
Terdapat banyak barang keperluan yang perlu anda sediakan dalam tahun pertama kelahiran bayi, yang anda mungkin tidak tahu. Sesetengah barang mungkin perlu, sementara sesetengah barang lain hanya termasuk dalam kategori kehendak peribadi anda. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan barang keperluan penting yang anda perlu beli untuk bayi anda.
Perkakas Bayi
Anduh bayi. Anduh bayi atau baby carrier membantu anda mengendong bayi bagi memastikan si manja berada dekat dengan anda. Juga, dengan meletakkan bayi dalam anduh boleh membiarkan tangan anda bebas untuk melakukan kerja lain. Anda sepatutnya memilih anduh yang mempunyai ciri cengkaman dan tali keselamatan bagi memastikan bayi anda selamat dan anduh boleh dibersihkan dengan mudah.
Kereta sorong bayi. Jenis perkakas bayi ini diketahui merupakan keperluan bayi yang penting jika anda ingin membawa bayi berjalan-jalan ke luar rumah.
Kerusi kereta bayi. Menurut pakar, kerusi kereta yang selamat untuk bayi adalah amat penting. Terdapat banyak kemalangan yang berkait dengan kerusi kereta terutama apabila bayi tidak diletakkan dalam kedudukan yang betul jika berlakunya impak. Selain itu, anda perlu memerhatikan tarikh habis tempoh apabila membeli kerusi kereta kerana kebanyakan pengeluar mengesyorkan penggunaan kerusi selama lima hingga lapan tahun sahaja.
Penyusuan susu ibu dan penyusuan botol
Bantal penyusuan. Bagi membantu menyusukan atau memberi makan bayi dengan mudah, bantal penyusuan adalah disyorkan untuk mengelakkan tegangan pada bahu atau leher anda. Ia juga amat mudah untuk memastikan bayi kekal dalam posisinya.
Aksesori penyusuan. Anda mungkin perlu menggunakan aksesori penyusuan seperti salap lanolin, pek gel suam atau sejuk untuk membantu melegakan sakit payudara. Juga, pelapik payudara akan memelihara pakaian anda daripada kebocoran susu.
Kain alas bayi. Kain alas ini digunakan untuk mengelap mulut dan wajah bayi jika terkena susu.
Botol. Semakin bayi membesar, anda memerlukan banyak botol dan puting bayi. Sesetengah ibu bapa lebih gemar memilih botol berkaca atau tahan karat untuk bayi mereka kerana risau jika terdapat bahan kimia dalam botol jenis plastik.
Susu formula. Anda boleh memilih susu formula untuk diberikan kepada anak anda selepas tempoh penyusuan eksklusif susu ibu. Terdapat banyak pilihan susu formula untuk anak anda, dan anda boleh minta pendapat doktor mengenainya.
Pam susu. Ibu boleh menggunakan pam susu untuk menyokong penyusuan susu ibu. Terdapat beberapa pilihan untuk anda dari pam susu asas yang menggunakan tangan, ataupun pam susu jenis elektrik yang membolehkan anda memerah susu pada sebelah atau kedua-dua belah payudara dalam masa yang sama.
Beg susu ibu. Anda mungkin perlu beg untuk menyimpan susu badan anda. Ini boleh memudahkan anda terutama jika anda tidak memerlukan banyak ruang untuk menyimpan susu dalam peti beku, dan ia juga boleh dinyahbekukan.
Tidur
Selimut. Terdapat dua jenis selimut yang ibu bapa boleh gunakan untuk bayi mereka, bergantung kepada tujuan penggunaan. Ini termasuklah selimut yang boleh dipakai dan selimut bedung.
Katil bayi dan tilam. Anda mungkin mahu menukar bayi anda tidur di dalam katil bayi dalam tahun pertama, tetapi pastikan ia memenuhi tahap piawaian keselamatan bayi.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Adakah ia berguna buat anda?
Macam mana kami boleh jadi lebih baik?
Tarikh Reviu: 28/03/2019 | Kali terakhir kemaskini: 25/06/2020