Untuk menghindari masalah kesihatan, kita perlu menjaga aspek pemakanan atau bersenam. Tapi 1 perkara yang ramai tidak tahu, menjadi ibu juga sebenarnya dapat memperbaiki tahap kesihatan.
Kelebihan menjadi ibu
Pastinya anda tidak percaya bahawa melangkah ke status ibu boleh memperbaiki tahap kesihatan sama ada secara fizikal dan emosi, betul tak?
Tapi itulah kenyataannya.
Bergelar ibu, mama, ummi, bonda, mummy, emak atau apa jua panggilan, dikatakan dapat membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhan.
Sudah tentu anda ingin mengetahui apakah kelebihan menjadi ibu ini, kan? Ini jawapannya.
Menjadi ibu dan tahap kesihatan
Kami di Hello Doktor tidak menafikan dunia keibubapaan ada cabarannya yang tersendiri.
Anda perlu berdepan dengan kekurangan tidur pada waktu malam, tiada lagi me-time di dalam bilik air dan pelbagai pengorbanan yang perlu dilakukan.
Namun, di sebalik setiap ujian dan dugaan itu, menjadi ibu pada hakikatnya mempunyai beberapa keajaiban, antaranya:
Mengurangkan risiko kanser
Kebanyakan wanita tidak mahu mengandung pada usia yang muda kerana mahu menikmati zaman mudanya, tiada salahnya.
Walau bagaimanapun, jika anda antara yang hamil dan melahirkan pada usia sekitar 18 hingga 25 tahun, atau sewaktu berusia 25 hingga 30 tahun, ia sebenarnya dapat mengurangkan risiko mengalami barah payudara.
Sekiranya anda mengandung selepas usia 30 tahun, risiko mengalami kanser payudara adalah hampir sama dengan wanita yang tidak melahirkan anak.
Apa kaitannya hamil dengan pengurangan risiko barah? Jawapannya adalah gabungan beberapa faktor.