Selain itu, salmon juga diketahui mengandungi asid dokosaheksanoik (DHA), iaitu lemak sihat yang akan disalurkan daripada diet anda ke susu badan anda, kepada bayi. DHA ialah nutrien baik untuk otak.
Salmon juga mengandungi zink yang baik untuk melawan kemurungan selepas bersalin.
#2. Daging pejal
Bagi menambah tenaga ibu berpantang, anda disarankan untuk makan daging pejal atau daging tanpa lemak. Makanan ini mengandungi banyak zat besi yang merupakan keperluan nutrien penting bagi ibu selepas bersalin.
Semasa bersalin, ibu mengalami kehilangan darah yang banyak, lantaran itulah pengambilan zat besi amat diperlukan buat ibu baharu.
Zat besi yang tidak mencukupi dalam badan akan membuatkan tahap tenaga anda berkurangan, jadi sukar untuk anda menjaga bayi baru lahir. Daging pejal boleh dimasak bersama lada hitam ataupun dijadikan sup.
#3. Makanan dalam pantang – Kunyit
Ini bukan bermaksud anda perlu makan kunyit mentah. Sebaliknya, jika anda perasan, kunyit (sama ada kunyit hidup ataupun serbuk kunyit) sering diletakkan dalam menu berpantang.
Kunyit mengandungi pelbagai nutrien di dalamnya; termasuklah Vitamin B6 dan C, serat, potassium dan magnesium.
Kunyit digunakan dalam masakan berpantang kerana ia boleh membantu dalam melawan jangkitan dan mengurangkan keradangan.

#4. Roti gandum penuh
Ibu selepas bersalin lazimnya mengalami masalah sembelit. Jadi, roti gandum penuh yang kaya dengan serat ini amat sesuai diambil oleh ibu sebagai salah satu makanan berpantang bagi membantu melawan sembelit.
Roti gandum penuh juga adalah sumber asid folik, yang diperlukan bukan sahaja untuk tubuh ibu semasa berpantang, bahkan juga penting untuk kesihatan bayi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen