Jangan Ingat Ibu Keguguran Tak Kena Berpantang! Ini 8 Caranya & Bila Anda Boleh Hamil Kembali

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Amalan berpantang sinonim dikaitkan dengan ibu yang baru bersalin. Namun, tidak ramai yang tahu wanita yang mengalami keguguran juga perlu menjalani amalan berpantang. Adakah cara berpantang selepas keguguran sama dengan ibu yang selamat melahirkan bayi?

Apakah simptom keguguran?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, eloklah terlebih dahulu kita mengetahui apakah tanda jika seseorang wanita itu alami keguguran.

Wanita yang keguguran mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti di bawah:

Jika anda sedang hamil dan mengalami simptom-simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor. 

Mengapa keguguran berlaku?

Kebanyakan masalah keguguran yang berlaku semasa trimester pertama adalah disebabkan oleh kecacatan (abnormality) pada kromosom.

Kromosom yang cacat tidak dapat hidup dengan baik dan berkembang seperti yang sepatutnya, justeru itu menyebabkan keguguran.

Selain itu, keguguran juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, terdedah kepada persekitaran tempat kerja yang bahaya seperti toksik dan radiasi yang tinggi, masalah hormon, uterus abnormal, cara hidup, penyakit tiroid, kurang nutrisi dan sebagainya.

Risiko keguguran semakin meningkat jika seseorang wanita itu sudah berusia.

Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berusia 20-an berisiko mengalami 12-15% masalah keguguran, manakala wanita di usia 40 mempunyai 25% risiko keguguran.

Adakah ibu yang mengalami keguguran perlu berpantang?

Wanita yang mengalami keguguran tidak terkecuali untuk diarahkan berpantang.

Mengikut amalan nenek moyang dahulu, cara berpantang selepas keguguran adalah sama dengan penjagaan ibu selepas bersalin. Walau bagaimanapun, ramai ibu zaman moden kini kurang mengambil berat akan penjagaan tubuh terutamanya jika mengalami keguguran.

Rata-rata mereka menganggap hanya wanita yang bersalin sahaja perlu menjalani amalan berpantang. Bagi wanita yang gugur, sesetengahnya ingin segera ‘lekat’ semula tanpa perlu ‘berpuasa’ bersama dengan suami.

Cara berpantang untuk ibu yang mengalami keguguran

cara berpantang selepas keguguran

Dari segi pemakanan, cara berpantang bagi wanita yang gugur lebih kurang sama dengan ibu lepas bersalin.

Ibu yang mengalami keguguran tidak boleh makan makanan yang berangin seperti rebung dan pucuk ubi, makanan yang menjalar seperti labu dan timun serta buah-buahan sejuk dan berangin seperti kuini dan cempedak.

Selain itu, ibu gugur juga tidak boleh makan ikan yang berduri seperti ikan pari dan terubuk.

Dari segi kegiatan harian pula, ada beberapa perkara yang ditegah menurut pantang-larang orang Melayu, seperti tidak boleh melalui bawah ampaian atau makan buah cermai.

Walau bagaimanapun, keberkesanan terhadap pantang-larang ini tidak dapat dipastikan.

Pantang bersama

Meskipun ibu keguguran tidak melalui proses melahirkan anak seperti meneran atau pembedahan, namun anda masih perlu berpantang daripada bersama dengan suami.

Tempoh berpantang pula adalah mengikut tempoh berapa lama keguguran.

Jika keguguran berlaku dalam tempoh trimester pertama (dua minggu hingga tiga bulan), ibu gugur perlulah pantang berjimak selama 30 hari.

Jika keguguran berlaku dalam tempoh 4 bulan hingga 5 bulan kehamilan, anda perlu berpuasa bersama dengan suami selama 40 hari, dan jika keguguran berlaku lebih daripada enam bulan, tempoh berpantang bersetubuh ialah selama 44 hari.

Wanita keguguran digalakkan berpantang bagi memberi masa kepada rahim bersedia untuk hamil semula.

Bila saya boleh hamil semula?

cara berpantang selepas keguguran

Ibu keguguran lazimnya ingin cepat hamil semula tanpa melalui tempoh berpantang yang disyorkan.

Jika merujuk kepada doktor, ibu berpantang disyorkan untuk berehat selama tiga kitaran haid atau 3 bulan sebelum cuba untuk hamil semula.

Artikel berkaitan: Ingin Hamil Semula selepas Keguguran

Hal ini adalah bagi memelihara kesihatan rahim dan mengelakkan masalah keguguran berlaku semula.

Wanita yang pernah mengalami keguguran disarankan untuk mengambil progesteron, iaitu hormon yang diperlukan untuk membantu implantasi dalam uterus.

Apa kesan kepada ibu jika tidak ikuti cara berpantang selepas keguguran? 

Jika penjagaan diri semasa berpantang tidak diikuti, kemungkinan kesannya tidak akan muncul serta-merta, tetapi anda akan merasainya apabila usia anda semakin meningkat dan melalui banyak proses kelahiran.

Mereka yang tidak mengikuti cara berpantang selepas keguguran akan mengalami masalah bisa urat, lenguh badan, sendi, sakit pinggang dan kebas-kebas.

Penjagaan fizikal dan emosi selepas keguguran adalah perkara yang lebih penting. Paling utama, janganlah menyalahkan diri anda atas keguguran yang berlaku.

Jika anda masih tidak dapat menerima kenyataan, pergilah berjumpa dengan pakar bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Ingatlah! Jika anda ingin hamil sekali lagi, anda tidak boleh berada dalam keadaan tertekan. Emosi yang tertekan hanya akan menyukarkan anda untuk hamil sekali lagi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 1, Jaga-jaga Ibu Hamil

Kebanyakan wanita mengandung tidak mengalami masalah sepanjang kehamilan. Namun, terdapat juga komplikasi kehamilan boleh berlaku dan ia bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 19/06/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Ada 2 Rahim? Masih Boleh Hamil TAPI Ini Risiko Perlu Tahu

Biasanya wanita dilahirkan dengan 1 rahim, tetapi ada juga yang mempunyai rahim berganda. Wanita dua rahim ini dipanggil didelphys uterus dan ada risikonya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Lelaki Juga Berisiko Jadi Punca KEGUGURAN – Ini Sebabnya…

Selalu punca keguguran akan dikaitkan dengan wanita. Tetapi sebenarnya kualiti sperma juga boleh menjadi faktor penyebab. Tak percaya? Bacalah artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

6 MITOS Popular Di Sebalik Minum Ais, Ini Penjelasan Pakar, Paling Lucu No. 2

Ada yang mengatakan, makanan berpantang seperti air berais tidak boleh diminum oleh wanita berpantang. Adakah minum ais ketika pantang memberi kesan buruk?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jantina bayi

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
parut czer

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
keguguran

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
scan bayi

Teruja Nak Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan