Bagi wanita yang bersalin secara pembedahan, anda mungkin akan mengalami beberapa kesan negatif terhadap emosi. Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini…
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Bersalin secara pembedahan
Setiap ibu hamil pastinya mempunyai bayangan tersendiri tentang bagaimana mereka akan bersalin dan perasaan saat pertama kali bertemu si manja.
Namun apabila realiti terjadi berbeza dengan apa yang diharapkan, ia boleh mewujudkan pelbagai emosi bercampur-baur.
Bagi sesetengah wanita akan merasakan kaedah caesarean yang dilakukan adalah perlu dan dapat pulih dengan cepat dari aspek fizikal serta mental.
Walau bagaimanapun, ada juga wanita menjalani kaedah bersalin ini berdepan dengan pelbagai emosi negatif yang menjejaskan kesihatan mereka.
Parut emosi bersalin czer
Berikut antara 8 emosi yang mungkin terjadi selepas bersalin C-Sec:
#1: Rasa terkejut perlu bersalin cara C-sec
Hanya beberapa peratus wanita merancang bersalin czer dan kebanyakan kes untuk kaedah pembedahan ini terjadi selepas proses bersalin bermula – lebih dikenali sebagai C-Sec kecemasan.
Keadaan ini sekali gus sering menimbulkan rasa terkejut, ketakutan dan menambahkan tekanan.
#2: Rasa bersalah
Perlu bersalin secara pembedahan boleh menimbulkan rasa bersalah kepada wanita kerana tidak dapat melahirkan anak dengan normal dan menyebabkan wujud perasaan negatif.
Anda akan tertanya-tanya apakah yang seharusnya dilakukan semasa kehamilan untuk mendapatkan kelahiran faraj.
Bahkan rasa bersalah itu semakin meninggi apabila kerap diberitahu bahawa yang penting adalah bayi sihat kerana masih berasa tersinggung dengan cara kelahirannya.
#3: Rasa gagal
Setiap wanita sering disogok dengan fakta bahawa tubuh diciptakan sempurna untuk bersalin secara semula jadi dan apabila ia tidak berlaku menyebabkan wujud persoalan mengapa anda gagal melakukannya.
Ada wanita yang mempunyai perasaan ini akan memilih untuk bersalin caesarean pada masa hadapan bagi mengelakkan rasa kecewa lagi.
#4: Kerugian
Kebanyakan wanita menginginkan kelahiran si manja memberikan pengalaman positif tetapi apabila perlu dibedah menyebabkan diri terlepas fasa peralihan menjadi ibu.
Ini terutamanya apabila tidak dapat memegang bayi serta-merta dan perlu menunggu beberapa tempoh selepas bersalin czer.
Bersalin secara pembedahan #5: Wujudkan rasa terpisah
Ramai ibu yang menjalani pembedahan merasakan diri tidak terlibat secara fizikal dalam melahirkan bayi.
Bayi yang baru lahir memerlukan perhatian dan masa daripada ibu dan anda merasakan situasi itu sukar untuk dilalui apatah lagi selepas bersalin czer.
Ada kalanya ia menyebabkan anda mahu melepaskan diri daripada bayi dan mengingati pengalaman bersalin kerana terlalu mengganggu fikiran.
#6: Trauma bersalin secara pembedahan
Ada wanita merasakan pembedahan C-Sec ini sebagai peristiwa traumatik – ia bergantung kepada pelbagai faktor dan berbeza bagi setiap individu.
Keadaan ini biasanya terjadi kerana wujud rasa takut dan tidak berdaya, terutamanya apabila prosedur pembedahan ini perlu dilakukan dalam situasi mendesak atau kecemasan.
Baca juga: