backup og meta

"Boleh Ke Guna Jamu Selepas Bersalin?", Keluh Ibu Resah. Ini Kami Jawabkan!

Wujud ke produk jamu selepas bersalin yang berkesan?

Kita selalu dengar perihal penggunaan produk ini namun adakah ia mampu memberikan kesan fisiologikal baik bagi mereka yang sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Selamat atau tidak guna produk jamu selepas bersalin?

Sukar untuk ditentukan penggunaan jamu seperti jamu kuruskan badan selepas bersalin dapat memberikan kesan positif kepada wanita berpantang.

Ini berikutan ia mengambil masa agak lama berbanding dengan ubat terkawal untuk menunjukkan sebarang kesan (sekiranya ada).

Penggunaan barang-barang terlarang di dalam jamu merupakan tindakan yang dianggap terdesak bagi segelintir penjual untuk meyakinkan pembeli akan keberkesanan jamu. 

Penjual bukan sahaja bakal terdedah kepada sebarang tindakan undang-undang malah pembeli juga berisiko untuk mendapat kesan sampingan yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan hati.

Hal ini semakin lama semakin berleluasa berikutan sikap pembeli yang menginginkan ubat yang memberikan kesan dalam tempoh masa singkat. 

Sebagai pengguna, sudah semestinya anda ingin menggunakan produk jamu selepas bersalin yang bagus. Namun kerana kerakusan penjual yang mahu melarikan produk, ia boleh menimbula pelbagai jenis masalah seperti:

jamu selepas bersalin
Tahap keselamatan penggunaan jamu boleh diragui.
  • Pemalsuan sijil pendaftaran produk 
  • Penjualan produk yang tidak berdaftar 
  • Menggunakan pernyataan keterlaluan dalam mempromosikan produk jualan
  • Pemberian maklumat palsu kepada pembeli berkaitan dengan pembekal produk tersebut
  • Menyiarkan testimoni palsu daripada pelanggan yang tidak wujud

Kini, terdapat pelbagai jenis tindakan yang boleh diambil oleh pengguna yang mengesan kewujudan produk-produk seperti ini.

Nombor pendaftaran produk yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh disemak di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Namun, usaha bagi membanteras penjualan produk yang tidak disahkan oleh KKM atau penggunaan bahan terlarang adalah bergantung kepada pengguna.

Kesan sampingan penggunaan produk jamu!

Walaupun ada sebahagian produk jamu kuruskan badan selepas bersalin itu telah diluluskan oleh KKM, ia tidak bermakna keberkesanan produk tersebut telah terbukti.

Memang penjual produk akan memberitahu anda bahawa mereka menjual produk jamu selepas bersalin yang bagus disertakan dengan nombor pendaftaran KKM.

Namun, berbanding dengan kategori ubat lain seperti ubat terkawal, ubat tanpa preskripsi dan suplemen kesihatan, keberkesanan ubat tradisional seperti jamu dan majun tidak terjamin.

Pendaftarannya bertujuan bagi memastikan tiada bahan terlarang yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut seperti:

Penggunaan ubat tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:

jamu selepas bersalin
Penggunaan jamu berisiko mendatangkan kesan sampingan.

Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan ubat yang digunakan di dalam jamu yang digunakan ketika berpantang selepas bersalin itu berasal daripada senarai ubat yang telah diluluskan oleh KKM?

Ia kerana dos yang digunakan oleh sesetengah pengeluar berbeza. Malah ada bahan lain yang menyebabkan interaksi kimia jika dicampurkan dengan bahan aktif yang digunakan dalam ubat terkawal atau ubat tanpa preskripsi.

Anda mungkin melayari pelbagai jenis laman web bagi mencari produk jamu selepas bersalin yang bagus.

Namun, jika keselamatannya tidak dijamin oleh KKM melalui pendaftaran produk tersebut, anda mungkin berisiko untuk mengalami kesan sampingan serius melibatkan organ dalaman.

Undang-undang di Malaysia berkaitan penjualan produk ini

Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Jualan Dadah 1952 merupakan undang-undang berkaitan produk farmaseutikal yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia.

Ia bagi memastikan penjualan produk yang tidak dikeluarkan oleh KKM didaftarkan dan diperiksa terlebih dahulu dalam aspek keselamatan dan kualiti bahan.

jamu selepas bersalin
Ibu berpantang juga disarankan untuk bersenam.

Menurut laman sesawang KKM, jika dilaporkan oleh pengguna, penjual boleh disabitkan kesalahan seperti berikut:

  • Bagi produk tidak berdaftar atau mempunyai bahan larangan, penjual boleh didenda RM25,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
  • Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jumlah denda adalah sebanyak RM50,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali
  • Pemilik syarikat pengeluar produk boleh didenda RM50,000 pada kesalahan pertama dan RM100,000 pada kesalahan berikut

Bukan pengguna sahaja perlu memeriksa kualiti bahan ubat serta memastikan ia tidak mempunyai unsur-unsur ubat terlarang, agen penjual juga perlu memahami dan mengetahui maklumat tersebut.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Realiti Penggunaan Maajun/Jamu. http://www.myhealth.gov.my/realiti-penggunaan-maajunjamu/. Diakses pada 17 Disember 2019.
  2. Prevalence of Traditional Medicine Use during Pregnancy, at Labour and for Postpartum Care in a Rural Area in Zimbabwe. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6656403/. Diakses pada 17 Disember 2019.
  3. The New Mother: Taking Care of Yourself After Birth. http://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-new-mother—taking-care-of-yourself-after-birth-90-P02693. Diakses pada 17 Disember 2019.
  4. YOUR BODY AFTER BABY: THE FIRST 6 WEEKS. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/your-body-after-baby-the-first-6-weeks.aspx. Diakses pada 17 Disember 2019.
  5. Ridzuan MH, Ali MF, Tan CE, Abdul Aziz AF. Traditional and Complementary Medicine Use During Postpartum Period: A Cross-Sectional Analysis at a Rural, Public Maternal and Child Health Clinic in West Malaysia. Cureus. 2021 Jun 3;13(6):e15410. doi: 10.7759/cureus.15410. PMID: 34249557; PMCID: PMC8254049. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8254049/. Diakses pada 17 Disember 2019.

Versi Terbaru

10/04/2025

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Awas! Ini Penyebab Masalah Sakit Perut Semasa Hamil, Jangan Pandang Ringan!

Sudah 40 Minggu Tapi Masih Tiada Tanda? Cuba 9 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Ini!


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Dikemas kini 10/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan