sendiri, nasihatkan mereka untuk memilih jalan selamat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Terpaksa Gugurkan Kandungan Atas Sebab Kesihatan, Tapi Apa Kaedah Selamat Untuk Melakukannya?

Disahkan hamil berita yang mengembirakan. Bagaimana jika terpaksa gugurkan kandungan? Mari ketahui kaedah pengguguran janin yang selamat untuk dilakukan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 11/12/2019 . 3 minit bacaan

Pengguguran Bukan Punca Utama Bunuh Diri

Wanita yang membunuh diri dikatakan berpunca daripada prosedur menggugurkan kandungan yang dilakukan. Adakah ia benar atau sekadar dakwaan yang tidak tepat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/11/2019 . 2 minit bacaan

Sejarah Tercipta: Selamat Tinggal Virus Polio Liar Jenis 3!

Hari Polio Sedunia disambut dengan penuh rasa kemenangan apabila virus polio liar jenis 3 (WPV3) telah diisytiharkan sebagai dibasmi di seluruh dunia.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Berita, Berita Antarabangsa 25/10/2019 . 2 minit bacaan

Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan laporan pertama mereka berkaitan masalah penglihatan global. Baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 11/10/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu sepsis

Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
keguguran

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
penyakit endometriosis

Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
isytihar darurat

Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 minit bacaan