4 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ibu Mengandung Semasa Mengandung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ibu hamil yang berpuasa harus memerhatikan makanan dan minuman yang dimakan terutamanya ketika berbuka puasa dan sahur. Walaupun sedang berpuasa, anda perlu memastikan keperluan nutrisi anda dan bayi mencukupi. Lalu, apakah makanan ibu hamil semasa sahur yang sebaiknya dielakkan?

Apakah makanan ibu hamil yang sebaiknya dielakkan semasa sahur?

Jika keadaan anda membenarkan, anda boleh menjalani puasa selama bulan Ramadhan. Jangan lupa, rujuk dulu kepada doktor untuk mencegah perkara yang tidak diingini semasa berpuasa.

Ketika memutuskan untuk berpuasa ketika sedang hamil, adalah penting bagi anda untuk memerhatikan nutrisi yang anda ambil semasa bersahur dan berbuka. Ini adalah kerana, setiap makanan dan minuman yang diambil oleh ibu hamil boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin. Makanan yang anda ambil kemungkinan berbahaya bagi perkembangan janin anda.

Pengambilan makanan yang tepat di waktu sahur mempunyai peranan yang penting dalam memenuhi keperluan tenaga anda sepanjang berpuasa di siang hari. Untuk mengelakkan tersalah makan, berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung di bulan puasa:

1. Makanan mentah atau separuh masak

Ibu mengandung sangat terdedah kepada jangkitan bakteria dari makanan mentah atau makanan yang tidak dimasak sepenuhnya. Ini adalah kerana, makanan tersebut boleh dicemari bakteria dan parasit yang berbahaya jika diambil oleh ibu mengandung.

Contohnya, bakteria listeria di dalam daging. Bakteria tersebut umumnya terdapat di dalam ayam mentah yang jika tidak dirawat dengan baik boleh mengakibatkan keguguran. Selain itu, bakteria salmonella yang umumnya terdapat pada telur separuh masak dan makanan laut mentah juga boleh menyebabkan keguguran.

Oleh itu, pastikan setiap makanan yang ingin anda ambil dimasak dengan sempurna. Jadi, cuba elakkan makanan mentah atau separuh masak semasa sahur.

2. Makanan yang mengandungi merkuri

Merkuri adalah sisa kimia daripada pelbagai aktiviti manusia, seperti pembakaran, pertanian, dan sisa dari kilang-kilang yang menggunakan merkuri. Kumbahan ini biasanya dibuang ke sungai dan berakhir di dalam laut. Di dalam air, merkuri berubah menjadi zat yang disebut sebagai methylmercury. Kemudian methylmercury bergabung dengan protein yang ada di dalam otot ikan.

Jika anda mengambil ikan atau makanan laut yang mengandungi merkuri, merkuri tersebut juga akan dimakan dan menimbulkan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan. Merkuri yang dimakan akan terkumpul di dalam tubuh, bahkan boleh menjejaskan susu ibu. Bilangan methylmercury yang sudah terkumpul tersebut boleh menjadi racun bagi sistem saraf yang boleh menyebabkan gangguan kesihatan bahkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan janin.

Namun bukan bermakna ibu hamil perlu mengehadkan makan ikan tetapi yang paling penting adalah memilih jenis ikan yang tepat. Oleh itu, disarankan untuk tidak mengambil kerang hijau, ikan yu, king mackerel, atau ketam.

3. Makanan dengan kalori yang berlebihan

Semasa berpuasa, anda harus tetap disiplin dalam mengatur pola makan. Termasuk dalam mengatur pengambilan kalori. Ini dilakukan supaya anda terhindar dari obesiti yang pada akhirnya dapat meningkatkan risiko melahirkan bayi dengan berat badan yang berlebihan.

Oleh itu, perhatikan pengambilan makanan anda. Makanlah makanan sihat daripada buah dan sayur-sayuran. Elakkan makanan manis dan berlemak. Jangan lupa, susun hidangan makan anda.

4. Makanan tinggi gula dan rendah serat

Ketika sahur, tubuh anda memerlukan makanan yang mengenyangkan dan tahan lama di dalam perut. Mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi hanya akan membuat anda cepat lapar. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mengambil banyak serat semasa sahur.

Jadi, pastikan anda bersahur dengan menu makan yang mempunyai kandungan serat tinggi. Menu makanan seperti ini akan membantu memastikan tenaga tetap stabil di dalam tubuh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Terkena Sakit Jantung? Lebih Baik Cegah Sebelum Terlambat! Ikuti 7 Tip Mudah Ini

    Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang cara terbaik untuk mencegah penyakit jantung. Jom ikuti 7 tip berkesan yang kami sediakan untuk anda di sini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Sakit Jantung 25/02/2021 . 3 minit bacaan

    Anda BERISIKO Alami Ulser Lidah Jika Berdepan Masalah Penghadaman Ini

    Benarkah individu dengan masalah penghadaman seperti penyakit GERD berisiko alami ulser? Jika ya, adakah cara menghilangkan ulser yang boleh dicuba?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    GERD 25/02/2021 . 3 minit bacaan

    Orang Tua Kena Baca Ini Jika Alami Kencing Tak Lawas! #4 Itu Paling Penting

    Orang tua yang ada masalah ini, jangan hanya berdiam diri dan sila ambil tahu rawatan kencing tak lawas untuk memudahkan serta melancarkan hari anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Tak Lawas 25/02/2021 . 3 minit bacaan

    Inilah Senarai Penyakit Jantung Yang Lazim Di Malaysia! Jom Ambil Tahu Sekarang!

    Tahukah anda, apakah jenis penyakit jantung yang lazim di Malaysia? Penyakit jantung bukan sekadar serangan jantung sahaja, ada banyak lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Sakit Jantung 25/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    badan sihat

    Habit Sihat & Kesannya Kepada Badan Kita: Bagaimana Ingin Memulakannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 4 minit bacaan
    panjang umur

    Nak Hidup Lama Sampai 100 Tahun? Ikut Cara Makan Macam Penduduk Di Zon Biru

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    kehamilan anggur

    Janin Tidak Membesar Dalam Kandungan? Ini Antara Risiko Kehamilan Anggur, Ibu Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    sering lapar

    Anak Asyik Nak Mengunyah Saja Padahal Baru Lepas Makan? Ini Sebabnya, Mak Ayah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan