backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2022

    Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

    Ada masanya, ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan perlu menggugurkan kandungan. Pun begitu, ada bahaya menggugurkan kandungan sendiri. Kalau tersalah langkah, boleh menyebabkan kematian!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Menggugurkan kandungan adalah selamat, jika…

    Pengguguran bayi adalah selamat jika ia dilakukan dengan kaedah dan panduan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut tempoh kehamilan serta perlu dibuat oleh individu yang terlatih. 

    Ada pengguguran yang boleh dilakukan menggunakan ubat atau prosedur pesakit luar yang mudah. 

    Walau bagaimanapun, prosedur menggugurkan kandungan boleh menyebabkan bahaya jika:

    • Ia dilakukan oleh individu tanpa kepakaran atau kemahiran,
    • Dilakukan di persekitaran yang tidak mematuhi standard perubatan minimum,
    • Atau kedua-duanya sekali seperti di atas  

    Individu, kemahiran dan standard perubatan selamat dalam prosedur pengguguran kandungan adalah berbeza bagi prosedur pengguguran perubatan mahupun prosedur pengguguran pembedahan.

    Bahaya menggugurkan kandungan

    kesan pengguguran bayi

    Kemahiran dan standard perubatan yang diperlukan untuk proses pengguguran kehamilan selamat juga berbeza-beza bergantung kepada tempoh kehamilan serta perkembangan teknologi semasa.

    • Kesan pengguguran bayi menjadi kurang selamat apabila dilakukan dengan menggunakan kaedah ketinggalan zaman seperti alatan tajam, curettage sekalipun dilakukan oleh individu terlatih  
    • Pengguguran juga tidak selamat jika ibu hamil menggunakan ubatan yang tidak mempunyai akses maklumat tepat 
    • Pengguguran kehamilan adalah berbahaya atau tidak selamat apabila melibatkan pengambilan bahan kaustik (caustic substance) atau individu tidak terlatih menggunakan prosedur berbahaya seperti benda asing atau penggunaan ramuan tradisional

    Wanita, termasuk remaja, dengan kehamilan mengejut yang tidak diingini sering memilih untuk menggugurkan kandungan menggunakan kaedah pengguguran yang tidak selamat. 

    Keadaan ini sering berlaku terutamanya melibatkan keadaan seperti: 

    • Kekangan undang-undang
    • Kurang pilihan perkhidmatan yang baik
    • Kos yang tinggi
    • Stigma individu sekeliling
    • Tidak bersedia bergelar ibu
    • Hamil hasil pemerkosaan
    • Mengelakkan kos perubatan

    Berdasarkan data tahun 2010 hingga 2014, dianggarkan terdapat kira-kira 25 juta kes pengguguran tidak selamat yang dilaporkan. Ramai yang tidak nampak akan bahaya menggugurkan kandungan secara tidak sah. 

    Daripada jumlah itu, ⅓ atau kira-kira 8 juta prosedur menggugurkan kandungan dilakukan oleh individu tidak terlatih dengan menggunakan kaedah berbahaya dan invasif.

    Kesan pengguguran bayi secara bahaya

    bahaya menggugurkan kandungan

    Mana-mana wanita dengan kehamilan yang tidak diingini dan tidak mempunyai akses untuk melakukan pengguguran secara selamat akan berisiko menggugurkan kandungan dengan sendiri. 

    Wanita yang tinggal di negara berpendapatan rendah dan miskin lebih cenderung untuk mengabaikan bahaya menggugurkan kandungan.

    Risiko kematian dan kecederaan akan meningkat sekiranya prosedur menggugurkan bayi atau janin secara tidak selamat dilakukan. 

    Kadar pengguguran tidak selamat lebih tinggi di mana akses kepada alat kontraseptif berkesan dan prosedur pengguguran selamat terhad atau tidak tersedia. 

    Jika dilihat situasi di Malaysia, kebanyakan kes pengguguran sendiri atau secara haram ini biasanya berlaku disebabkan masalah keterlanjuran pasangan. 

    Maka pilihan yang paling mudah adalah untuk menggugurkan kandungan. 

    Anda mungkin berasakan ia bagaikan drama petang pukul 7 malam. Namun malangnya, itulah realiti yang berlaku. Cuma mungkin ia tidak terjadi dalam kalangan individu yang anda kenali. 

    Baca juga:

    Komplikasi dan bahaya menggugurkan kandungan

    Lanjutan daripada prosedur pengguguran yang berbahaya, individu wanita tersebut akan berdepan pelbagai risiko yang boleh mempengaruhi kualiti hidup dan kesejahteraan mereka. 

    Dalam sesetengah keadaan, ia boleh mengakibatkan komplikasi yang meragut nyawa. 

    Komplikasi utama yang mengancam nyawa kesan pengguguran bayi secara sendiri atau menggunakan kaedah tidak selamat adalah:

    • Pendarahan
    • Jangkitan
    • Kecederaan pada faraj dan organ dalaman

    Prosedur menggugurkan kehamilan yang berbahaya dan dilakukan dalam persekitaran tidak selamat pula boleh mengakibatkan komplikasi seperti:

    • Pengguguran tidak lengkap – kegagalan membuang atau menyingkirkan semua tisu kehamilan daripada rahim
    • Pendarahan (pendarahan berat)
    • Jangkitan
    • Perforasi rahim (uterine perforation) – disebabkan rahim dicucuk oleh objek tajam
    • Kerosakan pada saluran kemaluan dan organ dalaman dengan memasukkan objek berbahaya seperti tongkat, jarum mengait atau kaca pecah ke dalam faraj

    Tanda dan simptom

    Penilaian awal yang tepat penting untuk memastikan rawatan bersesuaian dan segera dapat dilakukan melibatkan komplikasi kesan pengguguran bayi sendiri dan tidak selamat.

    Tanda dan gejala komplikasi kritikal yang memerlukan bantuan perubatan segera adalah:

    Umumnya, komplikasi pengguguran yang tidak selamat mungkin sukar untuk didiagnosis. 

    Sebagai contoh, wanita dengan kehamilan luar rahim atau ektopik mungkin mempunyai gejala yang serupa dengan pengguguran yang tidak lengkap.

    Kehilangan nyawa

    gugurkan kandungan

    Melakukan pengguguran sendiri atau menggunakan kaedah tidak selamat bukan perkara baharu.

    Mungkin kandungan tersebut berjaya digugurkan, tetapi malangnya ada komplikasi kesihatan jangka panjang yang akan dialami, bahkan risiko maut juga tinggi.

    Jika anda mengetahui ada individu yang dikenali merancang menggugurkan kandungan sendiri, nasihatkan mereka untuk memilih jalan selamat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan